KESAN KENAIKKAN HARGA MINYAK


Semalam 4 Jun 2008 PM DS Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikkan harga minyak petrol dan diesel.Kenaikkan harga petrol sebanyak 40% daripada RM 1.92 ke RM 2.70 (meningkat sebanyak 78 sen)seliter.Manakala kenaikkan harga diesel pula dari RM 1.58 ke RM 2.58 (kenaikkan sebanyak RM 1).Kenaikkan harga bahan api tersebut berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi(4 jun 2008).

Peningkatan bahan api ini kemungkinan pula akan disusuli dengan kenaikkan harga barang keperluan yang lain.Keadaan ini akan membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.Kebiasaannya kenaikkan harga barang tidak dapat disekat.Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku dalam masa seminggu dua ini.Adakah harga barang akan melambung secara mendadak sehingga 1 kali @ 2 kali @ 3 kali ganda atau berganda-ganda?

Untuk meringankan beban rakyat,kerajaan telah memperuntukkan RM 150 (dalam bentuk wang tunai yang dibayar melalui money order)setahun untuk pemilik motorsikal menggantikan subsidi minyak petrol.Begitu juga pemilik kenderaan lain lain yang turut dijanjikan dengan saguhati yang lebih tinggi atau pengurangan cukai jalan.Apakah berbaloi apa yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan beban yang akan ditanggung oleh rakyat.Apakah pendapat anda?Hantarkan komen anda?Klik pada link komen.Terima kasih….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: