Jawatan kosong terkini

SILA LAYARI :

http://www.kerjakosong-terkini.blogspot.com

KEMATIAN MICHAEL JACSON

Kematian Raja Pop dipercayai akibat terlebih ambil dos ubat penahan sakit

LOS ANGELES: Bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson, gagal mengenal pasti punca kematian penyanyi kulit hitam popular itu di tengah laporan dia mungkin disuntik dengan ubat penahan sakit sejurus sebelum tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis akan menyoal siasat doktor peribadi Raja Pop itu berikutan dakwaan beliau bersama Jackson semasa saat-saat cemas di rumah penghibur itu.

Jantung Jackson berhenti berfungsi apabila paramedik tiba di kediaman mewah yang disewanya di Holmby Hills di Los Angeles tengah hari Khamis lalu, dengan doktor peribadinya cuba sedaya upaya menyedarkan dia.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA, dan diisytiharkan meninggal dunia.

“Pengumuman mengenai punca kematian ditunda, yang bermakna pemeriksa perubatan mengarahkan ujian tambahan seperti toksikologi dan kajian lain.

“Ujian berkenaan akan mengambil masa empat hingga enam minggu,” kata jurucakap Koroner Los Angeles, Craig Harvey.

Bercakap kepada wartawan di luar pejabat koroner, Harvey berkata: “Tiada tanda sebarang trauma luaran atau perbuatan khianat dapat dikesan pada mayat Jackson.”

Polis berkata, mereka ingin menyoal siasat doktor peribadi Jackson, pakar kardiologi beribu pejabat di Houston, yang dikenal pasti media sebagai Dr Conrad Murray.

Mayat Jackson akan diserahkan kepada keluarganya selepas mereka memilih firma menguruskan majlis pengebumian, kata Harvey. Namun bila dia akan dikebumikan belum diketahui.

Laman web selebriti, TMZ.com, memetik temubual dengan ‘anggota rapat’ keluarga Jackson yang tidak dinamakan, melaporkan penghibur kontroversi itu disuntik dengan Demerol kira-kira setengah jam sebelum jantung Jackson terhenti.

Laporan TMZ menyebut, memetik kenyataan itu, Jackson mendapat suntikan Demerol, sejenis ubat penahan sakit setiap hari, dan keluarganya percaya kematian penyanyi itu disebabkan lebihan dos ubat itu.

Detektif memeriksa rumah Jackson dan merampas kereta Mercedes Murray, berkata ia mungkin mengandungi bukti.

Seorang lelaki tidak dikenali menghubungi talian kecemasan 911 dari rumah itu pada jam 12.21 tengah hari waktu tempatan, berkata Jackson tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.

Dalam petikan panggilan yang disiarkan pihak berkuasa, pemanggil berkata doktor berkenaan satu-satunya orang yang ada dan melakukan kaedah pernafasan mulut ke mulut kepada Jackson yang tidak sedarkan diri. – AP/Reuters

IKLAN BLOG 2 WEBSITE @ AFFILIATE @ PERNIAGAAN @ PERKHIDMATAN

IKLAN BLOG @ WEBSITE @ AFFILIATE @ PERNIAGAAN @ PERKHIDMATAN DI
www.sharimi.com

INFO SELSEMA BABI – H1N1

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA
MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
• Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
• Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
• Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
• Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox – campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA

PENGAMBILAN UNTUK DPLI 2010 DITANGGUHKAN

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah ditangguhkan dan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Sehubungan dengan itu, tiada pengambilan DPLI untuk ambilan Jan 2010 dan seterusnya sehingga diberitahu kelak. Harap maklum.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://www.mohe. gov.my

BANER INFO >>> SILA KLIK PADA BANER

BANER INFO >> SILA KLIK PADA BANER










SELAMAT HARI BAPA

SAYA INGIN MENGMABIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPAKAN SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA SAYA MUHAMAD ISMAIL.TERIMA KASIH ABAH.TAK KETINGGALAN KEPADA SEMUA BAPA-BAPA DI SELURUH MALAYSIA…….SELAMAT HARI BAPA KEPADA ANDA SEMUA………