Sembilan rakyat Malaysia dalam senarai bilionair Forbes
WASHINGTON 9 Mac. – Sembilan rakyat Malaysia, termasuk seorang bumiputera, tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes bagi 2007, dengan nilai bersih harta individu antara AS$1.1 bilion hingga AS$7 bilion.
Menurut majalah Forbes, Bill Gates III, pengasas Microsoft, masih kekal menjadi orang paling kaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih bernilai AS$56 bilion, diikuti rapat oleh rakannya yang juga pakar pelaburan Warren Buffett dengan harta bernilai AS$52 bilion.
“Forbes menyifatkan Syed Mokhtar sebagai bilionair yang berjaya dengan usaha sendiri apabila bermula hanya sebagai peniaga beras. Hari ini beliau adalah peneraju Malaysia Mining Corporation (MMC) dan mempunyai pegangan dalam Johor Port, pengeluar kuasa bebas terbesar negara, Malakoff dan syarikat pengedaran gas asli, Gas Malaysia.
“Syed Mokhtar banyak menyumbang dalam pembinaan sekolah pendidikan Islam, masjid dan kesenian Islam,” kata Forbes.”
-semoga ada di kalangan kita seperti beliau..
Tan Sri Robert Kuok, 83, menerajui senarai bilionair Malaysia dengan harta bernilai AS$7 bilion. Beliau berada di kedudukan ke-104 daripada senarai 946 bilionair Forbes di seluruh dunia.
Seterusnya Ananda Krishnan, 68, di tempat ke-119 dengan harta bernilai AS$6 bilion diikuti Tan Sri Lim Goh Tong, 89, di tempat ke-204 dengan harta bernilai AS$4.2 bilion.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, 55, merupakan bilionair termuda dan satu-satunya ‘Orang Kaya’ Melayu yang termasuk dalam senarai tersebut di kedudukan ke-754, dengan harta bernilai AS$1.3 bilion.
Lima lagi hartawan Malaysia ialah Tan Sri Teh Hong Piow, 77, (no. 287), dengan harta bernilai AS$3 bilion; Tan Sri Quek Leng Chan, 66, (no. 314), dengan harta bernilai AS$2.9 bilion; Tan Sri Lee Shin Cheng, 67, (no. 349), dengan kekayaan AS$2.6 bilion; Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 77, (no. 583), dengan harta bernilai AS$1.7 bilion; dan Tan Sri Tiong Hiew King, 71, (no. 840), dengan kekayaan bernilai AS$1.1 bilion.
Forbes menyifatkan Syed Mokhtar sebagai bilionair yang berjaya dengan usaha sendiri apabila bermula hanya sebagai peniaga beras. Hari ini beliau adalah peneraju Malaysia Mining Corporation (MMC) dan mempunyai pegangan dalam Johor Port, pengeluar kuasa bebas terbesar negara, Malakoff dan syarikat pengedaran gas asli, Gas Malaysia.
“Syed Mokhtar banyak menyumbang dalam pembinaan sekolah pendidikan Islam, masjid dan kesenian Islam,” kata Forbes.
Kuok, kata Forbes, yang menetap di Hong Kong, bukan muka baru dalam senarai bilionair Forbes. Beliau bermula dengan berkecimpung dalam dagangan beras, gula dan tepung di Malaysia pada 1949 and di Singapura pada 1953.
“Hari ini, Kuok menerajui Kuok Group yang mempunyai kepentingan dalam perkapalan, hartanah hingga kepada media. Syarikat Transmile Group, miliknya yang mengangkut fret udara mendapat hak pendaratan di China dan India.
“Beliau memiliki dan menguruskan perladangan kelapa sawit dan gula, kilang dan kilang penapis di Malaysia dan Indonesia,” kata Forbes.
Selain itu, kata Forbes, beliau turut menguasai empayar hotel di rantau Asia Pasifik yang termasuk rantaian hotel mewah Shangri-La.
Sementara itu lepasan Harvard Business School dan bekas peniaga minyak, Ananda Krishnan menerajui syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis, cabang satelit Measat dan Astro, penyedia TV satelit popular di Malaysia.
Menurut Forbes, kumpulan syarikat Ananda Krisnan berkembang pesat di Malaysia sejak setahun lalu dengan Maxis terus mengembangkan rangkaiannya di Indonesia dan bertapak kukuh dalam pasaran India dengan membeli pengendali Aircel di Chennai.
Filed under: UMUM