Tengku Muhammad Faris dilantik Pemangku Raja


TENGKU MAHKOTA KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN


SULATAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

SULTAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

KEPADA SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR TUANKU ISMAIL PETRA SEGERA SEMBUH DARI KEGERINGAN.SEKARANG TUANKU SEDANG DI RAWAT DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI SINGAPURA.

KOTA BHARU 25 Mei – Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja mulai semalam sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sembuh daripada gering.

Pelantikan itu bagi membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias mengumumkan perkara tersebut pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelantikan putera sulung baginda itu berkuat kuasa serta-merta semalam sehingga Tuanku Ismail sembuh.

Ia diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri yang bermesyuarat petang semalam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim.

‘‘Majlis Perajaan bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja semasa Tuanku Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Kelantan gering sehingga tidak boleh menjalankan tugas,” katanya.

Biarpun stabil, Sultan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya dan dihantar ke Hospital Mt. Elizabeth, Singapura untuk menerima rawatan lanjut bermula semalam.

*****************************************************

SINGAPURA, 24 Mei (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, yang mengalami masalah jantung, tiba di bandar raya ini dan dimasukkan ke sebuah hosiptal di sini bagi rawatan lanjut.

Sultan Kelantan tiba di Hospital Mt. Elizabeth dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan.

Baginda, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas, diterbangkan dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan tiba di Lapangan Terbang Changi di sini pada tengah hari.

Beberapa pelawat termasuk rakyat Malaysia dilihat memasuki dan meninggalkan hospital itu.

Sultan Kelantan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum pulih sepenuhnya dipindahkan ke hospital di Singapura itu untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM Dr Zaidun Kamari dalam satu kenyataan semalam berkata Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM setelah baginda mengadu mengalami masalah pernafasan tetapi setelah diberikan rawatan, baginda didapati mengalami sakit jantung.

Baginda dirawat oleh sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan Hospital Mt. Elizabeth.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: