S elamat D atang B ulan R amadhan……….

S elamat D atang B ulan R amadhan……….Do’a Malaikat Jibril :
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masihada);

Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;

Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum’at.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian , kebohongan menjadi bagian dari diri ,

saatnya istirahat dalam “perjalanan dunia” saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya menikmati indahnya kemurahanNya saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan ,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do’a – do’a dan kembali menjadi fitrah
“Selamat Berpuasa kepada semua”..

 

Advertisements

SMS BERKAITAN BULAN PUASA

Marhaban Ya Ramadhan
Bila jemari tak dapat berjabat
Raga tak kuasa bertatap
Dan bila ada kata berbekas lara
Semoga pintu maaf masih teruka
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Cantik wajah pada nur iman
Cantik tubuh pada mulia akhlak
Cantik lisan pada ikhlas bicara
Cantik pikiran dalam pada dalam ilmu
Cantik iman pada teguh taqwa
Cantik ruh pada pada semuanya
SELAMAT BERPUASA

ketentraman jiwa ada pada DZIKIR
kemuliaan sikap ada pada AKHLAQ
cantik ada dalam SENYUM
menutup aurat ada pada HIJAB
ketulusan hati ada pada MAAF

Mohon Maaf lahir batin bila ada ucapan yang salah,
perlakuan yang salah, hati yang suka dengki, kibir,
su’udzon, Tolong dibukakan pintu maaf, semoga amal
puasa kita mendapat syafa’at dan diterima Alloh S.W.T
salam dari Keluarga untuk Keluarga. Hormat Kami ( Keluarga A.T )

Jika semua HARTA adalah Racun
Maka ZAKATlah penawarnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA
Maka TOBATlah obatnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA
Maka RAMADHANlah PEMUTIHnya
Maaf lahir batin ( B+D=S–>Keluarga )

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY,
LOVE, HEALTH & WEALTH today.
They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

Askum, sebarkn kpd shbt muslim akan hal ini. Tlh dmaklumkn melalui internet bahawa:

AIR SIRAP adalah berdosa diminum!!!

..Di siang hari Ramadhan…

SELAMAT BERPUASA

Sentiasalah setting niat,

upgred iman,

download sabar,

upload usaha,

delete dosa,

update doa &

topup ilmu,

supaya dpt redeem pahala bnyk2

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

“10 AMALAN YANG TERBALIK”

“10 AMALAN YANG TERBALIK” – renung-renungkanlahMarilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas  sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)