KELATE VS N9


SEPARUH AKHIR 31/10/2009 – KELATE VS PERLIS (3-1)

su_01_1

GOMO KELATE GOMO - KELATE VS N9 7/11/2009 - STADIUM BUKIT JALIL

**************************************************
NOSTALGIA 1970 ketika sang Kijang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia kembali menggamit memori seluruh masyarakat di Kelantan.

Ketika skuad mereka kini sedang bersiap sedia untuk turun menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, ada pesanan penting daripada ‘orang-orang lama’.

Bermain dengan penuh semangat, kawal emosi dan sempurnakan peluang yang ada.

Itu pesanan daripada Mahadi Yusof, 64, bekas pemain tengah Kelantan yang membarisi skuad gemilang Kelantan yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 sebelum tewas kepada Perak 0-2.

Menurutnya, pasukan Kelantan kini memiliki segala kelebihan terutama dari segi sokongan peminat yang yang pastikan akan bersama-sama membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami pernah memiliki peluang untuk membawa pulang Piala Malaysia suatu ketika dulu namun, nasib tidak menyebelahi kami.

“Kali ini, harapan kami kembali mekar untuk melihat piala tersebut pulang ke Kota Bharu walaupun, tugasnya bukan lagi digalas di bahu kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, ini adalah peluang terbaik Kelantan dengan dibarisi adunan bintang-bintang berpengalaman dan pemain muda yang semakin meningkat naik.

Jelasnya, kekuatan yang ada terutama barisan serangan yang pantas mungkin akan memberi kelebihan kepada Kelantan untuk dinobatkan juara Piala Malaysia musim 2009.

Sementara itu, bagi bekas penjaga gol skuad 1970, Nik Sazali Nik Jaafar, 60, kekecewaan ketika gagal merebut piala berprestij tanah air kira-kira 39 tahun yang lalu kembali terubat.

Katanya, beliau yakin pemain-pemain Kelantan yang ada kini mampu untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan yang terbuku sekian lama.

“Hampir 40 tahun kami menunggu detik ini dan syukur ian muncul sekali lagi. Kali ini dan buat pertama kalinya saya ingin melihat piala ini (Piala Malaysia) ke Kelantan.

“Kita tidak mahu pasukan Kelantan sekadar layak ke peringkat akhir tetapi, biar ia menjadi sejarah kepada Kelantan,” jelasnya

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penjaga gol Kelantan, Halim Napi supaya dapat mengawal emosi serta beraksi dengan baik.

“Halim seorang pemain yang bagus, dia punyai segala kriteria untuk menjadi penjaga gol yang terbaik pernah dimiliki Kelantan dan ini adalah saat untuk dia mencipta sejarah.

“Dia perlu lebih tenang dan jangan terikut-ikut rentak penyokong serta perlu lebih fokus untuk memastikan kejayaan pasukan,” ujarnya

***************************************************
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meletakkan sasaran menjuarai tiga piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran tersebut disandarkan kepada kejayaan Kelantan melangkah ke final Piala Malaysia musim ini selain muncul naib juara Piala FA.

Katanya, peluang Kelantan mencipta sejarah dengan menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan menjuarai Liga Super musim depan agak cerah.

“Bagi tujuan tersebut, Kafa akan membentuk sebuah pasukan yang terkuat bagi menghadapi saingan musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan 1,001 Tiket Kepada Tetamu Kafa sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Wisma Sukan, Kota Bharu semalam.

Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pada masa yang sama, Annuar berkata, Kafa mengisyatiharkan Tahun 2010 sebagai Tahun Bola Sepak Negeri Kelantan.

SIMBOLIK… Annuar (dua dari kiri) menyampaikan replika tiket final Piala Malaysia kepada Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan, Ismail Ab. Wahab (tiga dari kanan) semalam.

——————————————————————————–

Jelasnya, beberapa program akan disusun di seluruh negeri sepanjang tahun depan.

“Kafa juga akan menganjurkan ceramah, seminar dan forum berkaitan dengan bola sepak.

“Kafa mengharapkan program yang dirancang mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: