JALI BUNGA TANJUNG – GENERASI BARU PENDIKIR


JALI BUNGA TANJUNG – GENERASI BARU PENDIKIR

Irama dikir barat berkembang sejak beberapa generasi dan didukung oleh beberapa lapis pengamal juara, tukang karut, dan penyanyi yang menghidupkan seni muzik berasaskan tepuk, tarian tangan lemah gemalai dan seni suara mengasyikkan yang akan menarik perhatian pendengar. Generasi terdahulu pendikir seperti Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Yusoff Kelong, Daud Bukit Abal, Deraman Anak Keli dan ramai lagi pernah menjadi legenda penggiat dikir pada suatu ketika dulu.

Manakala selepas itu, muncul pula generasi kedua seperti Megat Nordin, Jen Endoro, Mat Glamour, dan lain-lain. Kini kemunculan beberapa sinar bakat baru telah menaikkan lagi kemeriahan irama dikir barat dengan gaya persembahan serta konsep baru, dibawa oleh generasi baru penggiat dikir barat yang bakal mewarna-warnikan irama dikir tanah air. Jali Bunga Tanjung kini bangkit menyahut seruan generasi pendikir lama untuk menyambung warisan seni budaya turun temurun dengan gaya serta lagu yang lebih hidup iramanya. Malah lagu yang disampaikan oleh Jali lebih dekat dengan latar budaya rakyat Kelantan. Jali Bunga Tanjung, atau Razali Abd Sukor, 26 merupakan antara pelapis pendikr yang terserlah bakatnya dan dikatakan yang paling laris dikalangan syarikat rakaman album dikir barat terkini.

Bakatnya yang terserlah terletak pada suaranya yang berupaya membawa beberapa lagu yang mendayu-dayu seperti ”Tsunami” sekali gus menjadi ramuan yang paling ampuh untuk menjadikannya ’telag minyak’ dan rebutan syarikat rakaman untuk menghasilkan album dan lagu. Lagu nyanyiannya juga kebanyakan nya berkisar tentang makanan kegemaran serta latar hidup rakyat Kelantan sperti ’Budu’, ’Sup Belut’, ’Toreh Getah’, ’Lagu ke Laut’ dan banyak lagi lagu yang mendapat tempat dihati rakyat Kelantan, menyebabkan albumnya laris bagaikan goreng pisang panas.

Setakat ini, menurut Jali, dia telah merakamkan lebih 50 buah lagu serta lebih sepuluh buah album iaitu album solo dan juga album duet dengan beberapa pendikir.Album pertamanya dirakam pada tahun 2004 iaitu album kosert ”Jali Bunga Tanjung” disusuli dengan beberapa album yang telah melonjakkan namanya dikalangan pendikir terutamanya pendikir baru seperti Azwa Kota Jembal yang segenerasi dengannya.Jali yang mengahwini Hamidah Abdullah dan telah dikurniakan seorang anak iaitu Irfan juga pernah mengeluarkan albumnya sendiri bertajuk ”Mat Rempit” yang ditujukan kepada remaja kini yang dipengaruhi dengan pelbagai gejala sosial serta hobi belumba secara haram di jalan raya.

Satu lagi albumnya yang agak menarik ialah Album Dikir Mega Jali Bunga Tanjung yang memuatkan lagu ”Cina Buta” dan lain-lain lagu.Manakala labumnya yang terkini ialah ”Alunan Suara Unik” iaitu satu projek dikir Blues Gang bersama Ito.Dia yang berasal dari Kampung Perupok Bachok memaklumkan labum terbarunya akan keluar selepas hari raya tahun ini.Sebagai generasi baru dikir barat, Jali turut menaruh harapan agar irama warisan tersebut tidak luput dek zaman serta mendapat pengiktirafan daripada semua peringkat masyarakat dan peringkat antarabangsa.

SUMBER : SINAR HARIAN SUDUT HIBURAN, 29/08/2006

One Response

  1. salam kenal akh,,, blog nya seru euy,,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: