SUMBANGAN DERMA DIPERLUKAN


UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BLOG INI, ADIK Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar TELAH MENINGGAL DUNIA SEHARI SELEPAS BERITA MENGENAINYA KELUAR AKHBAR MEMEOHON BANTUAN.

*************************************************

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN


LUBOK GONG (RANTAU PANJANG) – Seorang ibu, Rosmina Ramlay, 24, merayu kepada masyarakat yang prihatin dan berhati mulia agar dapat membantu dia mengurangkan beban untuk membiayai kos rawa-tan dan sara hidup anaknya, Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar, 15 bulan, yang mengalami masalah ‘kepala besar’.

Menurut Rosmina, penyakit anaknya itu bermula selepas membuat dua kali pembedahan kepala yang dijalankan di sebuah hospital.

Menurutnya, anak kedua itu dilahirkan normal namun kemudian terdapat sedikit masalah setelah anaknya dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Anak saya kemudiannya dihantar ke hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HPRZ11) dan kemudian dirujuk dan menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian,” katanya.

Menurut Rosmina, ketika dilahirkan anaknya mempunyai berat timbangan sebanyak 2.6 kilogram (kg) namun dakwanya, setelah dimasukkan air garam ketika menerima rawatan di hospital terbabit, berat anaknya bertambah menjadi 4 kg.

“Pada pembedahan pertama, Muhd Nur Amirullah berada dalam keadaan yang baik namun apabila pembedahan kali kedua, kepalanya semakin membesar hingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rosmina berkata, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat menyebabkan dia dalam keadaan tersepit apatah lagi kini dia tidak mempunyai pekerjaan malah merupakan seorang ibu tunggal.

“Apa yang saya kesal hingga kini ialah punca penyakit yang dihadapi oleh anak saya masih tidak diketahui. Saya sangat berharap agar pihak berwajib dapat membantu mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan anak saya kembali hidup normal,” rayunya.

Rosmina bagaimanapun berkata, dia tetap redha dengan apa yang berlaku tetapi sentiasa berharap agar ada pihak yang tampil untuk membantu masalah yang ditanggungnya dan anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Rosmina melalui akaun Maybank di nombor akaun, 153065243341 atau boleh mengunjunginya di Kampung Lubok Gong bersebelahan dengan Kompleks Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: