KEMATIAN MICHAEL JACSON


Kematian Raja Pop dipercayai akibat terlebih ambil dos ubat penahan sakit

LOS ANGELES: Bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson, gagal mengenal pasti punca kematian penyanyi kulit hitam popular itu di tengah laporan dia mungkin disuntik dengan ubat penahan sakit sejurus sebelum tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis akan menyoal siasat doktor peribadi Raja Pop itu berikutan dakwaan beliau bersama Jackson semasa saat-saat cemas di rumah penghibur itu.

Jantung Jackson berhenti berfungsi apabila paramedik tiba di kediaman mewah yang disewanya di Holmby Hills di Los Angeles tengah hari Khamis lalu, dengan doktor peribadinya cuba sedaya upaya menyedarkan dia.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA, dan diisytiharkan meninggal dunia.

“Pengumuman mengenai punca kematian ditunda, yang bermakna pemeriksa perubatan mengarahkan ujian tambahan seperti toksikologi dan kajian lain.

“Ujian berkenaan akan mengambil masa empat hingga enam minggu,” kata jurucakap Koroner Los Angeles, Craig Harvey.

Bercakap kepada wartawan di luar pejabat koroner, Harvey berkata: “Tiada tanda sebarang trauma luaran atau perbuatan khianat dapat dikesan pada mayat Jackson.”

Polis berkata, mereka ingin menyoal siasat doktor peribadi Jackson, pakar kardiologi beribu pejabat di Houston, yang dikenal pasti media sebagai Dr Conrad Murray.

Mayat Jackson akan diserahkan kepada keluarganya selepas mereka memilih firma menguruskan majlis pengebumian, kata Harvey. Namun bila dia akan dikebumikan belum diketahui.

Laman web selebriti, TMZ.com, memetik temubual dengan ‘anggota rapat’ keluarga Jackson yang tidak dinamakan, melaporkan penghibur kontroversi itu disuntik dengan Demerol kira-kira setengah jam sebelum jantung Jackson terhenti.

Laporan TMZ menyebut, memetik kenyataan itu, Jackson mendapat suntikan Demerol, sejenis ubat penahan sakit setiap hari, dan keluarganya percaya kematian penyanyi itu disebabkan lebihan dos ubat itu.

Detektif memeriksa rumah Jackson dan merampas kereta Mercedes Murray, berkata ia mungkin mengandungi bukti.

Seorang lelaki tidak dikenali menghubungi talian kecemasan 911 dari rumah itu pada jam 12.21 tengah hari waktu tempatan, berkata Jackson tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.

Dalam petikan panggilan yang disiarkan pihak berkuasa, pemanggil berkata doktor berkenaan satu-satunya orang yang ada dan melakukan kaedah pernafasan mulut ke mulut kepada Jackson yang tidak sedarkan diri. – AP/Reuters

One Response

  1. penuh misteri / konspirasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: