Bahaya FONBIT

Telefon Bimbit Lebih Bahaya Dari Merokok?

Kajian seorang neurosurgeon Profesor Dr. Vini Gautam Khurana dari US membuktikan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun boleh menggandakan kemungkinan mengidap kanser otak. Beliau yang pernah memenangi 14 anugerah dan menerbitkan lebih 36 kertas kerja sains telah melaksanakan kajian selama 15 bulan untuk mencari kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan ketumbuhan otak.

Walaupun sebelum ini pelbagai kajian telah dibuat oleh saintis di merata pelosok dunia, bezanya dengan kajian Profesor Khurana ialah beliau mengambil sampel dari kalangan pengguna tegar telefon bimbit sejak 10 tahun lalu kerana beliau mendapati sel kanser mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk terbentuk.

Kata beliau, rokok membunuh 5 juta orang setiap tahun dan pengguna telefon bimbit pula lebih kurang 3 billion dan semakin bertambah. Ini membuktikan telefon bimbit bakal menjadi ‘agen pembunuh’ yang lebih hebat dari rokok beberapa tahun akan datang. Malah penggunaan telefon bimbit dikalangan anak-anak kecil lebih merbahaya kerana mereka lebih terkesan dengan radiasi berbanding orang dewasa.

Justeru itu, CAP telah menggesa kerajaan menwar-warkan kajian Profesor Khurana supaya rakyat mengetahui bahaya telefon bimbit serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan speakerphone dengan jarak 20cm apabila bercakap.

Antara tips-tips yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:

Look’s good but is it safe?

SAFETY TIPS: The following important points regarding mobile phone safety should be kept in mind:

  1. Bluetooth ear-piece devices are NOT safe. Microwaves generated by the mobile phone are wirelessly transferred and directly transmitted into the ear canal and surrounding head region via the coupled blue tooth device.
  2. Wired ear-pieces are NOT safe unless they are specifically shielded against electromagnetic radiation. Wearing an ear-piece connected by a wire to a mobile phone in essence converts the user’s head into an antenna for the base-station.
  3. Home-based cordless phones do not emit as much electromagnetic radiation as conventional mobile phones, however they are NOT to be regarded as being safe owing to the longer usage time (typically cheaper calling rates) associated with home-based calling plans. Using such phones for less time and on “speaker-phone” mode with the cordless phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative to holding them close to the side of the head.
  4. The desktop base stations associated with cordless phones emit a constant electromagnetic radiation plume of up to 3 metres in diameter, and so are best not kept close to the head for prolonged periods of time such as overnight.
  5. “Walkie-talkies” are NOT safe. They emit very high levels of electromagnetic radiation, up to 50 times more than a mobile phone.
  6. Keeping a mobile phone close to one’s head overnight is NOT safe. Even “at rest”, the mobile will regularly emit a pulsed microwave signal to its closest base station in order for the mobile phone’s position to be tracked in order to maintain its expected service.
  7. A regular landline IS safe, in fact this remains one of the safest forms of electronic verbal communication.
  8. Using the “speaker phone” option on a mobile phone, with the phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative (inverse square law for radiation fall-off), however, this naturally compromises the privacy of the communication to some extent.
  9. Using a mobile phone via hands-free car kit (where the car speakers and car microphone are used instead of the mobile phone being held to the side of the head) IS safe. Here, the car roof acts as the antenna, and the user’s head is at an acceptable distance from both the roof and the phone (inverse square law for radiation fall-off).
  10. Children should NOT use mobile or cellular phones unless in an emergency. A child’s brain is structurally developing well into adolescence, has a greater relative water content and lower volume compared with an adult’s brain, and subject to more “plasticity” (structural and functional reprogramming) at a microscopic level. It is logical to expect that exposing a child’s brain to cell phone radiation is likely to cause cellular damage that, in due course, may lead to brain cancer.
Advertisements

TIP MENGAMBIL GAMBAR DENGAN TELEFON BIMBIT BERKAMERA

Jika anda adalah salah seorang daripada jutaan pengguna yang ada telefon berkamera seperti Nokia, Sony dan Ericson.. dan mahukan gambar yang terbaik, berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ikuti.

1. Ambil gambar banyak-banyak. Golongan pro akan mengambil ratusan gambar foto daripada pelbagai sudut dan posisi. Kemudian pilih yang mana terbaik dan buang yang lain. Anda juga boleh cuba mengambil foto dengan cara yang berlainan. Anda juga boleh kanak-kanak mengambil gambar kerana imaginasi mereka lebih liar.

2. Pegang kamera dengan baik, gunakan kedua-dua tangan jika boleh dan tekan bebutang ambil gamba ritu dengan baik. Kebanyakan imej yang dihasilkan adalah kabur kerana pergerakan ketika anda hendak menekan bebutang. Jika suasana sekeliling agak suram anda boleh pastikan yang kamera anda juga disuramkan dengan meletakkannya di sebelah pokok atau objek besar.

3. Berhati-hati dengan kualiti dan arah cahaya. Masa yang paling baik untuk merakam foto adalah dalam cahaya luar yang terang dan ruang bilik yang penuh dengan cahaya. Dalam cahaya seperti ini foto anda akan menjadi cantik. Jika dalam cahaya matahari yang terang pastikan yang anda membelakangkan objek yang hendak diambil fotonya. Cara ini mengelakkan kamera anda terdedah dengan cahaya yang berlebihan dan membuatkan objek lebih mudah diperhatikan. Untuk merakam warna yang baik pula, masa yang sesuai adalah senja atau syuruk di mana cahaya matahari masih kurang panas.

4. Dalaman, gunakan flash (jika ada) atau posisikan subjek berhampiran tetingkap di mana ada cahaya dari luar.

5. Gunakan cuaca. Hujan, salji atau kabus memberikan anda foto yang terbaik. Jika ia hujan atau salji pastikan kamera anda dilindungi daripada terkena air atau ais. Pastikan yang anda berada di sebalik tingkap kereta atau rumah ketika merakam imej.

6. Apabila mengambil potret individu atau kumpulan dapatkan kumpulan itu rapat serapat yang mungkin supaya muat pada bingkai imej. Jangan berdiri terlalu jauh daripada kamera kerana ini akan membuatkan imej anda kabur. Janagn pakai topi atau kacamata hitam. Dapatkan juga latarbelakang yanb baik.

7. Untuk imej aksi, seperti meniup lilin pada kek harijadi, perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adalah sesuai untuk kamera digital..

8. Pada gambar lanskap tambah subjek pada bahagian depan. Tambahan ini merupakan rumah, atau apa sahaja untuk memberikan imej itu suatu titik menarik. Pastikan juga anda bermain dengan garisan horizon. Dengan cara ini anda pasti akan mendapat gambar yang sesuai yang lengkap dengan awan dan latar belakang yang menarik.

9. Pada konsert dan acara awam, rakamkan konsert itu secara keseluruhan dan tidak hanya kepada penghibur itu sahaja kerana anda tidak akan dapat merakam imej yang baik dari jarak yang jauh.

10. Pastikan telefon kamera anda sentiasa bercas.

11. Muat turunkan gambar-gambar dengan kerap, untuk membebaskan muatan memori untuk gambar-gambar lain.

12. Tambah lagi memori kepada telefon anda. Lebih banyak memori, lebih banyak foto yang boleh dirakam dan lebih banyak saat-saat indah dapat dirakam. Jika anda sedang melancong, pastikan foto-foto anda disimpan ke dalam CD.

Sekarang anda boleh mengambil gambar-gambar yang menarik dengan telefon berkamera anda.

TANDA-TANDA HATI MATI

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

INGATAN KEPADA KAUM LELAKI

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:- “HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU… ”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Wallahu a’lam bish-shawab Billahi at-Taufiq wal-hidayah..

TIP PENJAGAAN LAPTOP/NOTEBOOK

Tips penjagaan fizikal:  

1. Pastikan bekalan kuasa (sama ada dari soket dinding ataupun bateri) dimatikan sebelum anda mulai membersihkan laptp anda.

2. Lapkan permukaan luaran laptop anda dengan kain lembap. Jangan sesekali gunakan pembersih cecair ataupun aerosol sebagai ejen pembersih.

3. Jangan sesekali menggunakan sebarang ejen pembersihan termasuk air untuk membersihkan skrin monitor LCD laptop anda. Hanya gunakan tisu kering sudah memadai.

4. Anda juga boleh menggunakan vakum tangan untuk membersihkan laptop anda dari habuk. Dengan berhati-hati, gunakan vakum tangan pada lubang-lubang pengudaraan yang terdapat pada laptop anda dan pada permukaan keyboard.

5. Elakkan laptop anda dari tempat yang berhabuk dan elakkan dari dedahan matahari serta magnet dengan melampau.

Tips keselamatan laptop anda:  

1. Elakkan dari meninggalkan laptop di dalam kenderaan anda. Ini kerana telah berlaku banyak kes kecurian laptop yang ditinggalkan di tempat meletak kenderaan – baik dengan cara memecahkan cermin kenderaan mahupun mengopak bonet kereta.

2. Pastikan anda meletakkan latop anda di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.( Jangan gunakan laptop anda diatas TILAM ) ….. Ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop anda tidak stabil dan terjatuh – dan sekaligus mendedahkan risiko pada kerosakan hardware dalaman yang serius.

3. Pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop anda. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, elimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop anda di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana anda mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop.

4. Jangan jadikan laptop anda sebagai ‘meja’ – maknanya jangan letak apa-apa objek lain seperti buku dan sebagainya di atas laptop.

5. Jangan gunakan laptop anda berdekatan dengan sumber air.

6. Pastikan anda tidak menggunakan kedua-dua bekalan kuasa (barteri dan bekalan kuasa dinding) serentak. Pastikan bateri anda telah habis hampir sepenuhnya sebelum mengecaskannya semua.

7. Pastikan anda menggunakan adapter bekalan kuasa mengikut spesifikasi yang diberikan dan bersesuaian dengan laptop anda.

8. Pastikan anda menukarkan bateri yang sama (identical) ataupun yang menepati spesifikasi sekiranya anda ingin membeli bateri yang beru.

9. Pastikan laptop anda tidak bersambung dengan talian telefon sewaktu petir bagi mengelakkan kerosakan serius pada laptop anda.

KENALI PERSONALITI ANDA – SIAPA ANDA?

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

Antara jenis personaliti tersebut ialah ….

Personaliti Periang

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dalam hidup. Mereka biasanya:* berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain* lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri* lebih suka berbincang dengan org lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri* lebih banyak bercakap dari mendengar* berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah* gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain* Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Personaliti Pendiam

Bersifat:* lebih suka menyendiri* sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai* lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian* menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu* seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain* mudah merasa diketepikan dalam keramaian

Personaliti Perasa

Bersifat:* mahu jawapan yang pasti dan tepat* suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak* suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak* mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh* lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu* kurang mempunyai firasat

Personaliti Peramal

Sifatnya:* gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa*selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak *mengenalpasti peluang baru* tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh* gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut* sering memberi jawapan berbentuk umum* gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa* banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan* suka menguji kebolehan orang lain

Personaliti pemikir

Bersifat:* mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang* sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik* yang penting dia mestilah benar setiap masa* kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik* baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi* suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

Personaliti sensitif

Bersifat:* sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih * mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain* dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yang orang lain rasa dan bukan apa yang betul* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan* suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan* akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

ANDA YANG MANA SATU???