KEPUTUSAN PRK BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU,BATANG AI


Pas pertahan Bukit Gantang, PKR menang Bukit Selambau

KUALA LUMPUR: Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar Perak, memperoleh 21,860 undi, manakala Ismail, 49, mendapat 19,071 undi. Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 42, hanya menerima 62 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Gantang, Datuk Mahmod Morsidi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, jam 9.40 malam.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Manikumar mendapat 12,632 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, yang juga bekas Adun Lunas dan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, memperoleh 10,229 undi.

Semua 13 calon Bebas di Bukit Selambau juga hilang wang deposit dengan Abdul Rahim Abu, 49, memperoleh 60 undi; Husaini Yaacob, 44, (257); Mej (B) Anuar Abd Hamid, 58, (528); Radzi Md Lazim, 54, (25); Khamis Awang, 32, (29); Mohd Fazil Wahab, 38, (83); S Moganakumar, 43, (46); M Vaneson, 34, (32); L Sarala, 33, (49); T Chandrarajan, 40, (73); R Loganathan, 43, (31); Tan Hock Huat, 46, (78) dan A Jayagopal, 57, (35).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani I, pada jam 10.45 malam.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan penyandangnya, V Arumugam dari PKR meletak jawatan Adun dan Exco negeri pada 9 Februari

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, masing-masing kekal menguasai kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam.

Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Batang Air, calon BN, Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.

Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie, di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Lubok Antu, Sarawak, pada jam 7.45 malam tadi.

DUN Batang Air mempunyai 8,006 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam meningkat kepada 75.32 peratus, berbanding 73 peratus pada pilihan raya negeri 2006, manakala hanya 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi di DUN Bukit Selambau keluar mengundi, berbanding 73.76 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Parlimen Bukit Gantang pula mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan peratusan keluar mengundi semalam juga meningkat kepada 75 peratus, berbanding 72.65 peratus pada pilihan raya umum tahun lalu.

Proses pengundian tiga pilihan raya kecil itu bermula 8 pagi dengan sesetengah pusat pembuangan undi DUN Batang Air ditutup seawal jam 11 pagi, manakala DUN Bukit Selambau serta Parlimen Bukit Gantang ditutup pada jam 5 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: