LAGI BERKAITAN SELSEMA BABI


MAKLUMAT TERKINI DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA >> SILA KLIK DISINI

**************************************************
Empat langkah mencegah Selsema babi
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.

Langkah-langkah tersebut ialah:

l Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.

l Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda ‘penyakit seperti selesema’. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

l Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.

l Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.

“Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO,” katanya.

Menurut Dr. Mohd. Ismail, orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi ini boleh menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300.

“Maklumat berkenaan wabak selesema babi juga akan disediakan di laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my mulai minggu ini,” katanya.

Semalam, agensi berita asing melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater bagi membendung penyebarannya.

WHO dalam kenyataannya pula berkata, sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.

Tanda-tanda selesema babi menyamai selesema biasa iaitu demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi wabak terbaru itu.

Sumber : Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: