SUSULAN TRAGEDI DI KB MALL

****************************************************
SUMBER : SINAR HARIAN KELANTAN

KOTA BHARU – Pasaraya KB Mall yang ditutup operasinya pagi semalam kini dibuka semula bagi meneruskan urusan perniagaannya bermula jam 2 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pasar raya itu dibuka setelah mengambi kira kepentingan para peniaga, pekerja dan orang ramai berikutan ia adalah pasar raya terbesar di Kelantan yang menjadi tumpuan sebelum ini.

“Melalui perbincangan yang diadakan bersama peniaga, pemilik premis dan orang ramai dengan mengambil kira kepentingan mereka, kita mengambil keputusan untuk membuka KB Mall.

“KB Mall kini beroperasi seperti biasa mulai pukul dua petang tadi (semalam) setelah beberapa langkah keselamatan dijalankan di tempat kejadian terutama di kawasan eskalator,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut memberi jaminan keselamatan terhadap orang ramai dan bermula esok (hari ini) pasar raya itu akan beroperasi seperti biasa bermula pukul 10 pagi.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga turut mengarahkan pihak keselamatan pasar raya bagi meletakkan papan tanda yang mencukupi sebagai peringatan di kawasan tempat kejadian dan memberi arahan keselamatan kepada orang ramai secara berterusan.

“Kita akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin. Sehingga kini, pihak konsultan bangunan mengesahkan keselamatan sistem pendawaian dan kabel yang ada dalam keadaan baik.

“Pihak bomba juga memaklumkan, tiada masalah dari segi kawalan kebakaran dan tiada kerosakan kesan daripada kejadian kelmarin,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati walaupun operasi di KB Mall dibuka semula pada jam 2 petang, namun keadaan lengang di dalam bangunan dan masih ramai pekerja di situ berada di luar bangunan.

************************************************
SUMBER : SINAR HARIAN KELANTAN

DEWAN BETA – Dua beradik yang terlibat dalam kejadian di KB Mall kelmarin masih lagi berada dalam keadaan fobia berhubungan kejadian yang meragut dua nyawa pelajar Kolej Masterskills itu.

Nurul Akmal Said, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Salor berkata, kejadian tersebut sangat menakutkannya kerana ia berlaku tanpa diduga oleh dia dan kakaknya, Nurul Ain Said, 17, pelajar Sekolah Menengah Dewan Beta serta abang angkat kakaknya, Sabri, 27, yang dikenali selama setahun lebih.

“Masa kejadian, kira-kira jam 4 lebih kami hendak pulang selepas membeli barangan kelengkapan sekolah di sana, masa itu kereta milik Sabri tidak dapat dihidupkan dan kami terpaksa menolaknya.

“Pada awalnya saya dan kakak yang menolak dan Sabri dalam kereta oleh kerana kami berdua tidak berupaya. Jadi Sabri meminta kakak berada dalam kereta dan saya serta dia yang menolak di luar,” katanya kepada: Sinar Harian :ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chekeli di sini, semalam.

Nurul Akmal berkata, Sabri mengajar kakaknya itu supaya menekan minyak apabila kereta ditolak dan dia juga turut sama telah memasukkan gear untuk kakak sebelum menolak kereta itu.

Beliau berkata, tiba-tiba sahaja apabila enjin dapat dihidupkan kereta tersebut terus meluncur laju dan merempuh dinding Pasaraya KB Mall.

Menurutnya, dia pada waktu itu terkejut dan sempat menjerit apabila melihat keadaan kereta yang dipandu oleh kakaknya itu merempuh dinding.

Sementara itu, Nurul Ain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, semasa kejadian tersebut dia tidak sedarkan diri kerana pengsan beberapa kali dan hanya sedar apa yang terjadi apabila tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Sampai sekarang kejadian tersebut bermain-main di fikiran dan saya rasa amat takut,” katanya yang sedang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu.

Beliau yang ketika itu sedang berkemas untuk pulang ke rumahnya selepas menerima rawatan di hospital berkata, apa yang berlaku itu tidak diduganya dan ia juga berlaku terlalu pantas.

Nurul Ain berkata, sepatutnya semalam dia menduduki peperiksaan SPM bagi subjek ekonomi tetapi dengan keadaannya sekarang ini dia tidak dapat meneruskannya.

“Saya sedih dan masih tidak berupaya, tentang peperiksaan tengoklah macam mana keadaan saya nanti kerana saya masih ada empat subjek untuk diteruskan,” katanya dengan nada yang lemah.

Dia yang mengalami kecederaan di wajahnya itu kini tidak dapat menggerakkan kaki kirinya, tetapi sudah dibenarkan pulang berehat di rumah oleh pihak hospital.

Beliau yang merupakan anak kelima dan adiknya, Nurul Akmal anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, mereka memohon maaf di atas apa yang berlaku terutamanya kepada keluarga mangsa yang maut.

Ayahnya, Said Ismail, 51, berkata, mereka sekeluarga memohon ampun kepada keluarga yang terlibat.

“Apa yang berlaku ini adalah sudah ditentukan oleh Tuhan dan ia di luar dugaan. Kami memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kepada keluarga terlibat dan takziah kami ucapkan,” katanya.

Dalam kejadian tersebut dua sahabat maut dan dua cedera parah dan kini dirawat di HPRZ II.

Mereka yang terbunuh ialah, Siti Nur Amira Shamsuddin, 19, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 18, yang berasal dari negeri ini.

**************************************************
SUMBER : SINAR HARIAN KELANTAN

KOTA BHARU – “Mangsa kereta yang terjunam di tangga eskalator berada hampir tiga meter dari tempat saya duduk dan saya tergamam melihat kejadian itu,” kata salah seorang yang menyaksikan kejadian maut di KB Mall dekat sini, petang kelmarin.

Remaja berkenaan, Ahmad Darmawulan Ibrahim, 22, berkata, semasa kejadian jam 4.50 petang kelmarin, dia baru sahaja selesai membeli di salah sebuah farmasi di pasar raya itu sebelum melihat mangsa jatuh berdekatan dengannya.

“Mula-mula kejadian, saya terdengar bunyi benda berlanggar kuat, kemudian saya mendongak ke atas, ada banyak benda runtuh, bata, bumbung, cermin jatuh dan pecah.

“Kebanyakan pekerja dan mereka yang membeli-belah di pasar raya itu kaku dan tergamam melihat satu-persatu bata dan cermin jatuh. Sejurus kemudian, dalam masa tidak sampai dua minit, saya lihat kereta terjunam, lalu tersangkut di eskalator berdekatan saya,” katanya kepada :Sinar Harian.

Ahmad berkata, dia ternampak ada dua mangsa, satu berada pada jarak tiga meter darinya dan seorang lagi berada pada kedudukan ketiga anak tangga eskalator.

Bagaimanapun, dia mengetahui empat mangsa terlibat, tetapi tidak pasti yang mana maut dan cedera ketika itu.

“Saya percaya mangsa yang berada di kaki eskalator jarak tiga meter itu maut. Tetapi semasa kejadian, boleh dikatakan tiada siapa yang berani mendekati mangsa kerana takut benda lain jatuh lagi dari atas.

“Dalam masa 20 minit berada di situ, saya sempat melihat rakan mangsa (pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill) yang beruniform menangis dan apabila runtuhan reda, mangsa berdekatan saya diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh pihak keselamatan dan orang ramai,” katanya.

Katanya, kejadian tersebut berlaku di luar jangkaan dan bersyukur kerana dia terselamat daripada kejadian ngeri terbabit.

KOTA BHARU – Seorang bapa kepada mangsa kejadian kereta terjunam di KB Mall kelmarin terkejut menerima panggilan telefon dan mendengar suara anaknya menangis.

Ahmad Latfi Abdul Aziz, 55, berkata, kira-kira jam 5.10 petang dia menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rashidah Ahmad Latfi, 24, yang menyatakan dia mengalami kecemasan.

Menurutnya, anak keempat daripada 11 beradik itu bercakap sambil menangis dan mengerang kesakitan.

“Saya hanya mendengar dia menangis dan memberitahu dia dalam kecemasan dan kini berada di KB Mall.

“Pada mulanya saya ingatkan dia kemalangan jalan raya dan tanpa berfikir panjang terus ke Kota Baharu untuk mengetahui perkara sebenar,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin Rashidah berasal dari Kampung Pancor, Besut Terengganu salah seorang penuntut Kolej Masterskill cedera parah dan kini menerima rawatan di HRPZ II akibat kecederaan parah.

Dua lagi kawannya Siti Nor Amira Samsuddin, 19 dan Siti Nordiana Azman, 18, maut berikutan sebuah kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall dan menimpa mereka.

Semalam Rashidah dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 11 pagi dan sehingga jam 3.45 petang masih belum keluar lagi.

Ahmad Latfi berkata, kebimbangannya terjawab kerana ketika dalam perjalanan dari Terengganu ke Kota Bharu dia mendengar berita menerusi radio menyatakan ada kejadian negeri berlaku di KB Mall.

Menurutnya, akibat ter-lalu terkejut dengan kejadian itu isterinya, Aminah Omar, 50 yang demam sejak seminggu lalu dan tidak larat untuk bergerak dapat berjalan seperti biasa.

Sementara itu, Aminah berkata, anaknya masih dalam keadaan terkejut dan tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

“Dia memberitahu saya ketika kejadian dia separuh sedar dan sempat menyuruh salah seorang pengunjung di situ untuk menghubungi ayahnya supaya memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan mendoakan dia cepat sembuh.

“Akibat kemalangan itu dia mengalami kecederaan di dahi dan kaki kirinya patah,” katanya.

3 Responses

  1. Takziah kepada keluarga mangsa,blog nie banyak info ye..tahniah

  2. Mu taip drpd paper Sinar masuk dlm blog ko??

  3. Kami bersedih kerana kejadian yang mengerikan itu berlaku di kawasan kami……………………………………………. Saya bersimpati akan kematian seseorang wanita di KB mall pada Hari Isnin 7 Desember itu……………… Setakat ini sajalah kami hantar surat ini………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: