LAGUN SEMERAK – www.lagunsemerak.blogspot.com

BAPA KU SEDANG MENJUAL HASIL LAUT DI LAGUN SEMERAK

Advertisements

ORANG KAMPUNGKU SEDANG BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR KG DALAM RHU SEMERAK

REBAT SUBSIDI MINYAK

Semalam bermulanya pemberian rebat untuk subsidi minyak kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah membayar cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei 2008.Rebat tersebut berjumlah RM 150 untuk motorsikal san RM 625 untuk kenderaan 2000 cc(kereta,pikup).Belum pun pejabat pos di buka pukul 8.30 pagi,orang ramai yang telah beratur untuk mendapatkan rebat tersebut.Saya tidak ketinggalan untuk mendapatkan rebat tersebut.Seawal pukul 8.15 pagi saya telah ke pejabat pos Kuala Besut Terengganu.Orang ramai yang beratur adalah seramai lebih kurang 50 orang.Tapi malangnya rebat tak dapat diberi kerana masalah sistem komputer ( sisitem down).Pada sebelah petang , saya pergi pula ke Pejabat Pos Pasir Puteh Kelantan,tetapi malangnya ramai orang sedang menunggu giliran.Kemudian saya pergi pula ke pejabat pos Cherang Ruku Semerak , alhamdulillah……..orang tak ramai…..saya dapat rebat tersebut yang bernilai RM 150.