BERHATI-HATI : SELSEMA BABI SEDANG MEREBAK


Selesema babi menular ke Kanada, dunia timbang kuarantin

GENEVA: Canada menjadi negara ketiga mengesahkan kes selesema babi ketika pegawai kesihatan dunia menimbang untuk menaikkan tahap amaran wabak global.

Negara dari New Zealand hingga Sepanyol turut melaporkan kes yang disyaki dan ada yang memberi amaran kepada rakyat masing-masing daripada berkunjung ke Amerika Utara manakala ada yang bercadang mengenakan kuarantin, mengetatkan import produk daging babi dan mengesan penumpang penerbangan yang demam.

Keenam-enam kes Kanada di Nova Scotia dan British Columbia itu berkaitan dengan mereka yang berkunjung ke Mexico dan semuanya dijangkiti jenis virus yang sama.

“Mereka sudah pulih tetapi ia mungkin bukan kes terakhir yang kita akan saksikan di Kanada,” kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada, Dr David Butler-Jones.

Pegawai Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jawatankuasa kecemasan agensi itu akan bertemu untuk kali kedua esok bagi meneliti penularan virus itu sebelum memutuskan sama ada meningkatkan amaran kepada wabak sejagat.

Jenis virus A/H1N1 selesema babi itu dikesan di beberapa lokasi di Mexico dan Amerika Syarikat and merebak menerusi jangkitan sesama manusia.

Menteri Kesihatan Mexico berkata penyakit itu sudah membunuh 86 orang dan memudaratkan 1,400 yang lain sejak 13 April.

Pegawai Amerika berkata virus berkenaan ditemui di New York, California, Texas, Kansas dan Ohio, tetapi tiada kematian dilaporkan. – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: