SEMAKAN UJIAN MEDSI DPLI


Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 melalui kaedah berikut:-

* Laman Web
upu.mohe.gov.my

* SMS (Short Messaging Services)
My SMS – 15888

Temu Duga akan dijalankan pada 25 Mei – 1 Jun 2011

***********************************************************************************

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA (BLOG SHARIMI MUHAMAD – http://www.sharimi.wordpress.com) – SEHINGGA JAM 6.40 PETANG 6,400 PELAWAT SUDAH BERKUNJUNG KE SINI.SILA DATANG LAGI.

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA…….KEPADA YANG TIDAK BERJAYA JANGAN PUTUS ASA….CUBA..CUBA..DAN CUBA LAGI DI MASA HADAPAN..

TARIKH PENTING –

Tarikh Semakan Ujian MEDSI : 22 APRIL 2011 (JUMAAT)
Tarikh Ujian MEDSI : 30 APRIL 2011 (SABTU)
Tarikh Semakan Temuduga : 11 MEI 2011 (RABU)
************************************************

*************************************************
SEMAKAN RASMI 22 APRIL 2011

SEMAK PANGGILAN UJIAN MEDSI DI SINI
http://www.mpm.edu.my/medsiregter/

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-03-88835801/5602 atau laman web KPTM http://www.mohe.gov.my.

*************************************************
Apa itu MEdSI?

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.
Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga mulai sesi akademi 2007/2008.

Syarat-syarat menduduki MEdSI

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.

Panduan MEdSI

Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web http://www.mpm.edu.my
NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web http://www.mohe.gov.my
SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.
Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
4 komponen khusus MEdSI uji calon guru

Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.
Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.
Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.
Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.
Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK

Mtest – untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di bawah Maktab Perguruan
MEdSI – untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA
INSAK – untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan
***************************************************
Pengenalan Kepada MEdSI

Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan “individu yang betul untuk kerja yang betul” diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru.

Berdasarkan matlamat di atas serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti dan kecerdasan emosi, satu instrumen telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia.

Nama
IPTA

Sidek Mohd Noah (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia

Abdul Malek Abdul Karim (Ed.D.)
Universiti Utara Malaysia

Wan Marzuki Wan Jaafar (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia

Joharry Othman (Ph.D.)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Norlena Salamuddin (Ph.D.)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd. Taib Harun (MA)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Lihanna Borhan (Ph.D.)
Universiti Malaya

Zulkifli Mohamed (Ph.D.)
Universiti Malaysia Sabah

Abdul Malek Abdul Rahman (Ph.D.)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tajularipin Sulaiman (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia

Jamaludin Ahmad (Ph.D.)
Universiti Putra Malaysia

Munirah Ghazali (Ph.D.)
Universiti Sains Malaysia

Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor (MSc.)
Universiti Teknologi Malaysia

Nabilah Abdullah (Ph.D.)
Universiti Teknologi MARA

Sapon Ibrahim (MSc.)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd. Yusop Ab. Hadi (MEd.)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Format MEdSI

Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item) dan Kecerdasan Emosi (60 item).

Tujuan MEdSI

Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

***********************************
SEMAK PANGGILAN UJIAN MEDSI DI SINI
http://www.mpm.edu.my/medsiregter/

**********************************

About these ads

80 Responses

  1. Sdh keluar keputusan panggilan medsi?bukan ka 22hb?

  2. secara rasmi 22 hb ni…….walaubagaimanapun cuba semak pada link yang saya bg kat atas tu……mana tahu dah ada nama anda….

  3. Assalamualaikum..da kuar ke?sy cek rekod sy xada pun dlm sistem. Blm lg kot.

  4. cuba semak pula pada 22 hb nanti……

  5. hai en Sharimi, thu x maklumat berkenaan KPLI..sya msih mnggu iklan tpi belum kluar lgi..agak2 ada ke x kpli utk ambilan jun or julai 2011? en sharimi ada buku bknaan Medsi or maklumat persediaan exam medsi

  6. saya pun tak pasti bila kpli akan keluar….sama-sama lah kita tunggu ek…

  7. Aku cek,nama aku xde.Huhu…Apa2 pun kene tunggu 22hb dulu la..Sbb aku cek dalam sini,nama aku xde..Huhu..Sedih wa..;(

  8. as salam,
    kengkawan..sape leh bg tips cmne nk mnjwb ujian medsi nti..ade x web2 yg bg tips…

  9. xde pla nama sy…huhuhuhu

  10. Harap Maaf!Anda Tidak Terpilih Untuk Menghadiri Ujian Medsi… =(

  11. Harap Maaf!Anda Tidak Terpilih Untuk Menghadiri Ujian Medsi… =(
    Sedihnye…tepat jam 12 am sy check..tp rezeki tdk menyebelahi.

  12. Harap Maaf!Anda Tidak Terpilih Untuk Menghadiri Ujian Medsi.
    =(

  13. Harap Maaf!Anda Tidak Dipilih Untuk Menghadiri Ujian Medsi.
    =(

  14. sy tidak terpilih……sedihnya~

    encik sharimi, sy nk tahu slps ini boleh kemukakan rayuan DPLI ke? (sy xkan berputus asa!!!!!!!)

  15. Assalamualaikum..tq koz bg link nak cek MEDSI..dah cek, pelik rasanya, sy n kawan-kawan rmi tak dpt walaupun syarat khas dan syarat am tu dah lepas..tahun lepas dpt pla..betul ke kptsn tu encik?atau sy terlalu awak cek..erm, mgkin itu kptsn dah..takpe, usaha g thn dpn..rezeki untuk masuk bidang perguruan blm smpi lg…:)kpd yg dpt, TAHNIAH

  16. semakan rasmi pada 22 hb april 2011

  17. saya tak pasti boleh rayu ke tak…..apa pun jangan putus asa cuba,cuba dan cuba lagi……………….

  18. cuba semak lagi esok……mungkin hari ini kerja-kerja kemaskini nama-nama mereka yang berjaya belum dibuat sepenuhnya……

  19. cuba check semula pada 22 hb april 2011 selepas 12 tengah hari…….

  20. utk pengetahuan en sharimi, sy rasa waktu pd blog ini mungkin slh…kerana sy buat semakan pd 22hb april lbh kurang jam 2am…

  21. kenape ye? sy dan kawan2 lain sumenye xdpt panggilan ke ujian…ini 1st time sy xdpt pggl ke ujian..huhu..sedih pulak… tp kenape ramai sgt yg xdipanggil…

  22. maybe mmg xdpt kot..huhu..
    ataupun mmg beri keutamaan kpd org yg mahir dgn bahasa2 yg diperlukan.

  23. ni waktu antarabangsa……….abaikan waktu pada blog ni…….biasanya pada pukul 2 a.m kat malaysia ni tiada pekerja waktu tersebut…..pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk mengemaskini laman web majlis peperiksaan tidak bekerja pada waktu tersebut……kebayakkan yang mula semak pada pukul 12.a.m 22 hb….sedangkan pada waktu tersebut tiada pekerja…..dan waktu bekerja di malaysia bermula 8 pagi …………

  24. pelik pla…lum da nama..tul ke da buka tu..

  25. BIASANYA SELEPAS PUKUL 12 TENGAH HARI……KALAU HARI MASIH LAGI TIADA BOLEH CUBA SEMAK BESOK…..KALAU BESOK PUN MASIH TIADA NAMA…ANGGAPLAH PERMOHONAN TIDAK BERJAYA DAN JANGAN PUTUS ASA CUBA…CUBA DAN CUBA LAGI PADA MASA DEPAN……

  26. cik sharimi saya nk tanya..saya lepasan diploma..saya memohon ijazah sarjana muda pendidikan khas.jd ujian medsi kali ni untuk lepasan diploma juga ke atau hanya utk diploma pendidikan lepasan ijazah..nk tau sgt..td sy cek dia kate andaa x berjaya..sgt sedey..

  27. assalam…
    ade x sape2 yg dah check and terpilih utk medsi ni?
    cam pelik jgk ramai sgt yg kate x dapat…

    p/s: sy pun x dapat…:)

  28. DPLI ADALAH DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH.IANYA HANYA UNTUK DIMOHON OLEH MEREKA YANG SUDAH ADA IJAZAH ATAU SUDAH TAMAT PENGAJIAN IJAZAHSAHAJA DAN YANG MEMENUHI SYARAT AM DAN SYARAT KHAS SEPERTI YANG TETAH DINYATAKAN DALAM IKLAN PERMOHONAN.

  29. hurmm..baru kejap tadi kwn sy mintak tlg sy check kan utk die…
    kwn sy dapat panggilan utk MEdSI…sy plak x dapat…
    huhuhu..tumpang gembira utk kwn je la…:)

  30. alhamdulillah dapat medsi thn ni.moga2 dpt interview pulak..kepada kengkawan yg x dapat try check lagi skali hari ni,coz semalam sya check die kate name sya x tersenarai..mgkin mase kengkawan check result x valid lagi..

  31. Assalam…

    ada tak yang kat sni bleh share tips exam n temuduga dpli… rm40 tu mahal sangatlah.. kerja pom belum… haisy….

    sharing is caring… =)

  32. alhamdulillah, 1st time dapat panggil exam.doakan saya ye :)

  33. tahniah……GOOD LUCK……

  34. SOALAN 300 UNTUK DIJAWAB DALAM MASA 1 JAM 10 MINIT……..SOALAN NYA MEMERLUKAN CALON JAWAB YA ATAU TIDAK SAHAJA……….SOALAN TENTANG MINAT,PERSONALITI,KERJAYA DAN LAIN LAIN……GOOD LUCK UNTUK EXAM 30 HB APRIL 2011

  35. TAHNIAH ……GOOD LUCK

  36. TAHNIAH UNTUK KAWAN SAUDARI…..JANGAN PUTUS ASA DAN CUBA LAGI UNTUK SAUDARI…..

  37. maknanya x sama la yer..sbb kos yg sy pohon tu boleh dipohon oleh calon diploma..dan perlu mengambil ujian medsi.bistu kategori mcm saya ni bila ujian medsi akan dijalankn?? cube terangkan sikit

  38. UNTUK LEPASAN DIPLOMA TIDAK DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN……KPLI DAN DPLI HANYA UNTUK MEREKA YANG DAH ADA IJAZAH SAHAJA….TU SELAIN IJAZAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN….DPLI AKAN MENGAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DAN KPLI AKAN MENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH…..UNTUK LEPASAN DIPLOMA,SAUDARI BOLEH CUBA SAMBUNG DEGREE DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI IPTA.

  39. Harap maaf ! Anda Tidak Dipilih Untuk Menghadiri Ujian MEdSI ..aduh sedihnya..kenapa saya tidak dipilih..ini first time saya memohon untuk menjadi cikgu..apakah sebab nya tidak dipilih? rasanya syarat kemasukan untuk dpli saya dah lepas.adakah sebab lain? atau ada kuota untuk dipanggil ujian medsi ni?

  40. KOUTA MEMANG ADA …………..SETIAP KALI PERMOHONAN DIBUKA BERPULUH-PULUH RIBU YANG MEMOHON…..TEMPAT DITAWARKAN HANYA 1000-2000 SAHAJA…..

  41. assalam kwn2 sekalian…sy ingin mnta tips dr kawan2 dan jg sharimi mcm ner sebenarnyer cre2 yg tbaik n sebetul2nya utk mjawab soalan2 medsi…sy dh bbrapa2 kali mohon dpli namun masih sangkut pada medsi..bley tak n sy mohon ptolongan kawan2 sekiranya ader tips…trutama pada sharimi..sy tringin nk beli ebook tu tp mahal sgt la.

  42. pasal ebook tu mahal sangat….saya tak nak komen…..ebook tu bukan saya yang tulis….ebook tu ikhwan fahmi yang tulis…..

    kebanyakkan soalan medsi yang ditanya berkaitan diri sendiri.soalan berkaitan minat,personaliti,ciri-ciri seorang guru yang ada pada diri sendiri…pada pendapat saya semasa jawab soalan tu saudari kena jujur menjawab…..dibawah ni ada beberapa tips sebagai panduan :

    >Pilihan jawapan YA/TIDAK..WAJAR/TAK WAJAR.Hitamkan semua jawapan..jangan tinggal satu pun!
    >Pilih jawapan yang anda rasa betul dengan diri anda..personaliti anda..Jangan tipula..kalau tipu nanti susah nak jawab yang belakang-belakang.sebab ada 5-6 soalan ulang-ulang..
    >Jangan tembak..baca semua soalan betul-betul..kalau tembak jawapan anda mesti bercanggah..
    >Kalau suka tandakan suka..kalau tak suka tandakan tidak..jujurla!
    semua tips diatas tak penting pon..apa yang penting anda kena YAKIN masa jawab semua soalan!sekian…

  43. kat kedai buku popular ada jual buku panduan medsi…..harganya RM9.90..BOLEH CUBA DAPATKAN BUKU TERSEBUT SEBAGAI PANDUAN….

  44. Salam admin,
    saya konfius la… sesetengah orang kata ada juga soalan yang menyediakan 4 jawapan seperti
    a) sangat tidak setuju
    b) tidak setuju
    c) setuju
    d) sangat setuju

    Boleh admin beri tip untuk menjawab soalan macam ini.. Terima kasih

  45. As salam sharimi… sedih sbb saya x d panggil menduduki medsi 30 April 2011 ni… dah dua kali saya mohon, tp dua kali jg saya x berjaya d panggil menduduki medsi.

  46. jangan putus asa……cuba-cuba dan cuba lagi……

  47. sya xdapat medsi……geram sgt…..sume bez student kat skola sy xdapat mdsi……tp kawan2 yg result dy kuang ok,diorang yg dapat…xaci,xaci

  48. memang x adillllllllllllllllll…………..pengajaran yg saya dapat,jgn wat terbaik kerana yg terbaik x semestinya bertuah

  49. menyakitkan hati

  50. salam…en sharimi…sedih sgt coz xdapat menduduki MEDSI..sy degree accounting,cgpa 3.16..knapa sy tidak layak ye..sedangkan sy telah memenuhi syarat untuk dipanggil exam…

  51. mungkin saudari tidak memenuhi syarat khas….atau pun kesesusian ijazah yang dimiliki dengan subjek yang dipohon…..JANGAN PUTUS ASA…CUBA LAGI DIMASA HADAPAN…..

  52. hurm………….kata medsi 2 automatik dapat bila pohon pendidikan bg pilihan 1 n 2………….,tp xpon………….xfaham aku medsi ni!

  53. Saya telah tamat asasi TESL kat UiTM pada Mac 2011. Nak sambung B.Ed (TESL) kat UiTM jugak. Tapi saya tak berjaya untuk MEdSi..
    Adakah ini bermaksud saya tak dpt lanjutkan pelajaran dlm B.Ed TESL ni??

  54. ujian medsi adalah untuk mereka yang memohon dpli(diploma perguruan lepasan ijazah) – mereka yang sudah memiliki ijazah sahaja dan juga lepasan STPM yang nak sambung belajar dalam bidang pendidikan peringkat ijazah di IPTA.lULUSAN ASASI KENA BERMOHON MELALUI BORANG PERMOHONAN SAMBUNG BELAJAR PERINGKAT IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH IPTA(UITM) TERBABIT.

  55. En. sharimi, terima kasih atas penerangan.

    Masalahnya kawan2 saya dari Asasi TESL ni ada yang dapat ujian ni

  56. TERIMA KASIH SUMA…!
    JAZAKKALLAHU KHAIRAN KATHIRA:)

  57. en.sharimi….sebelum sy isi medsi,sy da tgok sume syarat kelayakan am n khas……ponter sy pon pas 3.75……pelik…..malah byk kwn sy yg lbih tggi pointer dr sy n kelayakan am n khas pon da lepas tetap xdapat……..hurm

  58. en.sharimi….sebelum sy isi medsi,sy da tgok sume syarat kelayakan am n khas……ponter sy pon pas 3.75……pelik…..malah byk kwn sy yg lbih tggi pointer dr sy n kelayakan am n khas pon da lepas tetap xdapat……..hurm….bleh x wat rayuan agaknya?

  59. saya rasa tiada rayuan untuk kali ini…..

  60. sy sdih sgt sbb x dpt pggl medsi..ingat ka leh dpt…mcm habiskan duit je apply haritu…

  61. jangan putus asa…cuba lagi…..

  62. Hi encik sharimi,

    saya konfius la… Bagaimana utk menjawab bhg kedua ni….soalan yang menyediakan 4 jawapan seperti
    a) sangat tidak setuju
    b) tidak setuju
    c) setuju
    d) sangat setuju

    Boleh bagi tips untuk menjawab soalan macam ini.tak?. Terima kasih

  63. jawab mengikut kata hati anda……yakin pada diri sendiri……

  64. Hi Encik Sharimi,

    Bahagian kedua ini terlalu memeningkan i. Soalan 171-300. I dengar jawapan mesti kena konsisten…. Untuk itu, bolehkah saya pilih di antara jawapan A. Sangat setuju dan D. Sangat tidak bersetuju sahaja. Sebab, soalan- soalan ini berulang dan soalan berkaitan antara satu sama lain. Jika saya pilih jawapan A, B, C, dan D dan mungkin jawapan tak konsisten. Masanya pun terlalu terhad dan tidak ada masa untuk berfikir lama.

    Saya bagi contohlah camni:
    contoh…soalan no 1. Anda mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai.

    A. Sangat setuju B. Setuju C. Kurang setuju D. Sangat tidak bersetuju

    Contoh… soalan no 200. Anda adalah seorang peramah.

    A. Sangat setuju B. Setuju C. Kurang setuju D. Sangat tidak bersetuju

    Contoh soalan 250 Anda sgt disenangi sahabat handai

    A. Sangat setuju B. Setuju C. Kurang setuju D. Sangat tidak bersetuju

    so…ketiga-tiga soalan ini menunjukkan personaliti kita .

    kalau jawab no 1 tu A…no 200 tu kenala A gak…no 250 pun A …

    jangan no 1 A…no 200 tu B n no 250 C…memang la dorang leh detect kita main letak je jawapan..dan jawapan kita tak konsisten…

    Dengan ini, untuk bahagian kedua ni, bolehkah saya pilih diantara jawapan A. Sangat setuju dan D. Sangat tidak setuju sahaja.

  65. soalan ni berkaitan personaliti diri sendiri…..untuk diri saya sendiri saya akan pilih semua A….SANGAT SETUJU…..

  66. En. Sharimi,

    Untuk tarikh semakan panggilan temuduga, 11hb atau 20hb May?

    Pemahaman saya, 11hb tu adalah semakan panggilang temuduga bagi yg memohon bukan pendidikan. 20hb tu yg memohon pendidikan.

  67. Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 melalui kaedah berikut:-

    * Laman Web
    upu.mohe.gov.my

    * SMS (Short Messaging Services)
    My SMS – 15888

    Temu Duga akan dijalankan pada 25 Mei – 1 Jun 2011

  68. salam en.sharimi.. boleh tak encik provide direct link untuk semak pangilan temuduga Medsi.. link upu.mohe.gov.my tak detail sgt..terima kasih

  69. bkn ke tmuduga 23 mei?

  70. hai..bila boleh check result medsi agaknya??

  71. Hai En.Sharimi,

    Nak tanya, sepatutnya semakan panggilan temuduga boleh di buat hari ini dan website MOHE mengatakan semakan cuma akan di buka selepas jam 2pm, akan tetapi sampai saat ni semakan seolah-olah belum diaktifkan. Saya dah cuba sms, pun tak ada apa2. Boleh Encik Sharimi bagi pandangan Encik berkenaan hal ini? Thanks in advance.

  72. kebiasaan akses laman web tersebut akan menjadi sesak disebabkan ramai yang akan membjuat semakan pada waktu tersebut.boleh di masa dan hari yang lain.

  73. Salam…cam ne ni nak chek keptsan medsi ni?sye dh butu ni,sampai sekrg pun x dpt2.

  74. salam…..sy nk tanya, bila lg dibuka permohonan dpli kali kedua lepas nie??dgr kata bln okober btul ke??encik admin mmg update info dpli awal kn? kalu ada permohonan dpli lg, tlg update ye, sy nk mohon dpli sbb sy dh lepasan ijazah…syukran…

  75. tak pasti lagi bila akan keluar….

  76. bole sy tnya tak?sy nk kn kepstian syrat am dan syarat khas adalah dibuat disetiap ipta kan cnthnya dpt pgnk 2.00 dlm 3 mata pljrn dprgkat stpm adalh syrat am kan?sekiranya di upm syrt mngkuti prgram ismp di upm dlm bahasa mlysia sbgai bhsa pertama,perlukn skurng2nya 2.5 dan bahasa malaysia gred c..sy mndpt 2.8 dan bm sy A adakh layak ke ujian medsi?sy btl2 tertekan dsbbkn sy tdk ada keyakian

  77. tolong la saya sgt@ rsau memikirkn benda ni

  78. Salam.. sy ikram dari ipoh.. sy nk tumpang tanya sikit,, klu SPM bahasa Malaysia sy lulus saja, diploma CGPA: 3.33 ada peluang masuk IPTA atau UNITEN x?? Terima Kasih..

  79. walaikumussalam.saya tak pasti.saudara boleh hubungi ipta atau uniten.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: