BERITA HARIAN 14 JAN 2009


Tentera Israel kepung bandar Gaza

BANDARAYA GAZA: Penduduk yang ketakutan melarikan diri mencari perlindungan ketika tentera Israel yang dibantu kereta kebal menceroboh jauh ke Bandaraya Gaza mencari pejuang Hamas.

Bandaraya yang padat dengan penduduk itu kini dikepung tentera Israel sejak serangan ganas rejim Yahudi itu bermula 27 Disember lalu.

Awal pagi tadi, pesawat Israel membedil bangunan lama dewan bandaraya Gaza menyebabkan struktur yang dibina pada 1910 itu musnah dan bangunan berhampiran rosak teruk.

Pegawai perubatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 42 kematian di seluruh Gaza semalam, menjadikan bilangan rakyat Palestin yang terbunuh menghampiri 1,000 orang.

Sementara itu, perunding Mesir menggesa Hamas menerima cadangan gencatan senjata manakala Israel menghantar perunding utamanya ke Kaherah untuk rundingan “muktamad”.

Pegawai tentera Israel berkata, bergantung kepada hasil rundingan “muktamad” itu, negara mereka akan menghampiri gencatan senjata atau meningkatkan serangan. – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: