INGIN LAMAN WEB UNTUK SYARIKAT,HOTEL,RESORT LAYARI http://www.web.sharimi.com

AWAS !!! – tepukan pada bahagian bahunya ketika dia sedang mengambil wang di sebuah bank

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas tidak menyangka, tepukan pada bahagian bahunya ketika dia sedang mengambil wang di sebuah bank pada 15 Julai lalu membawa nasib malang, menyebabkan dia kerugian sehingga RM20,500.

 Mangsa yang juga seorang pesara lelaki berusia 67 tahun langsung tidak menyedari ‘kehilangan’ wang itu sehinggalah dia cuba mengeluarkan duit menggunakan kad ATM di salah sebuah bank di Dungun, kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Ab Razak berkata, mangsa pergi ke bank berkenaan pada jam 11 pagi untuk keluarkan wang, namun kad ATM miliknya tidak dapat digunakan.

“Apabila menyemak masalah itu kepada pegawai bertugas, mangsa bingung apabila dimaklumkan kad ATM itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan orang lain,” katanya, di sini semalam. Selain itu katanya, mangsa turut terkejut setelah semakan pegawai bank mendapati, wang di dalam akaun itu berkurangan sebanyak RM20,500 melalui beberapa transaksi pengeluaran. Ab Rahim berkata, mangsa mula menyedari insiden bahunya pernah ditepuk seseorang dengan alasan wangnya jatuh ketika mengeluarkan duit di bank pada 15 Julai, lalu namun tidak menyangka ia satu taktik penipuan.

 “Mangsa kata, selepas tunduk melihat wang jatuh sebagaimana didakwa lelaki itu, dia mengambil kad ATM miliknya lalu pulang dan tidak menggunakan kad itu sehinggalah semalam (21 Julai). “Suspek dipercayai menukar kad ATM mangsa dengan kad orang lain ketika lelaki itu tunduk dan mengeluarkan wangnya begitu mudah kerana suspek sudah memerhatikannya lebih awal,” katanya.

Mangsa berasal dari Kampung Nibong Stesen, Dungun membuat laporan di Balai Polis Kerteh, Kemaman jam 12 tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer. Ab Rahim berkata, pihaknya turut menerima beberapa laporan mengenai kehilangan wang menggunakan modus operandi sama iaitu bahu mangsa ditepuk seseorang ketika mengeluarkan wang di ATM, konon ada wang terjatuh.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika mengeluarkan wang di mesin ATM, dengan tidak mudah menghiraukan sebarang gangguan daripada orang yang beratur di belakang, sama ada berbentuk teguran atau tepukan. “Bulan ini saja, kita sudah terima tiga kes menggunakan modus operandi sama iaitu dua di Kemaman dan satu di Dungun.

 “Namun sehingga kini belum ada tangkapan dibuat terhadap kumpulan ini,” katanya. Beliau berkata, kumpulan dipercayai dianggotai dua hingga empat orang itu bergerak aktif menipu di pusat perbankan di seluruh negeri ini dan tindakan pantas mereka menukar kad ATM menyebabkan mangsa tidak menyedarinya.

Muflis di usia muda – Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda. Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi. Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Ini bermakna 41 orang muflis setiap hari.

“Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap.

“Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap.

Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jumlah itu ialah hutang cukai pendapatan (882 kes), penjamin korporat (4,291 kes), penjamin sosial (3,726), biasiswa atau pinjaman pelajaran (147) dan lain-lain faktor (23,333 kes).

Jika diambil kira jumlah tidak direkodkan iaitu merujuk kepada kes yang dilaporkan sebelum 2005, jumlah sebenar kes bankrap adalah 217,577 kes.

Abdul Karim turut mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal dan gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang sudah diisytiharkan muflis masih berpeluang membuat rayuan termasuk berunding dan merayu tindakan itu tidak diteruskan serta membuat perkiraan bagaimana hutang boleh dijelaskan sekiranya kes petisyen kebankrapan belum difailkan ke mahkamah.

Berdasarkan jumlah aduan diterima, masalah berkaitan pinjaman peribadi didapati meningkat dengan ketara bermula dengan 1,487 kes pada 2005, menurun kepada 961 kes (2006) tetapi meningkat semula kepada 1,425 kes (2007), 1,506 kes (2008) dan 2,806 kes pada 2009.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967, ada tiga cara bagaimana mereka boleh melepaskan diri daripada status muflis iaitu melalui pembatalan perintah penghukuman; pelepasan dengan perintah mahkamah dan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

Mengulas situasi itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah menyifatkan ia suatu yang membimbangkan kerana status muflis itu sendiri dianggap menutup masa depan mereka.

“Ada pengadu yang datang ke FOMCA mengakui terlebih berbelanja, sanggup berhutang semata-mata mahu hidup gaya mewah,” katanya.

“Mereka sanggup beli set teater rumah yang mewah, aksesori kereta mahal, televisyen canggih sedangkan itu tidak begitu penting berbanding keperluan asas lain. Lebih banyak berhabis duit membeli rumah,” katanya.

Kerajaan lancar skim latihan khas bagi siswazah menganggur

SEGAMAT: Kerajaan hari ini melancarkan satu skim latihan khas bagi melengkapi para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan yang masih menganggur dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata melalui skim dikenali sebagai Program Kebolehpekerjaan Siswazah (PKS) itu, siswazah bukan sahaja berpeluang meningkatkan peluang masing-masing bagi mendapatkan pekerjaan, tetapi juga menjadi lebih inovatif dan kreatif, sejajar dengan matlamat MBE. Katanya RM10.5 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan skim itu, yang akan dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah kementerian berkenaan. “Matlamat PKS ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan siswazah bagi menjadikan mereka lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi, di samping membantu siswazah yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pekerjaan kerana ketiadaan kemahiran,” katanya ketika melancarkan skim itu di sini.

Ketika memperkenalkan MBE Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata MBE akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global melalui faedah yang dibawanya kepada semua rakyat Malaysia apabila pendapatan per kapita mereka meningkat daripada AS7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.

Najib berkata kewujudan negara berpendapatan tinggi bermakna seluruh bidang ekonomi akan menawarkan upah lebih tinggi kerana pertumbuhan yang dicapai bukan sahaja berpunca daripada modal, tetapi juga daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan lebih baik, penjenamaan lebih kukuh dan pematuhan standard antarabangsa dan hak-hak harta intelek.

Dr Subramaniam, yang juga Ahli Parlimen Segamat, berkata PKS akan membina, membantu dan melengkapkan siswazah menganggur dengan kemahiran utama dalam bidang ICT; kecekapan; kemahiran yang boleh dipindahkan termasuk dalam bidang komunikasi, pemikiran analatikal dan penyelesaian masalah; pengalaman bekerja yang relevan; penerokaan laluan baru bagi kerjaya masing-masing; dan penempatan pekerjaan.
Katanya mereka yang menjadi kumpulan sasaran skim itu ialah pemegang diploma dan ijazah yang menganggur sekurang-kurangnya tiga bulan setelah tamat pengajian.

“Kami akan pilih kumpulan pertama seramai 1,000 siswazah bagi program ini dan mereka akan menjalani latihan antara lima dan enam bulan,” katanya.

Beliau berkata latihan itu mempunyai tiga komponen – latihan di dalam kelas, secara sangkutan dan penempatan pekerjaan.

“Komponen bekerja secara sangkut mendedahkan mereka kepada persekitaran sebenar alam pekerjaan dan dengan adanya pengalaman melalui bekerja ini, pelatih akan dapat mempraktikkan perkara yang telah mereka pelajari semasa dalam kelas di tempat mereka membuat latihan secara sangkutan nanti,” katanya.

Dr Subramaniam berkata selain menanggung yuran kursus, kerajaan juga akan memberi elaun bulanan RM500 kepada siswazah terbabit sepanjang tempoh latihan mereka.

Katanya pelatih akan mendapat pekerjaan sebaik saja tamat mengikuti latihan itu.

Beliau berkata siswazah yang berminat menyertai skim itu boleh memuatkan turun borang permohonan dengan melayari laman web http://www.hrdf.com.my atau menghantar permohonan masing-masing kepadaa PSMB.
– BERNAMA

DAPATKAN EBOOK JOM BUAT BLOG(BLOGSPOT) CUMA RM 20.00

JOM DAPATKAN EBOOK JOM BUAT BLOG(BLOGSPOT) RM 2O.00 JE.BERMINAT EMEL KEPADA : ayeserame@yahoo.com

DAPATKAN EBOOK JOM BUAT BLOG(BLOGSPOT) CUMA RM 20.00.PANDUAN LENGKAP UNTUK ANDA.LANGKAH DEMI LANGKAH BERSERTA GAMBAR.MUDAH DIFAHAMI.SETEBAL 140 MUKA SURAT.100% BAHASA MELAYU.HARGA CUMA RM 20.00.BERMINAT?SILA EMEL KEPADA ayeserame@yahoo.com

SPAIN JUARA WORLD CUP 2010

[YOUTUBE=http://www.youtube.com/watch?v=b_J_yxCdGng]

[YOUTUBE=http://www.youtube.com/watch?v=8rzEhYc8blk]

FINAL WORLD CUP – APA KATA SOTONG “PAUL”

BETUL ATAU KEBETULAN ????????
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN 1.30 PAGI AHAHD NI……..SPAIN ATAU NETHERLAND

27 rejab / 9/7/2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

KEAJAIBAN SOTONG(PAUL OCTOPUS) MERAMAL PEMENANG SETIAP PERLAWANAN DI PIALA DUNIA

PAUL THE OCTOPUS TELAH MERAMAL KEMENANGAN SPAIN KETIKA MELAWAN JERMAN PAGI TADI (SPAIN 1- JERMAN 0)

BETUL ATAU KEBETULAN???? PAUL TELAH MEMILIH SPAIN JUARA PIALA DUNIA………..JIKA RAMALANNYA SILAP SOTONG NI BAKAL DIJADIKAN HIDANGAN UNTUK KENDURI WORLD CUP 2010……

RADIO ORE SEMERAK – RADIO INFORMASI UNTUK KOMUNITI ORE SEMERAK

BERITA RADIO ORE SEMERAK DI AKHBAR SINAR HARIAN KELANTAN 1 JULAI 2010

Radio Ore Semerak merupakan radio internet pertama yang berkonsepkan kominiti setempat.Radio ini boleh didengari di seluruh dunia melalui internet.Konti radio ore semerak terletak di pekan cherang ruku pasir puteh kelantan.Radio ore semerak bersiaran 24 jam dan 7 hari seminggu.Antara pengisian siaran radio ore semerak adalah :

1. Hiburan – dikir barat , lagu melayu,nasyid,lagu indonesia,lagu hindi
2. Zikir,selawat,bacaan ayat suci al-quran.
3. Kuliah agama
4. Ucapan daripada YB Semerak Yb Wan Hassan Wan Ibrahim
5. Ucapan pemimpin setempat (penghulu,tok imam,aktivis masyarakat)
6.Pengumuman
7. Berita semasa tempatan

Kepada anak-anak semerak atau anak-anak kelantan yang berada di perantauan,anda boleh lah dengar radio ore semerak di melalui laman web :

http://www.semerakloni.com/radio.html

atau

http://semerakloni.listen2myradio.com

257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.