KEJADIAN RIBUT DI KAMPUNG KU – KG DALAM RHU SEMERAK

[YOUTUBE=http://www.youtube.com/watch?v=M4hz8C60HYU]

MY HOME TOWN – TOK BALI – PANTAI BISIKAN BAYU

[YOUTUBE=http://www.youtube.com/watch?v=lNfXVSsNkFk]

TEMUDUGA DPLI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dan temuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .

Permarkahan dinilai berdasarkan :

1. Sijil-sijil yang lengkap

– jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)

– jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)

2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.

– Sangat Sesuai : 50 Markah
– Kurang Sesuai : 20 Markah
– Tak sesuai Langsung : 0 Markah

( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dan temuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )

3. Pengalaman Mengajar

4. Kemahiran Komunikasi

– Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
– Sebutan : 10 Markah
– Kelancaran : 10 Markah
– Kejelasan Suara : 10 Markah
– Penguasaaan Bahasa : 10 Markah

ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga