BILLIONAIRE MALAYSIA


 SENARAI TERBARU 16/2/2011

SENARAI BILIONAIRE MALAYSIA 16/2/2011

BILIONAIRE MALAYSIA 2011

16/02/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Robert Kuok kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, demikian menurut tinjauan terbaharu majalah Malaysian Business di sini.

Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada dalam kedudukan semakin selesa apabila berjaya merapatkan jurang kekayaan yang dimiliki bernilai RM45.78 bilion.

Nilai kekayaan Ananda meningkat hampir 70 peratus berikutan pertambahan nilai Maxis dan tindakannya menjadi tiga syarikatnya sebagai syarikat milik persendirian.

Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada pada kedudukan ketiga sebagai individu terkaya negara dengan kekayaan RM12.77 bilion diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan mengumpul kekayaan sebanyak RM12.74 bilion.

Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kekal ditempat kelima dengan nilai harta RM10.89 bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.

Satu-satunya individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau pula ditempat kesembilan dengan memiliki kekayaan sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng didakwa berada pada kedudukan ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion.

Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.

Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.

Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.

Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu.

Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.

Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.

UTUSAN 17/2/2011

******************************************************

Sembilan rakyat Malaysia dalam senarai bilionair Forbes

WASHINGTON 9 Mac 2008. – Sembilan rakyat Malaysia, termasuk seorang bumiputera, tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes bagi 2007, dengan nilai bersih harta individu antara AS$1.1 bilion hingga AS$7 bilion.

Menurut majalah Forbes, Bill Gates III, pengasas Microsoft, masih kekal menjadi orang paling kaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih bernilai AS$56 bilion, diikuti rapat oleh rakannya yang juga pakar pelaburan Warren Buffett dengan harta bernilai AS$52 bilion.

“Forbes menyifatkan Syed Mokhtar sebagai bilionair yang berjaya dengan usaha sendiri apabila bermula hanya sebagai peniaga beras. Hari ini beliau adalah peneraju Malaysia Mining Corporation (MMC) dan mempunyai pegangan dalam Johor Port, pengeluar kuasa bebas terbesar negara, Malakoff dan syarikat pengedaran gas asli, Gas Malaysia.

“Syed Mokhtar banyak menyumbang dalam pembinaan sekolah pendidikan Islam, masjid dan kesenian Islam,” kata Forbes.”
-semoga ada di kalangan kita seperti  beliau..

Tan Sri Robert Kuok, 83, menerajui senarai bilionair Malaysia dengan harta bernilai AS$7 bilion. Beliau berada di kedudukan ke-104 daripada senarai 946 bilionair Forbes di seluruh dunia.

Seterusnya Ananda Krishnan, 68, di tempat ke-119 dengan harta bernilai AS$6 bilion diikuti Tan Sri Lim Goh Tong, 89, di tempat ke-204 dengan harta bernilai AS$4.2 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, 55, merupakan bilionair termuda dan satu-satunya ‘Orang Kaya’ Melayu yang termasuk dalam senarai tersebut di kedudukan ke-754, dengan harta bernilai AS$1.3 bilion.

Lima lagi hartawan Malaysia ialah Tan Sri Teh Hong Piow, 77, (no. 287), dengan harta bernilai AS$3 bilion; Tan Sri Quek Leng Chan, 66, (no. 314), dengan harta bernilai AS$2.9 bilion; Tan Sri Lee Shin Cheng, 67, (no. 349), dengan kekayaan AS$2.6 bilion; Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 77, (no. 583), dengan harta bernilai AS$1.7 bilion; dan Tan Sri Tiong Hiew King, 71, (no. 840), dengan kekayaan bernilai AS$1.1 bilion.

Forbes menyifatkan Syed Mokhtar sebagai bilionair yang berjaya dengan usaha sendiri apabila bermula hanya sebagai peniaga beras. Hari ini beliau adalah peneraju Malaysia Mining Corporation (MMC) dan mempunyai pegangan dalam Johor Port, pengeluar kuasa bebas terbesar negara, Malakoff dan syarikat pengedaran gas asli, Gas Malaysia.

“Syed Mokhtar banyak menyumbang dalam pembinaan sekolah pendidikan Islam, masjid dan kesenian Islam,” kata Forbes.

Kuok, kata Forbes, yang menetap di Hong Kong, bukan muka baru dalam senarai bilionair Forbes. Beliau bermula dengan berkecimpung dalam dagangan beras, gula dan tepung di Malaysia pada 1949 and di Singapura pada 1953.

“Hari ini, Kuok menerajui Kuok Group yang mempunyai kepentingan dalam perkapalan, hartanah hingga kepada media. Syarikat Transmile Group, miliknya yang mengangkut fret udara mendapat hak pendaratan di China dan India.

“Beliau memiliki dan menguruskan perladangan kelapa sawit dan gula, kilang dan kilang penapis di Malaysia dan Indonesia,” kata Forbes.

Selain itu, kata Forbes, beliau turut menguasai empayar hotel di rantau Asia Pasifik yang termasuk rantaian hotel mewah Shangri-La.

Sementara itu lepasan Harvard Business School dan bekas peniaga minyak, Ananda Krishnan menerajui syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis, cabang satelit Measat dan Astro, penyedia TV satelit popular di Malaysia.

Menurut Forbes, kumpulan syarikat Ananda Krisnan berkembang pesat di Malaysia sejak setahun lalu dengan Maxis terus mengembangkan rangkaiannya di Indonesia dan bertapak kukuh dalam pasaran India dengan membeli pengendali Aircel di Chennai.

3 Responses

  1. kita memang bangga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Adakah bangsa melayu hanya mampu menjana seorang sahaja bilionair di malaysia ?.Saya sedih sebab saya tak dapat jadi orang seperti beliau.

  2. Mcm mana nak jadi seorang billionair sebenarnya..kena ada IQ yg tinggi?, Nasib? atau di lahirkan dlm keluarga billionair? Duit menjana lebih banyak duit..dlm pelbagai maksud,ayat itu mmg benar..rasuah duit boleh menghasilkan lebih bnyk duit,pelaburan boleh menghasilkan lebih bnyak duit..modal bisnes yg banyak boleh menghasilkan lebih bnyak duit…jadi mula dengan ada duit,mencari duit untuk menghasilkan duit…samada guna duit kita sendiri atau duit org lain..fikirkan..kpada sharimi..boleh saya contact saudara tak?

  3. Untuk menjadi jutawan ataupun senang perlu ada konsisten di dalam prniagaan yang kita jalankan….
    Ingat kejayaan kita bukan lahir daripada kluarga yang ada bisnes tetapi kejayaan kita lahir dari diri yang selalu berfikiran untuk berjaya….
    salam perkongsian daripada saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: