LAGU DIKIR BARAT MEGAT NORDIN

Advertisements

Dikir dan karut

Dikir dan karut

Dikir karut di kenali sebagai dikir pantun atau dikir syair.Dikir karut dibahagikan kepada 14 jenis :

1.Karut Kelantan cepat

2.Karut Kelantan perlahan/slow

3.Karut petani

4.Karut Wok Yoh

5.Karut pendek

6.Karut yenki cepat

7.Karut yenki anjur

8. Karut yenki tengahan

9. Karut yenki a ding ding

10. Karut alo

11.Karut selampit

12. Karut menora

13. Karut jenaka makyong

14. Karut wau bulan

Karut

1) Karut Kelantan cepat

Selamat male saudara

Terima kasih saudari

Hilang royak timbul cerita

Mulo-mulo ambo ggori

Terima kasih saudari

Kecik besar tuo mudo

Mula stak mulo ggori

Samo-samo bergembiro

Kecik besar tuo mudo

Peminat-peminat dikir barat

Sama-sama bergembiro

Orghe jauh orghe dekat

Hai peminat-peminat dikir barat

Ho assalamualikum,

orghe jauh orghe dekat

ramai-ramai kita berhinpon

Kena kita sesatu padu

Kita rakyat malaysia

Hingga kita sudah maju

Sayang jugak

Rakyat kita rakyat

Hidup mewah di negara

Walau di kapong walau di bandar

Senang belako tua muda

Saya ucap terima kasih

Kepada penonton yg budiman

Orghe kita jangan letih

Kene buat comel comel

Karut kelantan slow pelahan

Hilang royak balik sano

Timbul pulak alik sini

Nanti dengan kawe demo

Nok oyak gotu nok oyak goni

Pada perkaro masa sekare

Kene kita jaga-jaga

Kerajaan kita duduk larang

Dio oyak sokmo-somo

Bahagian pertama orghe mudo

Jangan amal ambil dadah

Kene kita jaga jaga

Hok doh make payah bedooh

Walau dadah walau ganja

Kene jauh sama sekali

Badan rosak tuboh binasa

Jadi otak pun tak jadi

Kalu sapo ke rumah

Kene paka-paka payung

Kalu tubuh kita lemah

Kene jaga kesihatan

Aman makmur bahagia

Melayu cina india

Bersatu padu di negara

Itulah negara malaysia

Ada pada sekolah menegah

Kene hantar sekolah tinggi

Anok pokteh anok pok nyoh

Biar sampai ke universiti

Posted by rimiey mad on September 06, 2006 at 08:54 PM | Permalink | Co

Cara-cara berdikir

persembahan dikir barat

Cara-cara berdikir

Dalam irama lagu dikir barat yang asal, tidak ada bertepuk tangan oleh awok-awok seperti hari ini.Pada waktu itu awok-awok dikehendaki meletakkan kedua belah tangan ke pipi untuk menguatkan suara masing-masing.Selain itu juga diadakan satu alatan yang dinamakn ”ceret” diperbuat daripada buluh lebih kurang 8-11 keping dan di cucuk hujung pangkalnya.Berbunyi bila di ketuk.Tepuk tangan seperti hari ini dibuat kerana hendak mensesuaikan dengan berbagai irama baru yang dimasukkan dalam dikir barat.Persembahan dimulakan dengan nyanyian oleh tok juaro.Selepas itu disusuli pula oleh tukang karut.

Alat-alat muzik dikir barat

peralatan muzik yang digunakan dalam dikir barat

Alat-alat muzik dikir barat

1.Sebiji tetawak(gong) tergantung

2.Sebiji rebana ibu

3.Sebiji rebana anak

4.Sepasang marakas(buah rumba)

Pak Leh Tapang pengasas dikir barat

Pak Leh Tapang pengasas dikir barat

Dikir barat selalu dilihat sebagai sebuah persembahan kesenian tradisi yang mula bertapak di kelantan.Tetapi tidak banyak yang menyedari bahawa dikir barat adalah satu cabang kesusasteraan kerana di dalamnya ada puisi tradisional iaitu pantun.Dalam kata lain dikir barat menjadi pemangkin kepada penyuburan seni kesusasteraan genre pantun tanpa disedari dalam masyarakat.seni berpantun dalam dikir barat pula sangat unik kerana dilakukman secara spontan.Seni berpantun inilah yang mendukung dikir barat sbagai satu seni tradisi yang popular hingga kini.Bagaimanapun tidak banyak yang tahu tokoh yang mula-mula mencipta dan mempopularkan dikir barat dalam direktori seni dan budaya negara.Tentunya kita tidak boleh melupakan Pak Leh Tapang begitu saja.Jasanya sangat besar terutama dalam seni dikir barat.

Siapa Pak Leh Tapang?Allahyarham Pak Leh Tapang adalah pengasas dikir barat telah kembali ke rahmatullah pada 17 Mac 2006 ketika berusia 79 tahun.Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Hj Mat Salleh bin Hj Ahmad yang mula berdikir sejak tahun 1940-an dulu.Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kg Tapang Panji Kota Bharu Kelantan.Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu Rambutan Rendang Kota Bharu hinnga lulus darjah enam sebelum perang dunia kedua.Kemudian meneruskan pelajaran agama di pondok tok guru Hj Wan Ismail Tapang.beliau berminat dalam bidang seni dan bergerak secara aktif dalam pasukan rebana kampung Tapang,bermula sebagai tukang cipta pantun yang akhirnya dikenali sebagai dikir barat pada tahun 40 an.Istilah tukang karut dalam dikir barat juga adalah idea Pak Leh sendiri.

Orang yang mula-mula meniru pantun-pantun yang dibawa oleh Pak Leh Tapang ialah Dollah dari kampung Belimbing Pulau Tebu,Nilam Puri, Kota Bharu kemudian ditiru pula oleh Wahid.Selanjutnya ditiru oleh Zakaria,Na’amat dunia yang meneruskan pantun-pantun itu, ditiru pula oleh Awang Ikan Duyung,Seman Wau Bulan,Husin Keling dan berlarutan hingga ke generasi hari ini.Pantun-pantun mengarut dikir barat diucapkan secara spontan.Sebelum Pak Leh Tapang memperkenalkan dikir barat , istilah dikir sudahpun popular dalam kalangan masyarakat seperti dikir rebana,dikir yadah dan rebana kercing.Allahyarham pernah menjelaskan sebab-sebab dinamakan dikir barat kerana pada awal tahun 40-an ada orang-orang kelantan yang berhijrah ke Thailand untuk mencari pekerjaan di sana.justeru itu orang-orang inilah yang membawa balik ke negeri Kelantan irama dan seni kata dari Thailand lalu dinamakan lagu barat.

Tetapi pantun-pantun karut yang ada di dalam dikir barat adalah ciptaan Pak Leh Tapang sendiri mengikut idea spontan.sekitar tahun 50-an beliau diundang bukan sahaja oleh masyarakat kampung malah oleh ketua-ketua jabatan dan orang-orang kenamaan, pelbagai persatuan dan badan amal dengan tujuan memungut derma. Pak Leh berdikir ke segenap pelusok negeri.Malah pernah juga diundang oleh Paduka Raja Nik Mahmod(ayahanda kepada allahyarham Tan Sri Ahmad Kamil) .Sewaktu Paduka Raja Nik Mahmod menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1963,allahyarham diundang membuat persembahan di Kuala lumpur bersempena 10 tahun kemerdekaan.pada tahun 1998, allahyarham diminta membuat persembahan di dalam istana Balai Besar,Kota Bharu bagi meraikan keberangkatan tiba sultan Terengganu. Pak Leh Tapang julung-julung kalinya memperkenalkan nama-nama tok juara dikir barat sekitar tahun 50-an melalui perlawanan dikir barat.

Dengan adanya perlawanan itu, berkembanglah dikir barat di negeri Kelantan.antara kumpulan dikir barat yang wujud pada masa itu ialah kumpulan Husin Pulau Tebu,Kumpulan Pak Badol(tok juaranya ialah Awang Lubuk Nibong),kumpulan Bukit Akar(tok juaranya ialah Abd Rahman Bukit Akar), kumpulan Dollah Teluk Kemunting(tukang karutnya Mamat Pengkalan Petah)dan kumpulan Binjai(tukang karut Dolah Kulat Malam).Dikir barat berkembang juga ke Selatan Thailand seperti wujudnya kumpulan Awang Kampung Kersik, Patani, Kumpulan Ku Mat Lukla(Pak Ku Mat),kumpulan Jusoh Jabi, Sudin Jah Kerian, Nik Andak Jah Erong. Pak Leh Tapang pernah berdikir di hadapan pembesar-pembesar Jepun sewaktu penjajahan Jepun, bertempat di Pantai Cinta Berahi(Pantai Cahaya Bulan),pada pukul 10 pagi.

Beliau juga diundang berdikir semasa majlis perasmian stesen radio Wakaf Che Yeh(RTM Kota Bharu),pada 6 november 1994 yang dirasmikan oleh menteri penerangan allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman juga pada pukul 10 pagi.Pak Leh pernah memberitahu tentang lahirnya tukung karut wanita yang bermula sekitar tahun 60-an terdiri daripada Che Jah dari kampung Ana, Natrah pula dari kampung Teluk Kemunting, dan Himah dari Perupok Bachok Kelantan.Allahyarham juga menjelaskan perubahan lagu-lagu dikir barat oleh tok juara dibawa oleh kumpula Awang Lah Jangga Barat dengan lagu asli dikir barat kemudian diubah suai oleh kumpulan Husin Pulau Tebu dengan membawa irama lagu makyung.seterusnya,diubahsuai oleh kumpulan Zakaria Pulau Belanga degan irama lagu dikir laba dan kemudian diubah suai pula oleh kumpulan Jusoh Kelong dengan irama lagu padang pasir dan irama lagu hindustan.

Pak Leh Tapang menjelaskan mengenai fahaman atau cara berpantun dalam persembahan dikir barat.Allahyarham tidak menggunakan perkataan lucah atau menghina sesiapa.kerana itu allahyarham amat kesal dengan perkembangan mutakhir ini kerana ada kumpulan dikir barat tanpa malu-malu berpantun dengan perkataan lucah kononya untuk melahirkan kelucuan atau menarik perhatian khalayak.Pak Leh Tapang mengudurkan diri dalam dikir barat pada tahun 1968.Beliau pernah dilantik menjadi pengadil dikir barat dalam pertandingan dendang rakyat pada tahun 1972 dan 1974.Bagi mengenang jasa sumbangan seni budaya warisan bangsa ,beliau pernah dianugerahkan surat kepujian oleh mahaguru silat gayong malaysia,Meor Abdullah Rahman di Shah Alam,Selangar pada tahun 1967.Pada tahun 1993 dianugerahkan pigat setia (PS) daripada Sultan Kelantan.Dikir barat masih hidup malah begitu subur ke seluruh rantau,namun tokoh iaitu pengasasnya Pak Leh Tapang telah pergi buat selama-lamanya.Allahyarham meninggalkan sejarah serta khazanah seni budaya yang tidak ternilai harganya.kita semu sebenarnya sangat terhutang kepadanya.

SUMBER : SUDUT SASTERA MINGGUANMALAYSIA

, AHAD 26 MAC

Munirah popular lagu Pacat

Munirah popular lagu Pacat

Munirah mungkin satu nama yang tidak asing bagi peminat seni dikir barat negeri Kelantan, malah dia juga dikenali di sekitar Terengganu dan Pahang. Beliau tidaklah sehebat Siti Nurhaliza atau pun Mawi namun sering muncul dan selalu diundangkan untuk sama-sama menyerikan persembahan dikir barat di negeri ini. Tanpa kehadirannya seolah-olah persembahan dikir barat ini tidak meriah. Walaupun beliau penyanyi dari Thailand , namun lagu-lagunya berjaya menambat hati peminatnya di Pantai Timur. Kebanyakan lagu yang disampaikan oleh beliau adalah dalam loghat Kelantan dan ini satu kelebihan untuknya mencari peminat disini. ”Lagu saya yang popular di sini ialah Pacat. Lagu ini menjadi siulan semua peringkat umur dan sering mendapat permintaan jika saya membuat persembahan. ”Lagu Pacat, Anak Tak de Besar dan Bini
Tiga amat popular di sini,”katanya kepada Sinar Harian selepas persembahan dikir barat di Padang Tembak baru-baru ini. Dalam usianya 35 tahun, Munirah masih aktif membuat persembahan. Kini dia muncul dengan album ke-10 yang bertajuk ibu dan kini sudah ada di pasaran. ”Saya mengharapkan album ibu ini mendapat sambutan dan diterima oleh peminat seperti album Pacat,” ujarnya. Ibu kepada dua orang anak ini mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia 15 tahun lagi. Anak kelahiran Narathiwat,Thailand berasa kagum kerana dalam masa yang masih muda ketika itu tidak ada halangan daripada keluarganya untuk bergerak aktif dalam bidang seni walaupun beliau bergelar seorang isteri. ”Saya mendirikan rumah tangga ketika berusia 15 tahun. Suami saya, Yahya turut terlibat secara langsung dalam bidang seni ini dan banyak membantu saya dalam menghasilkan melodi lagu,”katanya. Munirah melahirkan anak sulung lelaki ketika berusia 16 tahun. Anaknya sekarang sedang menuntut di tahun akhit Universiti Yala dalam bidang Sains Komputer, manakala anak bongsunya perempuan berada pada tahun satu juga menuntut ditempat yang sama dalam jurusan Sains Teknologi tahun pertama. Di Thailand katanya, dia merupakan penyanyi sepenuh masa dan mempunyai kumpulan sendiri yang dikenali sebagai kumpulan Murni yang dianggotai oleh tujuh orang perempuan dan dua orang lelaki.”Bersama kumpulan ini saya sering membuat persembahan di hotel Yala-Cang Li dangdut.”

Sinar Harian Khamis 10 Ogos 2006

DIKIR ABANG MAT GLAMOUR SAMPAI PERINGKAT ANTARABANGSA

DIKIR ABANG MAT GLAMOUR SAMPAI PERINGKAT ANTARABANGSA

Dikir barat bukan lagi muzik kebudayaan yang dipersembahkan dalam pesta-pesta kebudayaan atau sebagai penyeri majlis.Sebaliknya seni muzik tersebut berjaya memasukki carta muzik-muzik dan di persembahkan di peringkat antarabangsa.Kenyataan ini dibuktikan oleh pengamalnya Abang Mat Glamour atau Ahmad Awang Ahmad yang terkenal dengan lagu yang mendayu-dayu hingga boleh membangkitkan nostalgia melayu kelantan.Kebanyakkan lagu Mat Glamour terhasil daripada latar belakang kehidupan masyarakat melayu Kelantan misalnya lagu budu yang dinyanyikannya bersama Jali Bunga Tanjung sememangnya menarik dan menyelerakan.Itulah keistimewaan pendikir Mat Glamour yang menceburkan diri dalam bidang seni suara dikir barat secara serius sejak tahun 1992.

Buktinya dia telah berjaya mengeluarkan album pertama yang mendapat

Sambutan.Begitu juga album keduanya yang bertajuk Kesayup Bintang Kejora Telah melonjakkan namanya di persada seni dikir.Ini kerana albumnya itu lebih berkonsepkan dikir blues dengan lagunya Lama Tak Jumpa berjaya menembusi carta Muzik-muzik meskipun hanya bertahan 2 minggu , namun Mat Glamour berjaya membuktikan bahawa lagu dikir barat juga ada tempatnya seperti lagu-lagu komersial yang lain.Pada bulan april 2006 ,Mat Glamour berduet dengan penyanyi terkenal diklangan penyanyi dikir barat yang lain dalam satu konsert secara lansung.Mat Glamour unik kerana memiliki suara merdu,bertenaga dan mengasyikkan.Kemerduan suaranya itulah aset yang dimilikki hingga mencuri hati peminat setiap kali lagu diperdengarkan.Antara lagu yang mendapat sambutan menggalakkan ialah lagu terbarunya Dare Ko Buje dan Tangkap Lentok.

Selain itu terdapat beberapa buah lagunya yang menjadi halwa telinga peminat dikir barat seperti Sakat Buleh Janda, Kaya Raya, Baju Bundle, Jale-jale Cari Make, Belut dan sebuah lagu Arab iaitu Sallabalatul Laila.Walaupun kebanyakkan lagunya lebih kelada hiburan tetapi terdapat beberapa buah lagu Mat Glamour diselitkan unsur-unsur nasihat kepada kepada golongan remaja seperti Jaga Namamu yang menyeru agar remaja sentiasa memelihara maruah diri dan nama keluarga.

SUMBER : SINAR HARIAN SUDUT HIBURAN, 18/08/2006