Munirah popular lagu Pacat


Munirah popular lagu Pacat

Munirah mungkin satu nama yang tidak asing bagi peminat seni dikir barat negeri Kelantan, malah dia juga dikenali di sekitar Terengganu dan Pahang. Beliau tidaklah sehebat Siti Nurhaliza atau pun Mawi namun sering muncul dan selalu diundangkan untuk sama-sama menyerikan persembahan dikir barat di negeri ini. Tanpa kehadirannya seolah-olah persembahan dikir barat ini tidak meriah. Walaupun beliau penyanyi dari Thailand , namun lagu-lagunya berjaya menambat hati peminatnya di Pantai Timur. Kebanyakan lagu yang disampaikan oleh beliau adalah dalam loghat Kelantan dan ini satu kelebihan untuknya mencari peminat disini. ”Lagu saya yang popular di sini ialah Pacat. Lagu ini menjadi siulan semua peringkat umur dan sering mendapat permintaan jika saya membuat persembahan. ”Lagu Pacat, Anak Tak de Besar dan Bini
Tiga amat popular di sini,”katanya kepada Sinar Harian selepas persembahan dikir barat di Padang Tembak baru-baru ini. Dalam usianya 35 tahun, Munirah masih aktif membuat persembahan. Kini dia muncul dengan album ke-10 yang bertajuk ibu dan kini sudah ada di pasaran. ”Saya mengharapkan album ibu ini mendapat sambutan dan diterima oleh peminat seperti album Pacat,” ujarnya. Ibu kepada dua orang anak ini mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia 15 tahun lagi. Anak kelahiran Narathiwat,Thailand berasa kagum kerana dalam masa yang masih muda ketika itu tidak ada halangan daripada keluarganya untuk bergerak aktif dalam bidang seni walaupun beliau bergelar seorang isteri. ”Saya mendirikan rumah tangga ketika berusia 15 tahun. Suami saya, Yahya turut terlibat secara langsung dalam bidang seni ini dan banyak membantu saya dalam menghasilkan melodi lagu,”katanya. Munirah melahirkan anak sulung lelaki ketika berusia 16 tahun. Anaknya sekarang sedang menuntut di tahun akhit Universiti Yala dalam bidang Sains Komputer, manakala anak bongsunya perempuan berada pada tahun satu juga menuntut ditempat yang sama dalam jurusan Sains Teknologi tahun pertama. Di Thailand katanya, dia merupakan penyanyi sepenuh masa dan mempunyai kumpulan sendiri yang dikenali sebagai kumpulan Murni yang dianggotai oleh tujuh orang perempuan dan dua orang lelaki.”Bersama kumpulan ini saya sering membuat persembahan di hotel Yala-Cang Li dangdut.”

Sinar Harian Khamis 10 Ogos 2006

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: