TAKWIM DPLI (TARIKH-TARIKH PENTING DPLI)

Ujian MEdSI dan Temu duga

1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22.04.2011 hingga 30.04.2011 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13.05.2011 hingga 18.05.2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

* Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
* Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidaK BERJAYA

Advertisements