Supian Hanuman penulis lirik dikir barat

Supian Hanuman penulis lirik dikir barat

Supian Hanuman Berpuitis Dalam Dikir

Lenggok dan gaya bahasa lirik lagunya memangmenarik serta boleh mengkhayalkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, tambahan lagi apabila didendangkan di dalam nada suara yang mendayu-dayu, pasti menggetarkan jiwa pendengarnya yang inginkan hiburan dalam dialek Melayu Kelantan, Dikir Barat. Kepakaran beliau di dalam mencipta lirik dikir yang syahdu sememangnya diakui oleh beberapa penyanyi dikir di Kelantan seperti Megat Nordin, Fendi Ayam Serama, Mat Glamour dan ramai lagi. Lirik lagunya seperti ”sejarah cinta” dan ”sunyi sepi” sememangnya mengasyikkan pendengar, ditambah dengan gaya bahasa yang cukup puitis dan menarik. Ini membuatkan penggemar mudah menghayati lagu dikir barat disamping dapat menghiburkan. Supian Hanuman atau nama sebenarnya Supian Hassan, 40, mula bergiat aktif mencipta lagu dan lirik dikir barat semenjak tahun1998. Kegiatannya lebi terserlah lagi apabila dia sendiri menubuhkan dan memimpin Kumpulan Dikir Barat Belia 4B Kampung Dalam Rhu dengan ’Juara’ atau penyanyinya Jusoh Kelong. Setelah menubuhkan kumpulan tersebut , Supian memberanikan diri berlatih menjadi tukang karut dan menyertai beberapa pertandingan peringkat kampung serta daerah di sekitar jajahan Tumpat. Melalui beberapa pertandingan itu, Supian mula mencipta nama sebagai penulis lirik lagu dikir barat di samping bertindak sebagai tukang karut yang tersohor di kalangan penggiat dikir barat di Kelantan. Namun pada tahun 1996, Supian berpindah dari Tumpat ke Kampung Kuala Besar, Kota Bharu kerana bertugas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) di Kota Bharu. Sejak itu, Supian mula menumpukan sepenuhnya sebagai penulis lirik lagu dikir barat. Pada masa yang sama Supian turut menjadi tukang karut secara komersial setelah mendapat bimbingan Allahyarham Ismail Gunung-ganang dan Allahyarham Seman Wau Bulan. Kini dia terus menjadikan arena seni muzik dikir barat sebagai sebahagian daripada hidupnya. Anak kelahiran Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan sememangnya berbakat besar dalam seni dikir. Tidak dapat dinafikan bahawa penampilannya memang terserlah melalui liriknya yang dihiasi bunga-bunga bahasa. Ini membuatkan pendengar berasa tenang di jiwa.

Sinar Harian Isnin 14 Ogos 2006


Advertisements

ASALA USUL DIKIR BARAT

Dalam seni dikir barat ada sindir menyindir,kata mengata,tuduh menuduh,caci mencaci,keji-mengeji dan lain-lain.tujuan adalah untuk untuk memburukkan orang lain.Kalau sekali imbas permainan dikir barat seolah-olah mereka sedang berkelahi tetapi sebenarnya satu lakonan sahaja.

Asal usul dikir barat

Beberapa teori kedatangan dikir barat ke kelantan :

1) Dikir barat datang dari Selatan Siam

Ada golongan yang mengatakan dikir barat berasaldari Siam kerana berdasarkan

perkataan barat (perkataan barat digunakan oleh orang Kelantan untuk menunjukkan Selatan Siam)

2)Dikir barat datang dari Baghat

Ada pendapat yang megatakan dikir barat berasal dari Baghat di India dan ampai ke Kelantan melalui Siam.Dikir-dikir di Baghat masa dahulu kala digunakan oleh penganut Hindu untuk memuja dewa-dewa mereka,sambil menyanyi beramai-ramai lagu pemujaan tersebut dalam bahasa mereka.Nyata sekali ianya tidak mempunyai pantun dan hanya lagu sahaja.

3)Dikir barat datang dari Pulau Kerengga

Pulau Kerengga terletak di Narathiwat Thailand.Orang yang membawanya ke Kelantan ialah Pok Sa.Pok Sa datang ke Kelantan pada tahun 1931.

4)Dikir datang dari ilham budak penjaga lembu

Dikir barat dikatakan berasal dari budak-budak penjaga lembu dimana mereka menyanyi sambil berpantun semasa menunggu lembu makan.Mereka berkumpul beramai-ramai di atas wakaf sambil menyanyi dan berpantun yang berbentuk sindiran,kata mengata dan mencemuh-cemuh sesama mereka yang bertujuan untuk bergurau.

5)Dikir barat berasal dari Pulau Tebu

Selain itu dikir barat juga dikatakan berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husin Mok Nab.Husin dikatakan berasal dari Pulau Tebu dan dikenali dengan nama ”Husin Pulau Tebu”.Husin telah memperkenalkan dikir barat pada tahun 1930 an dan 40 an.

6)Dikir barat ciptaan Mat Leh Tapang

Ramai orang kenal Mat Leh Tapang kerana mendengar dan menonton permainan dikir barat.Kata sesetengah orang ” dikir barat ialah Mat Leh Tapang dan Mat Leh Tapang ialah dikir barat”.Mat Leh Tapang telah megakui bahawa dikir barat berasal dari Selatan Siam.Mat Leh Tapang dikatakan telah mengubahsuai dikir barat dengan memasukkan pantun-pantun hingga kekal ke hari ini yang mana pada asalnya dikir barat merupakan nyanyian semata-mata.Mat Leh Tapang merupakan pengasas dikir barat di Kelantan.