TEMUDUGA DPLI 27 MEI 2009

PADA 27 HB MEI 2009, SAYA TELAH MENGHADIRI TEMUDUGA DPLI KAT USM KUBANG KERIAN KELANTAN.PADA HARI TERSEBUT SAYA RASA BERATUS-RATUS ORANG TURUT HADIR UNTUK DI TEMUDUGA.SEBANYAK 11 BILIK TEMUDUGA TELAH DISEDIAKAN.BERMULA DENGAN BILIK KULIAH SATU SAMPAI BILIK KULIAH 11.

SEBELUM DI TEMUDUGA CALON-CALON DI KEHENDAKI MEMBUAT PENDAFTARAN.SELEPAS PENDAFTARAN ADA CALON YANG DI BERIKAN ARAHAN UNTUK TERUS KE BILIK TEMUDUGA (BILIK TUTORIAL 1-11) USM KUBANG KERIAN.ADA JUGA YANG DIKEHENDAKI MEMASUKI BILIK SARINGAN.

RAMAI JUGA YANG DI SURUH MASUK BILIK SARINGAN.SAYA JUGA TIDAK BERKECUALI.SEMASA DI BILIK SARINGAN SURAT PANGGILAN DAN SIJIL-SIJIL TURUT DI PERIKSA.TERMASUK SURAT PENGESAHAN JPA.DI BILIK SARINGAN JUGA CALON-CALON DI DI UJI SAMADA CALON BUTA WARNA ATAU TIDAK.PETUGAS MENUNJUKKAN KAD UJIAN BUTA WARNA(NOMBOR DAN WARNA).

SELEPAS MELEPASI SARINGAN TERSEBUT BARULAH CALON KE BILIK TEMUDUGA.BILA SAMPAI DI SANA,MASIH RAMAI CALON YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK DI TEMUDUGA. PADA JAM 3.40 TIBALAH GILIRAN SAYA UNTUK DI TEMUDUGA.SAYA DAN DUA ORANG CALON LAIN DI JEMPUT MASUK KE BILIK TEMUDUGA.

SEKALI LAGI SIJIL-SIJIL DI SEMAK.JUGA UJIAN BUTA WARNA SEKALI LAGI DIADAKAN.

PERTANYAAN PERTAMA PENEMUDUGA IALAH :

1. CAN YOU INTRODUCE YOURSELF?
CALON KENA JAWAB DALAM BAHASA INGGERIS.

2.SOALAN BERKAITAN KURSUS YANG KITA AMBIL

3. ADA JUGA ISU SEMASA – HEADLINES AKHBAR PADA HARI TERSEBUT.

DAN LAIN-LAIN……………………………..

Advertisements

Tengku Muhammad Faris dilantik Pemangku Raja

TENGKU MAHKOTA KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN


SULATAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

SULTAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

KEPADA SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR TUANKU ISMAIL PETRA SEGERA SEMBUH DARI KEGERINGAN.SEKARANG TUANKU SEDANG DI RAWAT DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI SINGAPURA.

KOTA BHARU 25 Mei – Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja mulai semalam sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sembuh daripada gering.

Pelantikan itu bagi membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias mengumumkan perkara tersebut pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelantikan putera sulung baginda itu berkuat kuasa serta-merta semalam sehingga Tuanku Ismail sembuh.

Ia diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri yang bermesyuarat petang semalam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim.

‘‘Majlis Perajaan bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja semasa Tuanku Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Kelantan gering sehingga tidak boleh menjalankan tugas,” katanya.

Biarpun stabil, Sultan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya dan dihantar ke Hospital Mt. Elizabeth, Singapura untuk menerima rawatan lanjut bermula semalam.

*****************************************************

SINGAPURA, 24 Mei (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, yang mengalami masalah jantung, tiba di bandar raya ini dan dimasukkan ke sebuah hosiptal di sini bagi rawatan lanjut.

Sultan Kelantan tiba di Hospital Mt. Elizabeth dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan.

Baginda, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas, diterbangkan dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan tiba di Lapangan Terbang Changi di sini pada tengah hari.

Beberapa pelawat termasuk rakyat Malaysia dilihat memasuki dan meninggalkan hospital itu.

Sultan Kelantan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum pulih sepenuhnya dipindahkan ke hospital di Singapura itu untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM Dr Zaidun Kamari dalam satu kenyataan semalam berkata Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM setelah baginda mengadu mengalami masalah pernafasan tetapi setelah diberikan rawatan, baginda didapati mengalami sakit jantung.

Baginda dirawat oleh sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan Hospital Mt. Elizabeth.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YB MANIK URAI KUALA KRAI

KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. – Bernama

SUMBANGAN DERMA DIPERLUKAN

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BLOG INI, ADIK Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar TELAH MENINGGAL DUNIA SEHARI SELEPAS BERITA MENGENAINYA KELUAR AKHBAR MEMEOHON BANTUAN.

*************************************************

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN


LUBOK GONG (RANTAU PANJANG) – Seorang ibu, Rosmina Ramlay, 24, merayu kepada masyarakat yang prihatin dan berhati mulia agar dapat membantu dia mengurangkan beban untuk membiayai kos rawa-tan dan sara hidup anaknya, Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar, 15 bulan, yang mengalami masalah ‘kepala besar’.

Menurut Rosmina, penyakit anaknya itu bermula selepas membuat dua kali pembedahan kepala yang dijalankan di sebuah hospital.

Menurutnya, anak kedua itu dilahirkan normal namun kemudian terdapat sedikit masalah setelah anaknya dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Anak saya kemudiannya dihantar ke hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HPRZ11) dan kemudian dirujuk dan menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian,” katanya.

Menurut Rosmina, ketika dilahirkan anaknya mempunyai berat timbangan sebanyak 2.6 kilogram (kg) namun dakwanya, setelah dimasukkan air garam ketika menerima rawatan di hospital terbabit, berat anaknya bertambah menjadi 4 kg.

“Pada pembedahan pertama, Muhd Nur Amirullah berada dalam keadaan yang baik namun apabila pembedahan kali kedua, kepalanya semakin membesar hingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rosmina berkata, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat menyebabkan dia dalam keadaan tersepit apatah lagi kini dia tidak mempunyai pekerjaan malah merupakan seorang ibu tunggal.

“Apa yang saya kesal hingga kini ialah punca penyakit yang dihadapi oleh anak saya masih tidak diketahui. Saya sangat berharap agar pihak berwajib dapat membantu mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan anak saya kembali hidup normal,” rayunya.

Rosmina bagaimanapun berkata, dia tetap redha dengan apa yang berlaku tetapi sentiasa berharap agar ada pihak yang tampil untuk membantu masalah yang ditanggungnya dan anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Rosmina melalui akaun Maybank di nombor akaun, 153065243341 atau boleh mengunjunginya di Kampung Lubok Gong bersebelahan dengan Kompleks Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang.

SEMAKAN RAYUAN UNTUK TEMUDUGA PISMP(UNTUK LEPASAN SPM)

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/tdugapismprayu/

SEMAKAN RAYUAN UNTUK TEMUDUGA KPLI SUDAH BOLEH DI BUAT

SILA KLIK PADA LINK DIBAWAH :

http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdugakplirayu/

******************************************************
SEKALI LAGI JAWAPAN YANG SAYA TERIMA SETELAH SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN :

Harap Maaf, maklumat (NO IC), SHARIMI BIN MUHAMAD telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan rayuan temu duga
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan j-QAF
Ambilan 2009.

Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.