Supian Hanuman penulis lirik dikir barat


Supian Hanuman penulis lirik dikir barat

Supian Hanuman Berpuitis Dalam Dikir

Lenggok dan gaya bahasa lirik lagunya memangmenarik serta boleh mengkhayalkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, tambahan lagi apabila didendangkan di dalam nada suara yang mendayu-dayu, pasti menggetarkan jiwa pendengarnya yang inginkan hiburan dalam dialek Melayu Kelantan, Dikir Barat. Kepakaran beliau di dalam mencipta lirik dikir yang syahdu sememangnya diakui oleh beberapa penyanyi dikir di Kelantan seperti Megat Nordin, Fendi Ayam Serama, Mat Glamour dan ramai lagi. Lirik lagunya seperti ”sejarah cinta” dan ”sunyi sepi” sememangnya mengasyikkan pendengar, ditambah dengan gaya bahasa yang cukup puitis dan menarik. Ini membuatkan penggemar mudah menghayati lagu dikir barat disamping dapat menghiburkan. Supian Hanuman atau nama sebenarnya Supian Hassan, 40, mula bergiat aktif mencipta lagu dan lirik dikir barat semenjak tahun1998. Kegiatannya lebi terserlah lagi apabila dia sendiri menubuhkan dan memimpin Kumpulan Dikir Barat Belia 4B Kampung Dalam Rhu dengan ’Juara’ atau penyanyinya Jusoh Kelong. Setelah menubuhkan kumpulan tersebut , Supian memberanikan diri berlatih menjadi tukang karut dan menyertai beberapa pertandingan peringkat kampung serta daerah di sekitar jajahan Tumpat. Melalui beberapa pertandingan itu, Supian mula mencipta nama sebagai penulis lirik lagu dikir barat di samping bertindak sebagai tukang karut yang tersohor di kalangan penggiat dikir barat di Kelantan. Namun pada tahun 1996, Supian berpindah dari Tumpat ke Kampung Kuala Besar, Kota Bharu kerana bertugas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) di Kota Bharu. Sejak itu, Supian mula menumpukan sepenuhnya sebagai penulis lirik lagu dikir barat. Pada masa yang sama Supian turut menjadi tukang karut secara komersial setelah mendapat bimbingan Allahyarham Ismail Gunung-ganang dan Allahyarham Seman Wau Bulan. Kini dia terus menjadikan arena seni muzik dikir barat sebagai sebahagian daripada hidupnya. Anak kelahiran Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan sememangnya berbakat besar dalam seni dikir. Tidak dapat dinafikan bahawa penampilannya memang terserlah melalui liriknya yang dihiasi bunga-bunga bahasa. Ini membuatkan pendengar berasa tenang di jiwa.

Sinar Harian Isnin 14 Ogos 2006


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: