BLOG – MEDIA ALTERNATIF


Selepas berlakunya tsunami politik pada PRU 12 yang lalu, kewujudan media alternatif terutamanya blog telah dibincangkan secara secara serius melalui media elektronik atau media cetak.Setiap hari kita disajikan dengan berita yang berkaitan blog dan blogger.Kesan daripada kewujudan blog dan blogger di alam maya telah dibincangkan secara serius.Menteri Penerangan Datuk Sabery Chek telah memulakan langkah yang baik dengan bersemuka secara terbuka dengan para blogger.Tidak cukup dengan itu pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan telah memperuntukkan slot khas di RTM 1 – BLOG yang disiarkan secara lansung di RTM 1 setiap ahad jam 8.40 malalm selama 20 minit. Blogger terkenal seperti Datuk A.Kadir Jasin dan blogger Sang Kelembai – En. Zaharin telah dijemput oleh RTM untuk membicarakan perihal blog dan blogger.

Disamping itu , perbincangan lain seperti slot Bersemuka Dengan Media juga telah membincangkan blog sebagai topik hangat untuk dikongsi bersama para penonton RTM.Dr Abu Hassan dari UM telah dijemput untuk menjadi ahli panel pada program tersebut.Dr Abu Hassan telah menngatakan bahasawasanya blog merupakan media alternatif yang boleh mempengaruhi EKOPOSIA sesebuah negara.EKOPOSIA bermaksud ekonomi,politik,sosial.Ekoran daripada pengaruh blog terhadap keadaan politik semasa negara,ramai para pemimpin dan bekas pemimipin negara ,pihak pembangkang dan orang perseorangan telah mewujudkan blog mereka sendiri.Terkin, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir telah melancarkan blog beliau sendiri http://www.chedet.com.

Berikut adalah alamat blog bekas pemimpin,pemimpin,pihak pembangkang, dan orang perseorangangan yang terkenal :

1. Dr Mahathir – http://www.chedet.com

2. Sang Kelembar – http://sangkelembai2006.blogspot.com

3. Datuk A.Kadir Jasin – http://kadirjasin.blogspot.com

4. Datuk Husam Musa – http://cetusan-hati.blogspot.com

5. DS Anwar Ibrahim – http://anwaribrahimblog.com

6. DS Khir Toyo – http://www.drkhir.com

7. DS Mohd Ali Rustam – http://mohdalirustam.blogspot.com

8. Rock Bru – http://rockybru.blogspot.com

9. Kelantan Kini – http://kelantankini.com/blog

Dan banyak lagi yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa…………………………………….

One Response

  1. Blog saya kok tidak masuk ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: