KEJADIAN RAGUT – BERHATI-HATILAH WAHAI KAUM WANITA


MANGSA RAGUT DI MELOR KELANTAN

MANGSA RAGUT DI MELOR KELANTAN


Warga emas, ibu hamil mati dalam dua kejadian

ORANG ramai melihat anggota polis mengangkat mayat Saripah yang maut akibat dirempuh kereta selepas terjatuh di atas jalan raya akibat diragut dekat Padang Raja, Kota Bharu, pagi semalam.

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.

Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menghimpit motosikal Saripah sebelum meragut beg tangan yang disandangnya.

Saripah yang menunggang bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat, tercampak ke tengah jalan dan ketika itu, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya. Dua lelaki berkenaan melarikan diri.

Zahruddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Di TASEK GELUGOR, Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Beliau yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.

ORANG ramai melihat anggota polis mengangkat mayat Saripah yang maut akibat dirempuh kereta selepas terjatuh di atas jalan raya akibat diragut dekat Padang Raja, Kota Bharu, pagi semalam.

Anak mangsa, Siti Minah Idris, 58, berkata lelaki terbabit serta rakannya yang menaiki motosikal Yamaha RXZ berhenti di depan rumah mereka dan berpura-pura hendak mencari anak lelakinya yang didakwa berhutang RM2,000 dengan along.

“Saya sedang menjemur pakaian di depan rumah manakala ibu berehat di atas sofa di dalam rumah.

Saya menyangka mereka rakan anak saya, Mohd Shukri Mohd Saad, tetapi berasa pelik apabila lelaki itu menyebut nama Din sedangkan saya tiada anak bernama Din,” katanya.

Siti Minah berkata, dia terus berlari ke dalam rumah tanpa sempat mengunci pintu apabila lelaki berkenaan mengugut untuk membunuhnya jika tidak memberi wang.

“Mereka mengejar dan menarik kain saya sehingga berlaku pergelutan di ruang tamu dan seorang daripada lelaki itu meragut rantai emas saya. Ketika itu ibu cuba membantu tetapi dia ditumbuk sebelum mereka lari menghala pekan Tasek Gelugor,” katanya.

Mohd Shukri pula berkata, dua lelaki itu dipercayai orang yang sama meragut seorang wanita menunggu bas di kampung itu, beberapa hari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

About these ads

2 Responses

  1. bru2 nie sy nyaris kne rgut….
    x puas ati np org yg x b’ati prut nk gak wt kje2 yg cmnie…
    dieorg x pkr ker dgn pe yg dieorg wt ,ner ar tau kne kt fmly sndri…
    x ker skt ati…

  2. kita sndiri harus lah behati2 juga..
    dan kpd peragut..
    insaf la..kang kat akhirat lagi teruk kena balasan
    tuhan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: