SEKILAS PILIHANRAYA KECIL P 036 KUALA TERENGGANU 17 JAN 2009


KEPUTUAN PRK 036 17 JAN 2009

Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252

Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193

Info: Majoriti : 2,631
Undi Rosak : 665
Pemilih berdaftar : 80,229
Keluar Mengundi : 63,993
% Keluar Mengundi : 79.9%

PRK 036 KUALA TERENGGANU

PRK 036 KUALA TERENGGANU

******************************************************************

EDISI KHAS – PILIHANRAYA KECIL P036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU

PENGENALAN
Daerah KUALA TERENGGANU mempunyai 2 kawasan Parlimen iaitu P035 – PARLIMEN KUALA NERUS yang meliputi KUALA TERENGGANU UTARA manakala P036 – PARLIMEN KUALA TERENGGANU pula merangkumi KUALA TERENGGANU SELATAN. Daerah ini terletak di bawah pentadbiran MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT).

STATISTIK
KELUASAN: 60.28 km persegi
JUMLAH PENDUDUK: 331,362
JUMLAH PENGUNDI: 80,229
WAKAF MEMPELAM: 20,629
BANDAR: 18,883
LADANG: 16,770
BATU BURUK: 23,987
PENGUNDI POS: 1,035

21-40 Tahun – 49%
41-60 Tahun – 37%
61 Tahun ke atas – 14%

PILIHANRAYA UMUM KE-11
-Razali Ismail (BN-UMNO) : 30,994
-Dr Syed Azman (PAS) : 29,061
Penyandang: BN-UMNO
(Majoriti: 1,055)

PILIHANRAYA UMUM KE-12
-Razali Ismail (BN-UMNO) : 32,562
-Mohamad Sabu (PR-PAS) : 31,934
-Maimun Yusuf (BEBAS) : 685
Penyandang: BN-UMNO
MAJORITI : 628

N13 – WAKAF MEMPELAM
-A Wahid Endut (PR-PAS) : 9,645
-Othman Awang (BN-UMNO) : 7,452
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 2,193)
Peti Undi – Pulau Rusa, Kampung Paluh, Losong Datok Amar, Losong Penglima Perang, Losong Hj Mat Shafie, Seberang Baruh, Wakaf Beruas, Merbau Patah, Durian Burung, Sungai Rengas, Wakaf Mempelam.

N14 – BANDAR
-Toh Chin Yow (BN-MCA) : 7,831
-Dr Abd Manaf (PR-PKR) : 6,689
Penyandang: BN-MCA
(Majoriti: 1,142)
Peti Undi – Tok Ku, Cabang Tiga, Hiliran Masjid, Losong Masjid, Pulau Kambing, Kampung Cina, Pejabat Bandaran, Paya Bunga, Pantai Terengganu.

N15 – LADANG
-Tengku Hassan (PR-PAS) : 6,723
-Wan Hisham (BN-UMNO) : 6,692
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 31)
Peti Undi – Ladang, Mengadang Akar, Batas Baru, Gong Kapas, Pasir Panjang, Bukit Bayas, Bukit Besar.

N16 – BATU BURUK
-Dr Syed Azman (PR-PAS) : 10,672
-Nordiana (BN-UMNO) : 9,511
Penyandang: PR-PAS
(Majoriti: 1,161)
Peti Undi – Batu Buruk, Kampung Nibung, Gong Tok Nasek, Bukit Depu, Kampung Kuala Ibai, Cendering Pantai, Cendering, Taman Permint Jaya, Mengabang Tengah, Kampung Kolam, Kenanga.

CALON PILIHANRAYA KECIL 2009
-Wan Ahmad Farid (BN-UMNO)
-A Wahid Endut (PR-PAS)
-Azharuddin Mamat (BEBAS)

TALIAN BANTUAN SPR TERENGGANU:
09-6221218 / 09-6236161

 

******************************************************************

PROFIL CALON YANG BERTANDING DI PRK 036 KUALA TERENGGANU

MOHD. ABDUL WAHID ENDUT

– Berusia 52 tahun– Bekas pegawai tadbir UPM

 

– Kelulusan Sains Perikanan dan Marin dari UPM

– ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990

– Bekas Exco Keusahawanan dan Belia Terengganu (1999-2004)

– Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu

– Bendahari PAS Terengganu

Ulasan:

“Ini negara demokrasi, semua orang boleh bertanding… tiada masalah pun.

“Peluang nampak cerah, Insya-Allah.

“Gentar?, tidak, tidak… saya sudah lima penggal menjadi wakil rakyat (ADUN). Parlimen, Dewan Undangan Negeri serupa sahaja, saya menjalankan tugas.

“Jika menang, saya akan meneruskan tugas saya, saya mewakili parti… PAS, Pakatan Rakyat untuk menguatkan suara kita di Parlimen.

“Saya mempunyai kekuatan saya sendiri, kami telah memenangi tiga kerusi DUN, itu adalah satu kelebihan kepada saya

 

DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH

– Berusia 46 tahun– Kelulusan jurusan undang-undang

 

– Seorang peguam

– Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dari 2004-2007

– Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Senator (Mac 2008 – 5 Januari 2009)

– Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu

Ulasan:

“Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik (untuk menang).”

“Malah, kehadiran begitu ramai anggota parti sewaktu pelancaran jentera sayap BN di Taman Tamadun Islam oleh Timbalan Perdana Menteri malam tadi (semalam) juga memberi petanda yang baik mengenai sokongan parti terhadap beliau.

Kehadiran jentera parti iaitu kira-kira 15,000 orang yang berarak mengiringi saya semasa proses penamaan calon pagi tadi juga petanda sokongan padu terhadap saya dan Umno serta BN.

AZHARUDIN MAMAT @ ADAM

– Berusia 46 tahun

– Anak Datuk Adam Taib, bekas setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

– Kelulusan jurusan Teknologi Makanan, UPM

– Tabib dari Kampung Ladang Pasar

– Tiada parti politik

Ulasan:

“Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang.

“Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah. Saya akan mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM15,000 untuk berkempen melalui penggunaan risalah dan banner.

“Lebih 5,000 risalah akan saya edarkan kepada penduduk dari rumah ke rumah dan pasang banner di kawasan strategik di bandar dan kampung.”

****************************************************************

Saingan tiga penjuru BN, Pas dan Bebas

KUALA TERENGGANU: Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, akan ditentang calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, 52,; dan calon Bebas, Azharudin Mamat, 46.

Penerimaan pencalonan mereka iumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mat Razak Kassim, pada jam 11.30 tengahari tadi.

Empat bantahan diterima sepanjang tempoh bantahan dibuka.

Terdahulu, Wan Ahmad Farid yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta kira-kira 10,000 penyokong BN, tiba di pusat penamaan calon di Stadium Negeri pada jam 9.05 pagi sejurus ia dibuka.

Mohd Abdul yang diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat

Isa, pula tiba sepuluh minit kemudian dengan kira-kira 8,000 penyokong parti dan Pakatan Rakyat.

Azharudin yang juga seorang peniaga, tiba di pusat penamaan itu pada jam 9.27 pagi.

Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, pula membuat kejutan apabila mengumumkan penarikan diri sejurus tiba dengan beberapa penyokongnya kira-kira jam 9.40 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail, pada 28 November lalu.

Sebanyak 80,229 pemilih berdaftar termasuk 1,035 pemilih pos layak mengundi pada pilihan raya kecil kali ini.

Kira-kira 8,000 pemilih di kawasan itu adalah pengundi Cina.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kuala Terengganu, hanya Bandar yang dimenangi BN, manakala Wakaf Mempelam, Ladang dan Batuk Burok dimiliki Pas.

BN, bagaimanapun, yakin meraih majoriti lebih besar antara 3,000 hingga 3,500 undi pada pilihan raya kecil kali ini berbanding 628 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: