LAGI BERITA BERKAITAN KEKEJAMAN ISRAEL


KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN

KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN

Tentera Zionis gagal mara

JENAZAH dua penduduk Palestin yang maut akibat bedilan tentera Israel di Hospital al-Shifa, di Bandaraya Gaza, semalam.

Dua kereta kebal milik Israel dimusnahkan pejuang Hamas

BANDARAYA GAZA: Sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pejuang mereka berjaya memusnahkan dua kereta kebal Israel di penempatan Ash Sheikh Ajlin dan Zeitun semalam, ketika jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini hampir menjangkau 1,000 orang.

“Kereta kebal Israel memasuki kawasan Tal al-Hawa, Ash Sheikh Ajlin dan kejiranan Zeitun, lebih jauh ke dalam kawasan bandar berbanding sebelum ini. Pesawat melancarkan serangan bom, manakala kereta kebal melepaskan tembakan bertalu-talu. Pejuang bertindak balas dengan melancarkan peluru mortar,” kata seorang saksi.

Tentera Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Wartawan Al-Jazeera di Bandaraya Gaza melaporkan tentera Israel mula memasuki kawasan bandar di Tal al-Hawa pagi semalam, tetapi terpaksa berundur semula ke pinggir bandar berikutan serangan balas pejuang Palestin.

Laporan sebuah agensi berita Palestin pula memetik kenyataan Briged al-Qassam sebagai berkata, unit itu menawan seorang askar Yahudi dan menahannya di sebuah rumah di Gaza.

Namun, beberapa jam kemudian rumah itu dibedil jet pejuang tentera Israel dan askar Yahudi itu turut terbunuh.

KERETA kebal Israel memasuki lebih jauh ke dalam wilayah Gaza, semalam.

Tentera Israel tidak membuat sebarang ulasan terhadap laporan itu.

Anggota perubatan di Gaza berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal di Zeitun, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka pejuang atau penduduk awam.

Beberapa orang saksi lain berkata, pasukan khas Israel sebelum itu cuba memasuki perkampungan Khuzaa di selatan Khan Yunis, berhampiran sempadannya, tetapi terpaksa berundur selepas diserang hendap.

Kereta kebal Israel kemudian melepaskan tembakan ke arah perkampungan berkenaan. Tembakan itu menyebabkan seorang wanita terbunuh, manakala 60 orang lagi cedera.

SEORANG kanak-kanak cedera terbakar dirawat di Hospital al-Shifa selepas terkena bom kimia fosforus dilepaskan Israel.

Doktor berkata, 55 daripada mereka cedera akibat terkena bom kimia fosforus putih yang penggunaannya ke atas orang awam diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pergerakan Hamas mendakwa sejumlah askar Zionis maut dalam serangan di Khuzaa, tetapi jurucakap Israel berkata, tiada laporan tentera Yahudi terbunuh di perkampungan itu setakat ini. – AFP

KEKEJAMAN ISRAEL LAKNATULLAH DI BUMI GAZA PALESTIN

KEKEJAMAN ISRAEL LAKNATULLAH DI BUMI GAZA PALESTIN

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 79 other followers

%d bloggers like this: