TIPS MENJAWAB SOALAN MTEST


GOOD LUCK – SELAMAT MENJAWAB EXAM MTEST

**********************************************
JOM BUAT BLOG SENDIRI http://www.jombuatblog.com

JOM CARI KERJA http://www.kerjakosong-terkini.blogspot.com

JOM TONTON TV DAN DENGAR RADIO ONLINE http://www.sharimi.com

JOM BUAT WEBSITE http://www.web.sharimi.com

JOM CARI MAKLUMAT http://www.sharimi.wordpress.com

**********************************************

TIPS JAWAB BAHASA INGGERIS

TIPS ANALITIKAL


*********************************************
Soalan INSAK : Soalan Negatif
Contoh soalan negatif adalah seperti berikut :

Anda melihat tempat letak kereta pengetua sekolah kosong, anda akan meletakkan kereta di situ

A. Ya
B. Tidak

Jawapannya : Tidak , kerana ia adalah tidak beretika

Jika guru-guru membuat lawak lucah di dalam bilik guru anda akan ketawa

A.Ya
B.Tidak

Jawapan : Tidak, anda tidak ketawa ( soalan ini mempunyai banyak perdebatan tetapi stick to this answer, should be fine )

Kuncinya : Jawap berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab, saya dapati daripada salah seorang pensyarah KPLI di maktab, ingin saya kongsi di sini.

Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat ‘pass kepada orang lain’ dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius

***************************************************

Analogi Verbal
Analogi Verbal atau Kertas BM boleh diselesaikan dengan :

1. Mengenalpasti soalan tersebut masuk dalam kategori apa ?

2. Menjawab berdasarkan konsep

Untuk soalan analogi, biasanya 2 perkataan akan diberikan, ia sudah dimanipulasikan oleh pembuat kertas soalan supaya calon boleh melihat : Apakah hubungan jelas tentang 2 perkataan itu ? Apakah kesimpulannya ? Calon diuji dalam bakat menghubungkait dan melihat perhubungan antara 2 atau lebih objek..

Ada lima hubungan yang akan diuji :

1. Sinonim

2. Antonim

3. Sebahagian- seluruh

4. Sebab- Akibat

5. Pertalian berpasangan langsung dan sebagainya

Jadi, apabila anda sudah membuka kertas soalan, terus sahaja jawab secara pantas dan congak ( Gunakan teknik 4 pusingan )

Apabila anda ‘berjumpa’ dengan soalan susah : Gunakan teknik ini

1. Cuba kenalpasti dulu, soalan itu masuk kategori mana ?

Contoh : Kategori Sinonim

jadi, kategori sinonim adalah untuk soalan-soalan seperti ini :

1. Kecil seperti kenit, besar seperti

A. jerung
B. kerdil
C. Kumin
D. Gergasi

Jawapan D , ia adalah soalan SINONIM ( besar adalah sinonim dengan Gergasi )

2. Senang seperti Suka Ria

A. syaitan : benci
B. benci : meluat
C. nasib : sayang
D. benci : sayang

Jawapan : B

Soalan SINONIM ( benci adalah sinonim dengan meluat )
Seterusnya saya akan masukkan soalan kategori-kategori lain , ingat , jika anda terhenti dan tidak boleh jawab atau jawapan-jawapan hampir-hampir sama, mula-mula kenalpasti dulu soalan itu masuk kategori yang mana satu !

Penyelesaian Sukar
Kategori Verbal Antonim

Contoh Soalan Verbal Berbentuk Antonim

Malam untuk Siang dan Matahari untuk
A.bintang
B.cakerawala
C.bumi
D.bulan

Jawapan : Bulan
Penyelesaian :
Siang = Matahari
Malam = _______
Di situ, tentulah bulan
Konteks terlibat : Masa dan bintang

Banjir : Kemarau
A. emas : perak
B. unta : gurun
C. kaya : miskin
D. petang : malam
Jawapan : C

Sangat kontras di situ
Banjir = kaya
Kemarau = miskin

Verbal Sebahagian – Seluruh

Buku : Muka Surat
A.buku-novel
B.cerita-pustaka
C.muka surat-perkataan
D.koma-tanda seruan

Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori sebahagian-seluruh , sub topik-topik , spesifik – umum
Tetapi soalan ini diterbalikkan, jadi hubungannya ialah seluruh – sebahagian , topik – sub topik, umum – spesifik
Kenapa bukan A ? Kerana A ialah hubungan sebahagian – seluruh, sedangkan soalan berkehendakkan hubungan seluruh – sebahagian
Hati hati kerana mungkin terkeliru, nampak senang tapi calon ramai yang salah soalan ini kerana terlalu gopoh, tidak perhatikan secara teliti

Verbal Sebab-Akibat

Lembu – Susu
A.arak-minuman
B.batuk-sejuk
C.gandum-roti
D.tembakau-roti

Jawapan : C
Soalan ini agak sukar kerana banyak pengacau
Tetapi, ingat kita juga ada hubungan source-product ( sumber-produk ) , boleh diaplikasikan di sini
Jika kita gabungkan hubungan sebab-akibat dan source-product, jawapan kita akan lebih ‘narrow’ dan lebih tepat..
Kenapa bukan
A.arak-minuman — sepatutnya arak-anggur
B.batuk-sejuk —- sepatutnya batuk-tercekik , atau menggigil-sejuk
D.tembakau-roti — sepatutnya tembakau-rokok atau gandum-roti
Tips : gabungkan beberapa hubungan supaya jawapan anda lebih ‘narrow’

Verbal Perhubungan Langsung

Najis – gajah
A.ikan-makanan
B.cacing-tanah
C.oksigen-pokok
D.akuarium-ikan

Jawapan : C
Soalan ini adalah kategori perhubungan langsung, a direct relationship, dan soalan ini juga gabungan kategori cause-effect ( sebab – akibat ) namun diterbalikkan menjadi akibat- sebab ( effect – cause )
Najis = Akibat ( Effect ) atau ( Produk )
Gajah = Sebab ( Cause ) atau ( Sumber )
Cause — Effect
Sumber — Produk
Penyebab kepada hadirnya najis itu adalah disebabkan adanya gajah, jika tiada gajah ( Cause ) maka tiada najis ( Effect ). Najis adalah produk dari sumber gajah
Kenapa bukan
A. ikan-makanan — hubungan terlalu luas, terlalu broad dan tidak spesifik
B. cacing-tanah — ini bukan hubungan sebab-akibat ( jangan keliru )
D. akuarium-ikan – ini bukan hubungan source-product
Oksigen-pokok adalah jawapan paling tepat kerana ia merupakan
- hubungan langsung
- effect – cause ( akibat – sebab )
- Product – source ( produk – sumber )

Soalan Kategori (Sebahagian-Seluruh / Seluruh-Sebahagian)
Soalan ini juga merujuk kepada hubungan Subset – Set , Spesifik – Umum

Contoh soalan :

1. Asli berkaitan dengan CIPTAAN

A. Lagu – markah
B. tiruan – plagiat
C. belajar – kerja
D. tiru – kerja

Jawapan : B
Jika anda perhatikan betul-betul, memang B adalah hubungan sebahagian – seluruh , lagipun ia sesuai dengan konteks di situ

Kotak : Penutup dan Botol

A. kaca
B. isi
C. gabus
D. pecah

jawapan : C
ia adalah hubungan sebahagian-seluruh, cuma soalan diterbalikkan menjadi seluruh – sebahagian, hati-hati apabila menjawab, soalan mungkin diterbalikkan. Apabila soalan diterbalikkan, maka hubungan juga mesti diterbalikkan !
Kotak adalah objek besar.Penutup adalah bahagian kecil yang ada pada kotak, lihat saya gunakan ayat ‘sebahagian kecik’ di situ, so sudah tentulah ia hubungan sebahagian-seluruh
gabus pula adalah sebahagian daripada botol, lihat jawapan-jawapan lain langsung tidak relevan

About these ads

3 Responses

  1. thanks fer d info dude

  2. terima kasih utk info yg sgt berguna

  3. Thanks so much:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: