HADIS NABI S.A.W

INGIN BELAJAR BUAT BLOG SENDIRI?JOM BUAT BLOG(BLOGSPOT).CUMA RM 20.00 SAHAJA.KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH ATAU LAYARI http://www.jombuatblog.com ATAU EMEL ayeserame@yahoo.com

INGIN BELAJAR BUAT BLOG SENDIRI?JOM BUAT BLOG(BLOGSPOT)

*(0609-M37-2)

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:

“Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan”

(Riwayat Bukhari)

 

—————————————————————————

*(0609-M38-1)

 Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan

bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”

(Riwayat Bukhari)

 

—————————————————————————

*(0609-M38-2)

 Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa”

(Petikan kitab Imam Ghazali)

 

—————————————————————————

*(0609-M39-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan

sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan

(Petikan kitab Imam Ghazali)

 

——————————————————————-

*(0609-M39-2)

Dari Abu Dzar r.a

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ‘Hai Kafir’,

padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,

maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri

(Riwayat Bukhari & Muslim)

 

—————————————————————————————————–

*(0610-M40-1)

Dari Abdullah bin Amru

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam

berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah

(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

 

—————————————————————————————————–

*(0610-M40-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang

oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

 

—————————————————————————————————-

*(0610-M41-1)

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,

maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya

(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)

 

—————————————————————————————————-

*(0610-M41-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih

mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur

(Riwayat Tarmizi)

 

—————————————————————————————————-

*(0610-M42-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama

kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu

(Riwayat Abu Daud)

 

—————————————————————————————————-

*(0610-M42-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak

bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

 

—————————————————————————————————-

*(0611-M44-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah

orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

 

—————————————————————————————————-

*(0611-M44-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya

melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya”

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

 

————————————————————————————————

(0611-M45-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih

hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap”

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

 

————————————————————————————————

(0611-M45-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap

saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,

memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah”

(Riwayat Khamsah)

 

————————————————————————————————

(0611-M46-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi

dia tidak terburu-buru dengan mengatakan “Aku telah

berdoa tetapi belum juga dimakbulkan”

(Riwayat Arba’ah)

 

————————————————————————————————

(0611-M47-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda,

maksudnya:

 

Orang yang memulakan memberi salam adalah

terlepas dari sifat sombong dan takabbur

(Riwayat Al-Baihaqi &

Al-Khatib

 

)

 

————————————————————————————————

(0611-M47-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah

mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran”

(Riwayat Bukhari)

 

————————————————————————————————

(0611-M48-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.

Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari

cabang keimanan”

(Riwayat Bukhari)

 

————————————————————————————————

(0611-M48-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang

menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,

dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga”

(Riwayat Tarmizi)

 

————————————————————————————————

(0612-M49-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat

syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah

Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya”

(Riwayat Bukhari)

 

————————————————————————————————

(0612-M49-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah

orang yang paling banyak berselawat kepadaku”

(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)

 

————————————————————————————————

(0612-M50-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang

isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya”

(Riwayat Abu Daud)

 

————————————————————————————————

(0612-M50-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba

sebelum nyawanya sampai di kerongkong”

(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)

 

————————————————————————————————

(0612-M51-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum

terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya”

(Riwayat Muslim)

 

————————————————————————————————

(0612-M51-2)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang

orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu”

(Riwayat Bukhari)

 

————————————————————————————————

(0612-M52-1)

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika

seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri”

(Muttafaq’alaih)

BIODATA RASULLULLAH S.A.W

 Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ‘ St. Valentino ‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW – Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

– Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
– Aku melihat cahaya dari lidahnya.
– Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
– Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
– Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
– Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
– Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
– Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
– Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
– Wajahnya seperti bulan purnama.
– Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
– Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
– Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
– Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
– Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
– Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
– Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
– Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
– Janggutnya penuh dan tebal menawan.
– Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
– Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
– Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
– Rambutnya sedikit ikal.
– Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
– Rambutnya terbelah di tengah.
– Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
– Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
– Seimbang antara kedua bahunya.
– Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
– Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
– Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
– Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
– Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
– Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
– Warna putihnya lebih banyak.
– Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
– Warna kulitnya putih tapi sihat.
– Kulitnya putih lagi bercahaya.
– Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
– Badannya tidak gemuk.
– Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
– Perutnya tidak buncit.
– Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

 

16 Responses

  1. Assalamualaikum…terima kasih tuk share info tentang Islam.

  2. terima kasih……..sila datang lagi……

  3. assalamualaikum…hmmm 1 laman yang interesting hope ada bnyk ag yg bley d’kongsi brsma

  4. SETIAP detik yang berlalu pasti tiada berganti. Himpunan detik dan waktu terkumpul di dalam batasan hari. Hari demi hari yang berganti akan membawa umur insan menghampiri panggilan Ilahi. Ahad sebagai permulaan, ketika Allah SWT mula menciptakan kejadian. Di sinilah bermula saat yang menjadi penentu, sama ada kebaikan Syurga atau keburukan Neraka yang menunggu.

    kisah hari ahad
    Diari Ahad dipenuhi dengan berbagai cerita. Dari kisah Qarun yang ditenggelamkan kerana tamakkan harta hingga pengorbanan Masyitah yang rela direnggut maut dan direbus lantaran mempertahankan cinta. Cinta kepada Yang Esa. Selain itu, ia merupakan hari yang mulia kepada kaum Nasrani yang derhaka kerana berani mengubah suai wahyu Allah Yang Maha Perkasa mengikut hawa nafsu dan serakah jiwa.

  5. Dunia remaja

    Semendung awan,

    Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,

    Hatiku mendayu-dayu,

    Fikiranku bercelaru,

    Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?

    Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.

    Tetapi aku?

    Masih berkhayal di alam fantasi,

    Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,

    Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,

    Leka dengan cinta di alam remaja,

    Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.

    Membaca,

    Tetapi fikiranku jauh melayang.

    Melayang tentang si dia.

    Aku masih mampu tersenyum,

    walau rekodku merah-merah belaka.

    Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.

    Melayang fikiranku hanya pada si dia,

    Berbunga-bunga hatiku,

    Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.

    Dia meracuni fikiranku,

    Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,

    Mengapa aku tidak boleh berubah?

    Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.

    Yang tidak mampu memisahkan ku.

    Aku terkedu sendirian.

    Hanya waktu mampu mengubahku.

  6. lanfmly83@yahoo.com.my
    sesiapa nak rapatkan khuwah dengan ana bolehlan hantar email kat ana

  7. nk tnye… camne nk cek sesuatu hadis tu Sahih ke Hasan ke ,Daif ke Maudu’ klw dr internet???

  8. assalamualaikum ustaz…
    ustaz, saya amat terpegun dengan hadis-hadis tersebut. Hadis-hadis tersebut dapat menginsafkan diri saya. saya selalu melayari internet dan selalu masuk ke blog ustaz… saya amat terpegun sekali.. saya berharap, ustaz dapat memberi banyak lagi hadis-hadis yang lebih mendalam maknanya… dalam kita mendidik, kita perlu ada kelembutan dalam kekerasan…
    terima kasih

  9. ustazzz…………………………. cunnnn!!!!!

  10. Walaikumussalam,
    Terima kasih kerana melayari blog saya di http://www.sharimi.wordpress.com …….. sila datang lagi.Untuk pengetahuan saudari saya bukan lah seorang ustaz.saya adalah orang biasa.

    Anda juga dijemput untuk melayari blog saya yang lain
    1. JOM CARI KERJA – http://www.kerjakosong-terkini.blogspot.com

    2.BLOG TV – http://www.tv-2u.blogspot.com

    3.PETUA KECANTIKKAN UNTUK WANITA – http://www.petuakecantikkan2u.blogspot.com

  11. wha bez nye bca hdis2 tue…
    chaya r ustz…

  12. alhmdulillah,rasa insaf dan terpesona dngn segl ciptaan allah yg maha esa

  13. Assalamualaikum…
    Terima kasih dan tahniah kerana blog tuan mempunyai informasi amat bermakna. Armando

  14. as`sallammualaikum.. mohon share.. info.. like my new page jgak ye.. http://facebook.com/modamudi

  15. assalammualaikum saudara seislamku……alhamdulillah dn trima ksih buat tuan blog ini….btapa trpesonanya ktika mmbaca perihal rasullulah…….rindunya diri ini kpd baginda s.a.w….mudah2 kta d antara glongn yg mndpt syafaat dn dpt brsma2 bginda dlm syurga….amiin…..wassalam. 🙂

  16. bolehkah saya copy hadis-hadis ni ? saya ingin berkongsinya di blog saya :3

Leave a comment