KISAH PELAJAR TERBAIK SPM DI KELANTAN 20A


PELAJAR MISKIN NUR MADIHAH DAPAT 20 A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2008 YANG DIUMUMKAN PADA MAC 2009

ANTARA PETUANYA :
1.SELALU SEMBAHYANG HAJAT
2.MEMBACA AL-QURAN
3.SELALU BERPUASA KERANA MISKIN

****************************************************
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menawarkan biasiswa khas kepada pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Nik Abdullah berkata penawaran biasiswa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Mohd Amar berkata terserah kepada pelajar terbabit sama ada ingin menerima tawaran belajar sama ada di universiti dalam negeri atau Timur Tengah seperti yang diimpikannya.

“Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan bantuan RM500 kepada setiap pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM, STAM,” katanya.

**************************************************
KUALA LUMPUR: Top Sijil Pelajaran Malaysia scorer Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal has been offered a loan from Mara to continue her studies overseas.
The loan will enable the 18-year-old to study A-levels at any institution of her choice in the United Kingdom.

Currently, those on Mara loans have to take up A-levels locally before continuing their studies overseas.

They also need to go through interviews before they can qualify for the loan.

Entrepreneur and Cooperative Development Minister Datuk Noh Omar said the normal process was waived for Nik Nur Madihah because of her excellent results.
“I’ve decided to give her this privilege, not because she is from a poor family but because she has consistently shown good results in her studies.

“She has proved that poverty is not an obstacle to success. We hope this will motivate her younger siblings to study hard. This will also motivate the poor. If they work hard enough, educational opportunities are available to them,” he said after launching the “One Family One Company” campaign at Putra World Trade Centre yesterday.

Noh said the loan would be converted to a full scholarship if Nik Nur Madihah continued to excel in her studies.
****************************************************
Nur Madihah, beliau sememangnya bukan artis terkenal tanah air, malah selama ini tiada siapa pun pernah mengenali dirinya. Namun, sejak keputusan SPM di’umumkan, beliau telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui mengenai dirinya dengan lebih lanjut. Anak nelayan ini berjaya mendapat 20A dalam peperiksaan SPM yang lepas telah pun di’tawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan bukan itu sahaja, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah pun berjanji membina sebuah rumah bernilai RM130000 untuk keluarga Nur Madihah, kesemuanya di’taja oleh pihak berkenaan.

Walaupun OHBULAN! merupakan blog gosip, sekali sekala penulis berasa perlu perkara-perkara seperti ini di’ketengahkan agar kita semua tidak lalai & sentiasa mengambil berat mengenai pelajaran. Ya, penulis amat pentingkan pelajaran. OHBULAN! pernah terbaca bahawa Nur Madihah tidak menghadiri sebarang tuisyen sebagaimana trend pelajar masa kini, itu sudah cukup mengagumkan. Tuah ayam nampak di’kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

***************************************************

KEPALA BATAS 14 Mac – Anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang memperoleh keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini menerima penghargaan khas daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan itu menerima penghargaan berkenaan sempena majlis pelancaran Hari Penternak, Petani dan Nelayan peringkat Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Penghargaan khas itu disampaikan sendiri oleh menteri berkenaan, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis tersebut yang turut dihadiri ibu bapa pelajar itu, Mariani Omar, 42 dan Nik Mohd. Kamal Husin, 41.

Selain sijil penghargaan, Nik Nur Madihah, 18, turut mendapat sumbangan cek RM4,000 iaitu masing-masing RM2,000 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanim).

Mustapa dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu berkata, pihaknya berharap kejayaan Nik Nur Madihah memberi inspirasi kepada anak-anak nelayan lain supaya mencatatkan pencapaian cemerlang dalam akademik.

“Saya dan rakan-rakan dalam kementerian cukup berbangga dengan apa yang dicapai adik Nik Nur Madihah (dalam SPM) dan beliau membuktikan bahawa anak nelayan juga boleh berjaya.

“Kita harap kejayaannya memberi inspirasi untuk kita semua dan tidak sesekali menjadikan kesusahan hidup sebagai halangan untuk berjaya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Law Choo Kiang, Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mokhtar Ismail dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.

Nik Nur Madihah mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan Jumaat lalu dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Sementara itu, Mustapa berkata, golongan penternak, petani dan nelayan di negara ini sangat bertuah kerana mendapat pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding rakan-rakan mereka di negara lain.

“Saya sudah pergi banyak negara dan bertanya kepada petani, penternak atau nelayan. Kerajaan mereka tidak pernah memberi insentif yang begitu banyak kepada mereka.

“Tujuan kerajaan amat mudah. Dengan memberi bantuan, kita harap jumlah hasil dapat ditingkatkan untuk kegunaan rakyat dan pada masa sama memberi limpahan pendapatan kepada petani, penternak atau nelayan,” katanya.

***************************************************
KOTA BAHARU, 16 Mac (Bernama) — Ke Jordan atau United Kingdom (UK). Itulah dilema yang dihadapi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A dalam peperiksaan SPM itu berkata beliau perlu berfikir panjang sama ada ke Timur Tengah menyambung pelajaran dalam bidang keagamaan, atau mendalami ilmu fizik yang diminatinya di United Kingdom (UK).

Beliau berkata, pelbagai tawaran biasiswa, termasuk daripada MARA, Bank Negara Malaysia dan Petronas yang diterimanya akan diperhalusi bersama keluarga dan gurunya sebelum diputuskan dalam masa terdekat.

“Saya memang berminat untuk belajar ilmu agama di Timur Tengah, tetapi pada masa yang sama, saya juga minat mempelajari fizik.

“Mereka yang lebih arif termasuk seorang profesor fizik dari sebuah universiti tempatan pula, mencadangkan saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford dalam bidang fizik.

“Apa pun, saya akan membuat pilihan terbaik untuk masa depan dan juga kepentingan keluarga,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau sebelum itu menerima surat tawaran biasiswa tajaan penuh daripada Pengarah Mara Kelantan, Abd Rahim Taha yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar di kediamannya di Pengkalan Chepa, di sini.

Menurut Abd Rahim, Mara sebelum ini menawarkan biasiswa kepada Nik Nur Madihah ke UK untuk menyambung pelajaran di peringkat A Level sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang fizik.

Namun, katanya, MARA kini memberi peluang kepada pelajar itu memilih sama ada ke Jordan untuk pengajian agama Islam atau UK, dan memberi jaminan biasiswa akan diteruskan sekiranya Nik Nur Madihah ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk Doktor Falsafah.

Bapa Nik Nur Madihah, Mohd Kamal Hussein, 41, seorang nelayan, dan ibunya Mariani Omar, 42, memberi kebebasan penuh kepadanya untuk membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

Nik Nur Madihah, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah apabila memperoleh 20A (19 1A dan satu A2) dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

***************************************************
KOTA BHARU 14 Mac – “Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

**************************************************

20 A (19A1 1A2)

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

RUMAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2008 - PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU KELANTAN

RUMAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2008 - PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU KELANTAN

****************************************************
LAGI PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI KELANTAN CEMERLANG.TAHNIAH…..

SELISING – Sekolah agama terpencil, Maahad Al Manar yang berpusat di Bukit Akar, dekat sini berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam :Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

:Selain memperoleh lulus 100 peratus, salah seorang pelajarnya, Nusaibah Sallehuddin, 19, begitu menyerlah dengan pencapaian 17A1.

:Nusaibah yang mula memasuki Al Manar pada tahun 2003 berjaya menghafal 30 juz al-Quran, menepati matlamat institusi swasta itu dalam melahirkan intelektual Islam.

:Menurutnya, komitmen guru dianggap faktor utama membantu dia memperoleh keputusan cemerlang selain inisiatif sendiri dengan menelaah pelajaran di rumah dan tuisyen (kelas tambahan)

:“Saya memberi tumpuan kepada semua mata pelajaran dan berdoa kepada Tuhan kerana amalan yang kita lakukan ini cukup mulia,” katanya yang berasal dari Melor, Kota Bharu.

:Rakannya, Aishah Zulkifli, 19, bersependapat dengannya yang menganggap pengorbanan guru merupakan sesuatu yang tidak ternilai.

:Katanya, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kehidupan keluarganya.

:“Saya berharap kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu saya, mungkin dengan berkat doanya membolehkan saya mencipta kejayaan,” katanya yang kematian bapa pada tahun 1996.

:Timbalan Pengetua Al Manar, Mas Othman Mohamad ketika ditemui berkata, keseluruhan pelajarnya mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Agama dan Arab tinggi.

:“Sekiranya mereka tidak mencapai kejayaan dalam bidang akademik, mereka memiliki ilmu Islam yang cukup untuk membentuk kesejahteraan dan jika mereka juga mampu menguasai akademik, sudah pasti ia satu kebanggaan kepada kita,” katanya.

:Pengetuanya, Yaakub Wan Harun berkata, Al Manar kini menerima 150 pelajar termasuk dari luar ne:gara seperti Filipina, Indonesia, China dan Kemboja.

:Menurutnya, pelajar Al Manar turut terpilih menerima anugerah pelajar cemerlang dan mereka kini berada di seluruh dunia bagi melanjutkan pelajaran.

:“Ini merupakan usaha kami untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja bertaraf intelek, malah dalam masa sama mempunyai asas agama yang kuat,” katanya.

Inginkan laman web @ web layari http://www.web.sharimi.com

About these ads

8 Responses

  1. Kan bagus kalau ada pihak tertentu yg terus menawarkan tempat buat dia di ipta dengan tawaran biasiswa.

  2. kepada nik nur madihah,,sekiranya minat terhadap kedua-dua bidang iaitu ulum din n fizik,,study di jamiat al-iman sana’a yemen,,,,rektor univsti tersbut adalah saintis terkemuka islam iaitu sheik majid zindani,,,bnyk kajiannya di paparkan di youtube,,,dan jamiat tersbut adalah lebih syadid ilmunya dari al-azhar,,,,saudari boleh peroleh kedua-dua ilmu tersbut atau yg lain di unversiti al-iman sana’a yemen,,,

  3. study la kt mana2…asalkan nik nur madihah ikhlas dan b~sgguh2.

  4. HAI APA KHABAR SKRANG BELAJAR KAT MANA

  5. tahniah saudara qu, saya begitu bangga dengan kejaayan yag awk miliki sekarang, berkat doa dan usaha mu yang tak pernah luntur, awk telah mencapai kejaayan dengan begitu cemerlang. moga kejayaan mu boleh menyumbang kepada islam dan menjadi contoh kepada pelajar seperti kami. amin…

  6. salam madihah…

    kak ucapkan syukur kerana kejayaan madihah merentasi arus zaman yg serba canggih ini. dgn cara study yg kak kira cukup simple lagi tekun, serta merendah diri kpd Allah, buat apa yg disuruh dan tinggal apa yg dilarang, insya Allah semuanya tidak mustahil bagi Allah.

    mcm x caya, dia org susah, kalau nengokkan rumahnya alahai, dah cukup pilu… tapi itulah kuasa Allah. sbgmana dalam doa dhuha yg maksudnya..

    SEKIRANYA ENGKAU TANAM REZEKIKU DI KERAK BUMI MAKA YA ALLAH ENGKAU KELUARKANLAH UNTUKKU, DAN SEKIRANYA ENGKAU TAHAN REZEKIKU DI KAKI LANGIT MAKA ENGKAU TURUNKAN DAN BERIKANNYA KEPADAKU, KASIHANILAH HAMBAMU, LINDUNGILAH DAN LIMPAHKANLAH BELASMU, REZEKIMU, HIDAYAH DAN PETUNJUKMU, AGAR AKU TERGOLONG DALAM ORANG2 YG BERUNTUNG DI DUNIA DAN AKHIRAT.

    dia asalnya miskin tegar, diikutkan teori barat, kemiskinan boleh diwarisi lebih dari 4 generasi tp bg kita islam dan beriman, teori barat tu salah…

    SESUNGGUHNYA TIADA YG MUSTAHIL BAGI ALLAH.

  7. TIADA REZEKI DARI LANGIT KECUALI MATAHARI, AIR HUJAN DAN AWAN DAN TIADA REZEKI DARI PERUT BUMI KECUALI UNTUK GEOLOGIST, OIL & GAS ENGINEERING. UNTUK PEMALAS REZEKI HANYA ATAS BUMI WALAUPUN HASIL PEMBERIAN TANGAN YANG DI ATAS.

  8. Alamdulillah…semangat bersunguh-sungguh dan ihklas pasti membuahkan hasil yang baik walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: