SEMAKAN PANGGILAN EXAM MTEST KPLI SUDAH BOLEH DIBUAT


KEPUTUSAN EXAM MTEST – GOOD LUCK

TAHNIAH DAN CUBA LAGI UNTUK TIDAK BERJAYA

SEMAK DI SINI
http://kpli.moe.gov.my/tdjan2011/
***********************************************
JOM BUAT BLOG - http://www.jombuatblog.com

JOM TONTON TV DENGAR RADIO ONLINE http://www.sharimi.com

JOM CARI KERJA http://www.kerjakosong-terkini.blogspot.com

JOM BUAT WEBSITE http://www.web.sharimi.com

**************************************************

JOM JOIN GROUP KPLI AMBILAN JAN 2011 DI FACEBOOK SILA KLIK DI SINI
http://www.facebook.com/home.php?sk=lf#!/home.php?sk=group_167691269924077

ATAU SEARCH KAT FB “KPLI AMBILAN JAN 2011″

***********************************************
SEMAK PANGGILAN MTEST KPLI AMBILAN JAN 2011 DI SINI http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm

SELAMAT BERJAYA….GOOD LUCK

MENGIKUT KALENDAR KPLI AMBILAN JAN 2011 KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMAKAN UNTUK PANGGILAN MTEST BOLEH DI BUAT PADA 8 NOVEMBER 2011(HARI INI).MENGIKUT TAHUN-TAHUN LEPAS SEMAKAN BOLEH DI BUAT SELEPAS JAM 12 TENGAH HARI.HARAP MAKLUM.

*****************************************************

SEMAKAN UNTUK KPLI TAHUN LEPAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI)
SUDAH BOLEH DISEMAK MELALUI LAMAN WEB

tarikh peperiksaan MTEST 28 MARCH 2009

http://apps.emoe.gov.my/kpli

PANDUAN PEPERIKASAAN MTEST(KPLI)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat:

Telefon:

Faks:
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 2 – 6, Blok E13
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 Putrajaya

03-8884 1233
03-8884 1235
03-8884 1243
03-8884 1245
03-8884 1252
03-8884 1260

03-8884 1320

A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam tiga buah buku seperti berikut:

Buku 1: Kuantitatif dan Bahasa Inggeris
Buku 2: INSAK
Buku 3: Analitikal dan Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
1 Kuantitatif 30 30
Bahasa Inggeris 25 30
2 INSAK 135 30
3 Analitikal 20 30
Verbal 25 30

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN

Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.

D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST

Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST:

i. Warganegara Malaysia
ii. Memiliki Ijazah yang diiktiraf
iii. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan setaraf dan lulus Ujian Lisan
iv. Mempunyai Pengesahan Nilai Taraf Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah
v. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun kemasukan.

Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada internet untuk menduduki MTeST.

E: BAYARAN UJIAN

Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST

Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

G: KEPUTUSAN MTeST

Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian:
http://www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan.

Objektif

Komponen ujian ini bertujuan
• memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
• mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan.

Format Soalan

Jumlah soalan: 135
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab
• secara spontan
• purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan
• mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
• mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
• membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
• Analogi – 15 soalan
• Melengkapkan Ayat – 5 soalan
• Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan
• analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
• melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong
• kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang
• Analitikal – 16 soalan
• Logikal – 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan
• analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
• logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
• mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
• membuat perbandingan antara dua kuantiti;
• membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
• menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
• membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
• membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.

Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

• perbandingan kuantitatif – 15 soalan
• penyelesaian masalah &
mentafsir data. – 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan
• tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti;
• mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
• gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
• perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di maktab perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:
• mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi;
• menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Format

Terdapat tiga jenis item:
 Error identification – 10 soalan
 Improving sentences – 10 soalan
 Improving paragraph – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

• answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph;
• read the instructions for each item carefully;
• choose/select the best answer from the four options given in each question.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2009

TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan Pemadam

2. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5. Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

Dengan arahan

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

23 Mac 2009

****************************************8888************************************************************************************

About these ads

19 Responses

  1. ni semakan keputusan mtest ke atau keputusan panggilan mtest? tak berape jelas la tajuk nyer….

  2. leh tahu ble semakan keputusan mtest keluar hukhukhuk

  3. Sekiranya tidak berjaya menduduki ujian medsi, bagaimanakah caranya untuk saya membuat rayuan?

  4. kat mana semak keputusan KPLI yang telah ambil pada 28 march 2009 ?

  5. keputusan kpli mtest untuk ambil march 28 2009 boleh diperiksa di http://apps.emoe.gov.my/kpli pada 22 april , sekian terima kasih

  6. leh tanya tak kalau xdapat mtest tuk taun ni….tinggal satu peluang je lagi ker nak amik kpli??kpli 2010? ker ader peluang lagi?sebab berharap sangat kpli ni akan ada lagi pada tahun tahun akan datang.

  7. mana nak cari ni, takde pun

  8. kpli mtest result @ panggilan utk temuduga semak pada 29 april, 2009

  9. la…dah check ari ni still tak kuar2 lagi..aku dah berdebar dah ni…dup dup dup

  10. salam…dgr cerita…29 april… kpli mtest result @ panggilan utk temuduga keluar…kat mane ek????

  11. klu masuk ikut emoe ssh ckit….nape tah…gud luck ol!!pade yg berjaye..tahniah yeee…
    bersamelah kite mendididk anak bangsa..

  12. ble tanya sikit..bila agaknya..result untuk temuduga KPli (MTest -2) ni di adakan ya?

  13. blh tnye skit..nk tkr tarikh blh x?

  14. Seluruh negara akan exam MTEST pada hari sabtu ni…..kebiasaan pertukaran tarikh tidak dibenarkan.Sila hubungi pihak kementerian pelajaran untuk pertanyaan lanjut.

  15. kiranya sehari je ke wt mtest?so mmg xblh tunda ke?

  16. Cuba hubungi pihak kementerian…….rasanya walaupun peperiksaan tersebut pada hari yang sama dengan peperiksaan PTD ianya akan tetap diteruskan…….

  17. erm.. bile leh ckace result M-test nie….?

  18. 3 dis 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 80 other followers

%d bloggers like this: