INFO DPLI – DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH


Keterangan lanjut sila layari http://upu.mohe.gov.my

PANDUAN UJIAN MEdSI

Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.mpm.edu.my mulai 13 April 2009.

Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my

SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

Dikemaskini pada 10/1/2009

18 Responses

  1. kalau tak dapat tawaran untuk menduduki MedSI,boleh rayuan ke?

  2. cuba hubungi no ini untuk buat rayuan dan pertanyaan :

    Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 hendaklah dialamatkan kepada :
    PENGARAH
    BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
    JABATAN PENGAJIAN TINGGI
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
    ARAS 1, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62505 PUTRAJAYA

    Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
    Helpline : 03-8883 5848
    Talian Am : 03-8883 5801/5802
    Faks : 03-8889 4260
    E-mel : upu@mohe.gov.my

    Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan dalam menu IPTA

  3. Salam saya nak tahulah ada tak rujukan untuk ujian medsi nie??????????

  4. macam mana nak check semakan temuduga dpli.tolomh lah bagi alamat laman web.please………

  5. bila keputusan temuduga kuar ek?nak cek katne?

  6. Salam….

    Cuma ragu-ragu ckit tentang DPLI
    Betul ker ada lepasan DPLI yg x dapat posting
    Pastu kena mohon GST

    TQ

  7. salam

    saya telah menghadiri temuduga untuk DPLI, tetapi gagal….saya ingin bertanya:
    1.adakah rayuan boleh dibuat?
    2. sekiranya ya, bagaimanakah cara?

    sekian.

  8. salam..
    ni adalah pertanyaan saya:
    i) bila ujian medsi yg seterusnya?
    ii) apa kelulusan yg diperlukan? SPM dan STPM blh x memohon utk menduduki ujian medsi?
    Terima Kasih..

  9. UJIAN MEDSI HANYA UNTUK LEPASAN IJAZAH YANG NAK JADI CIKGU SHJ………….

  10. mcm lepasan diploma ape2 je xleh ke mohon ke dpli.msg kt email ke.urgent

  11. mcm lepasan diploma ape2 je xleh ke mohon ke dpli.msg kt email ke.urgent …

  12. sy ade diploma teknologi maklumat n berminat nk jadi cikgu… sy nak tau, boleh tak sy nak mohon DPLI or KPLI? sy xde ijazah, cuma diploma…

  13. bagaimana untuk membuat rayuan dpli?

  14. cam ner nak buat rayuan dpli? bg pihak adik ipar gagal interview..

  15. cuba call pihak kementerian…….

  16. dpli ada twrkn kursus utk prinsip akaun x?

  17. saya lepasan diploma,ape yang saya boleh apply untuk saya jadi guru????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: