AWAS !!! – tepukan pada bahagian bahunya ketika dia sedang mengambil wang di sebuah bank


KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas tidak menyangka, tepukan pada bahagian bahunya ketika dia sedang mengambil wang di sebuah bank pada 15 Julai lalu membawa nasib malang, menyebabkan dia kerugian sehingga RM20,500.

 Mangsa yang juga seorang pesara lelaki berusia 67 tahun langsung tidak menyedari ‘kehilangan’ wang itu sehinggalah dia cuba mengeluarkan duit menggunakan kad ATM di salah sebuah bank di Dungun, kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Ab Razak berkata, mangsa pergi ke bank berkenaan pada jam 11 pagi untuk keluarkan wang, namun kad ATM miliknya tidak dapat digunakan.

“Apabila menyemak masalah itu kepada pegawai bertugas, mangsa bingung apabila dimaklumkan kad ATM itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan orang lain,” katanya, di sini semalam. Selain itu katanya, mangsa turut terkejut setelah semakan pegawai bank mendapati, wang di dalam akaun itu berkurangan sebanyak RM20,500 melalui beberapa transaksi pengeluaran. Ab Rahim berkata, mangsa mula menyedari insiden bahunya pernah ditepuk seseorang dengan alasan wangnya jatuh ketika mengeluarkan duit di bank pada 15 Julai, lalu namun tidak menyangka ia satu taktik penipuan.

 “Mangsa kata, selepas tunduk melihat wang jatuh sebagaimana didakwa lelaki itu, dia mengambil kad ATM miliknya lalu pulang dan tidak menggunakan kad itu sehinggalah semalam (21 Julai). “Suspek dipercayai menukar kad ATM mangsa dengan kad orang lain ketika lelaki itu tunduk dan mengeluarkan wangnya begitu mudah kerana suspek sudah memerhatikannya lebih awal,” katanya.

Mangsa berasal dari Kampung Nibong Stesen, Dungun membuat laporan di Balai Polis Kerteh, Kemaman jam 12 tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer. Ab Rahim berkata, pihaknya turut menerima beberapa laporan mengenai kehilangan wang menggunakan modus operandi sama iaitu bahu mangsa ditepuk seseorang ketika mengeluarkan wang di ATM, konon ada wang terjatuh.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika mengeluarkan wang di mesin ATM, dengan tidak mudah menghiraukan sebarang gangguan daripada orang yang beratur di belakang, sama ada berbentuk teguran atau tepukan. “Bulan ini saja, kita sudah terima tiga kes menggunakan modus operandi sama iaitu dua di Kemaman dan satu di Dungun.

 “Namun sehingga kini belum ada tangkapan dibuat terhadap kumpulan ini,” katanya. Beliau berkata, kumpulan dipercayai dianggotai dua hingga empat orang itu bergerak aktif menipu di pusat perbankan di seluruh negeri ini dan tindakan pantas mereka menukar kad ATM menyebabkan mangsa tidak menyedarinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: