SEMAKAN UJIAN MEDSI 2009 BOLEH DIBUAT DISINI

Pemohon yang telah memohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh menyemak status permohonan dan tempat Ujian MEdSI di Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm. edu.my/medsireg/ index.php

* Sila cetak Tiket Panggilan Ujian dan bawa bersama pada hari Ujian MEdSI 18 April 2009 (Sabtu) Jam 9.00 Pagi.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm. edu.my

Filed under: UMUM | 18 Comments

PANDUAN UJIAN MEDSI 2009

MEdSI

Apa itu MEdSI?

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.
Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga mulai sesi akademi 2007/2008.

Syarat-syarat menduduki MEdSI

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.

Panduan MEdSI

Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.mpm.edu.my
NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web http://www.mohe.gov.my
SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
4 komponen khusus MEdSI uji calon guru

Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.
Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.
Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.
Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.
Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK

Mtest – untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di bawah Maktab Perguruan
MEdSI – untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA
INSAK – untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon boleh menghubungi terus ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengurusan IPT, KPT di talian 03-88835801/5802, helpline: 03-88835848 atau hotline 03-88835858

PROTON EXORA

PROTON EXORA YANG DILANCARKAN SEMALAM

PROTON EXORA YANG DILANCARKAN SEMALAM