PANDUAN UJIAN MEDSI 2009


MEdSI

Apa itu MEdSI?

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.
Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga mulai sesi akademi 2007/2008.

Syarat-syarat menduduki MEdSI

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.

Panduan MEdSI

Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.mpm.edu.my
NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web http://www.mohe.gov.my
SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
4 komponen khusus MEdSI uji calon guru

Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.
Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.
Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.
Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.
Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK

Mtest – untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di bawah Maktab Perguruan
MEdSI – untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA
INSAK – untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon boleh menghubungi terus ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengurusan IPT, KPT di talian 03-88835801/5802, helpline: 03-88835848 atau hotline 03-88835858

20 Responses

  1. salam ade tak tips utk menghadiri temuduga tersebut ? terime kasih in advanceūüôā

  2. TLG BANTU SAYA

  3. salam..
    ada sapa2 tak boleh bg tips ujian medsi tu..
    sy nak sgt dapat ijazah pendidikan tu..
    ada sape2 boleh tolong…
    sasuke_zan89@yahoo.com.my

  4. salam.. nak tahu adakah insak dan medsi 2 lebih kurang je soalannya.. atau lain2.

  5. salam,saya pun nak sgt tau psl ujian medsi tuuu..
    bagilah klu..
    ade tak tanye sal program berkaitan…pendidikan moral

  6. salam..
    emm…sy faham komponen medsi ni.
    tp mslh sy..
    selain 4 komponen tersebut,kami sebagai calon
    adalah perlu untuk kami mengetahui hal2 ehwal semasa & pengetahuan am..adakah cth2 tersebut akn disoal kpd kami??

  7. tak perlu tauk benda hal hal am. mostly bout personality and minat kita as a teacher jer…that’s all. and logic thinking la..itu yang saya dapat tahu from my cousin. (:

  8. kpd sume yg akan ambil medsi pd sabtu ni jgn risau..soalan sume berbentuk sahsiah (INSAK)
    anda hanya perlu bayangkan diri anda sbg guru yg baik dan cemerlang.guru yg sempurna.yg pentingkan ank murid dan sekolah. berfikiran positif saja k. soalan ada 300 dan masa 1 jam utk jwb. all the best sume..smuga sume bjaya dlm medsi sbtu ni k.sy pun akan turut amik test ni gak. wish all the best all of us:)

  9. Yakin boleh!!hak2..blasa jer r nti 3oo soaln..mak ai smpt ker jwb 2??agaga..


    Sent on a phone using T9space.com

  10. bila boleh saya mohon ujian medsi untuk pengambilan ijazah perguruan disember 2010?

  11. haa, yg da jawab taun lepas, xde ke tips? sy da penah jawab, tp gagal.. cnfius tang soalan part, anda minat baiki basikal? anda minat tgk gerhana? anda minat tgk kejadian bulan? anda minat memancing? anda minat perkayuan? soalan2 cni mmg cnfius sesgt2… kang kalo jwb ye, mcm nk jadi saintis, mekanik pun ade… agk2 korg, kalo soalan cni, korg akan jawab cne?

  12. soalan macam ni nak menguji minat anda…kalau minat nak baiki basikal…mungkin profesion guru tidak sesuai untuk anda….

  13. tula, sy pun fikir mcm tu.. tp kawan2 sy yg dah lulus exam tu, ade yg separuh kate ya je semua sbb cikgu kene tau sume bende, separuh lagi kata tak.. padahal masa first time sy amek exam ni, time part soalan2 ni, sy jawab semua YA… gagal.. kali kedua sy jawab, sy tulis semua TIDAK.. pun masih gagal.. xtau dah nk wat cmneūüė¶
    sy try cari skema jawapan kat lam buku medsi.. tp tuk soalan mcm ni xde skema..

  14. Sapa yg boleh bantu sy….apa kah tip2 utk menghadapi temuduga MEDSI…hrp dpt email sy ya….tima kasih…

  15. kebanyakkan soalan medsi yang ditanya berkaitan diri sendiri.soalan berkaitan minat,personaliti,ciri-ciri seorang guru yang ada pada diri sendiri…pada pendapat saya semasa jawab soalan tu saudari kena jujur menjawab…..dibawah ni ada beberapa tips sebagai panduan :

    >Pilihan jawapan YA/TIDAK..WAJAR/TAK WAJAR.Hitamkan semua jawapan..jangan tinggal satu pun!
    >Pilih jawapan yang anda rasa betul dengan diri anda..personaliti anda..Jangan tipula..kalau tipu nanti susah nak jawab yang belakang-belakang.sebab ada 5-6 soalan ulang-ulang..
    >Jangan tembak..baca semua soalan betul-betul..kalau tembak jawapan anda mesti bercanggah..
    >Kalau suka tandakan suka..kalau tak suka tandakan tidak..jujurla!
    semua tips diatas tak penting pon..apa yang penting anda kena YAKIN masa jawab semua soalan!sekian…

  16. assalamualakum kpd semua yang akan menduduki peperiksaan .jadi diri sendiri.jawab peksa jangan tipu.saya dah buat latih tubi.mencabar soalan.jadi cikgu pun payah,

  17. saya nak sangat jadi cikgu.great teacher umi.

  18. kepada guruku,tima kasihlah mgajar saya tanpa jemu.kepada tok ku jgn menangis,jgn dok peduli kata orang,zu nak gi peksa.

  19. mcm mana nk yakin?? nanti kalo jwb YA, jwpnnye TIDAK.. pening2… ade x skema jwpn MEdSI?? Plezzzz

  20. harap maaf…saya tiada skema jawapan….cuba tanya kawan2 yang dah pernah ambik medsi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: