BERITA KPLI

Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran dalam syarat tambahan yang ditetapkan kepada pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi membolehkan lebih ramai diberi peluang mengambil Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) sesi kedua yang diadakan esok (27 Mac 2010).

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr Zahri Aziz, berkata MTest kedua yang akan diduduki kira-kira 22,000 calon itu memberi peluang kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih tetapi tidak mempunyai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda. “Bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih, tidak kira walaupun hanya mempunyai setahun pengalaman dan tidak mencapai CGPA 2.75, kita tetap beri peluang kepada mereka untuk mengambil ujian berkenaan.

“Ini bagi memastikan peluang dan ruang yang lebih terbuka diberikan kepada pemohon,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

MTest sesi pertama yang membabitkan 34,849 calon dilakukan pada 13 Mac lalu di 27 institut pendidikan guru (IPG) dan 107 sekolah seluruh negara manakala MTest sesi kedua pula akan dilakukan di 27 IPG dan 68 sekolah, tidak lama lagi.

Berdasarkan keputusan MTest itu, calon yang layak akan dipanggil temu duga sebelum dipilih mengikuti kursus berkenaan.
Kementerian Pelajaran menerima lebih 68,000 permohonan, namun hanya 1,898 yang akan terpilih mengikuti program berkenaan Jun depan.

Berikutan permohonan yang tinggi itu berbanding jumlah tempat yang ditawarkan, kementerian mengetatkan syarat kemasukan termasuk mempunyai sarjana muda dengan CGPA 2.75 ke atas selain syarat asas mendapat kredit Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.

Zahri turut memberi jaminan bahawa MTest yang dijalankan itu telus untuk mencari calon yang benar-benar layak membimbing murid.

“Mtest dibuat oleh pensyarah universiti dan institut pendidikan guru yang dilakukan secara saintifik. Kita tidak boleh persoalkan kesahihan instrumen yang digunakan dalam ujian itu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pembaca Berita Harian menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai Mtest yang dikatakan tidak telus dan ada yang membuat aduan tidak terpilih mengambil ujian berkenaan walaupun menepati kriteria yang ditetapkan.

– BERITA HARIAN

MTEST KALI KEDUA

semak disini – http://apps.emoe.gov.my/kpli/mtest2/index.cfm

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Ujian MTeST Panggilan Kedua akan diadakan. Semakan Keputusan Panggilan Kedua Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada 23 Mac 2010 (Selasa) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe. gov.my) .

Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 27 Mac 2010 (Sabtu).

Hebahan melalui mySMS akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe. gov.my

TERIMA KASIH SEMUA

HARI INI BLOG INI TELAH MENCATAT SEJARAH.SEHINGGA JAM 6.40 PETANG 9 MAC 2010,BLOG INI TELAH DIKUNJUNGI OLEH PELAWAT SERAMAI 5,990 PELAWAT .SAYA DAPAT RASAKAN YANG JUMLAH NYA AKAN BERTAMBAH PADA MALAM NANTI.

TERIMA KASIH DAUN KELADI……….ADA MASA DATANG LAGI…

SHARIMI

SEMAKAN PANGGILAN MTEST KPLI

SEMAK DI SINI http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

SELAMAT BERJAYA….GOOD LUCK

Semakan Panggilan MTeST bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010
Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada 9 Mac 2010 (Selasa) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 13 Mac 2010 (Sabtu).

Semakan melalui mySMS boleh dibuat dengan menaip MOE MTEST dan hantar ke 15888.

Sekian, terima kasih.

KALENDAR AKTIVITI KPLI

D. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI AMBILAN JUN 2010

Bil Aktiviti Tarikh
1 Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2010. 07 Februari 2010
2 Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 08 Februari 2010
3 Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 21 Februari 2010
4 Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online. 9 Mac 2010
5 Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). 13 Mac 2010
6 Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
12 April 2010
7 Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
19 hingga 30 April 2010
8 Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). 07 Jun 2010
9 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). 28 Jun 2010

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

***************************************************************************************************

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
  BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841245
03-88841243
03-88841235
03-88841231
03-88841226

       
  URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
       
  URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

INGIN MEMILIKI BLOG SENDIRI?JOM BINA BLOG ANDA SENDIRI .DAPATKAN EBOOK JOM BUAT BLOG (BLOGSPOT) KHAS UNTUK BAKAL GURU.HANYA RM 20.00 SAHAJA . CEPAT JANGAN KETINGGALAN. KETERANGAN LANJUT. LAYARI http://www.jombuatblog.com