KPLI JQAF AMBILAN JAN 2013

Tahniah kepada bakal ustaz dan ustazah yang berjaya dpli jqaf.Yang tak berjaya jangan putus asa.Cuba lagi lain kali.Semakan keputusan temuduga dpli jqaf sudah boleh di buat klik di sini http://apps.moe.gov.my/abpg/tawarJQAF

***************************************************************************************************************

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DPLI JQAF AMBILAN JAN 2013
SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH

http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/semakan_tduga/login.cfm

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.CUBA LAGI KEPADA YANG TIDAK BERJAYA

****************************************************************

‎20 September 2012
GURUN – Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 buah sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Jan depan.

…”Ini adalah pendekatan jangka pendek yang diputuskan kerajaan untuk mengatasi kekosongan tersebut. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.

“….kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini.

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar.

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar.

Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya.

Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun.

Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Liberalisasi: Cabaran Masa Kini.”

IKLAN KEMASUKKAN KE PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF AMBILAN JANUARI 2013 SILA KLIK DI SINI

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers