BANER INFO >> SILA KLIK PADA BANER

BANER INFO >> SILA KLIK PADA BANER










LAGUN SEMERAK – MY HOMETOWN

KEBESARAN ALLAH S.W.T


FENOMENA AZAN

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KURSUS PERGURUAN KPLSPM JULAI 2009

Semakan Keputusan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

http://apps. emoe.gov. my/kplspm/twrkplspm

1 Julai 2009
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe. gov.my

Jawatan kosong terkini

KEMATIAN MICHAEL JACSON

Kematian Raja Pop dipercayai akibat terlebih ambil dos ubat penahan sakit

LOS ANGELES: Bedah siasat ke atas mayat Michael Jackson, gagal mengenal pasti punca kematian penyanyi kulit hitam popular itu di tengah laporan dia mungkin disuntik dengan ubat penahan sakit sejurus sebelum tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis akan menyoal siasat doktor peribadi Raja Pop itu berikutan dakwaan beliau bersama Jackson semasa saat-saat cemas di rumah penghibur itu.

Jantung Jackson berhenti berfungsi apabila paramedik tiba di kediaman mewah yang disewanya di Holmby Hills di Los Angeles tengah hari Khamis lalu, dengan doktor peribadinya cuba sedaya upaya menyedarkan dia.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA, dan diisytiharkan meninggal dunia.

“Pengumuman mengenai punca kematian ditunda, yang bermakna pemeriksa perubatan mengarahkan ujian tambahan seperti toksikologi dan kajian lain.

“Ujian berkenaan akan mengambil masa empat hingga enam minggu,” kata jurucakap Koroner Los Angeles, Craig Harvey.

Bercakap kepada wartawan di luar pejabat koroner, Harvey berkata: “Tiada tanda sebarang trauma luaran atau perbuatan khianat dapat dikesan pada mayat Jackson.”

Polis berkata, mereka ingin menyoal siasat doktor peribadi Jackson, pakar kardiologi beribu pejabat di Houston, yang dikenal pasti media sebagai Dr Conrad Murray.

Mayat Jackson akan diserahkan kepada keluarganya selepas mereka memilih firma menguruskan majlis pengebumian, kata Harvey. Namun bila dia akan dikebumikan belum diketahui.

Laman web selebriti, TMZ.com, memetik temubual dengan ‘anggota rapat’ keluarga Jackson yang tidak dinamakan, melaporkan penghibur kontroversi itu disuntik dengan Demerol kira-kira setengah jam sebelum jantung Jackson terhenti.

Laporan TMZ menyebut, memetik kenyataan itu, Jackson mendapat suntikan Demerol, sejenis ubat penahan sakit setiap hari, dan keluarganya percaya kematian penyanyi itu disebabkan lebihan dos ubat itu.

Detektif memeriksa rumah Jackson dan merampas kereta Mercedes Murray, berkata ia mungkin mengandungi bukti.

Seorang lelaki tidak dikenali menghubungi talian kecemasan 911 dari rumah itu pada jam 12.21 tengah hari waktu tempatan, berkata Jackson tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.

Dalam petikan panggilan yang disiarkan pihak berkuasa, pemanggil berkata doktor berkenaan satu-satunya orang yang ada dan melakukan kaedah pernafasan mulut ke mulut kepada Jackson yang tidak sedarkan diri. – AP/Reuters

IKLAN BLOG 2 WEBSITE @ AFFILIATE @ PERNIAGAAN @ PERKHIDMATAN

IKLAN BLOG @ WEBSITE @ AFFILIATE @ PERNIAGAAN @ PERKHIDMATAN DI
www.sharimi.com

INFO SELSEMA BABI – H1N1

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA
MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
• Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
• Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
• Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
• Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox – campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA

PENGAMBILAN UNTUK DPLI 2010 DITANGGUHKAN

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah ditangguhkan dan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Sehubungan dengan itu, tiada pengambilan DPLI untuk ambilan Jan 2010 dan seterusnya sehingga diberitahu kelak. Harap maklum.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://www.mohe. gov.my

BANER INFO >>> SILA KLIK PADA BANER

BANER INFO >> SILA KLIK PADA BANER










SELAMAT HARI BAPA

SAYA INGIN MENGMABIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPAKAN SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA SAYA MUHAMAD ISMAIL.TERIMA KASIH ABAH.TAK KETINGGALAN KEPADA SEMUA BAPA-BAPA DI SELURUH MALAYSIA…….SELAMAT HARI BAPA KEPADA ANDA SEMUA………

SEMAKAN KEMASUKKAN KE IPTA UNTUK LEPASAN STPM

Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA
https://upu. mohe.gov.my/semakstpm

ATAU

http://upu.mohe. gov.my/

19 JUN 2009
UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/ Diploma/ Matrikulasi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA
https://upu. mohe.gov.my/semakstpm

ATAU

http://upu.mohe.gov.my/

19 JUN 2009
UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA…..JANGAN PUTUS ASA KEPADA YANG GAGAL….CUBA LAGI….TAHUN DEPAN

TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA DALAM TEMUDUGA DPLI…..JANGAN PUTUS ASA KEPADA MEREKA YANG YANG GAGAL….CUBA LAGI….TAHUN DEPAN…….KEPADA YANG BERJAYA DAN GAGAL BOLEHLAH BERKONGSI KEGEMBIRAAN DAN KEKECEWAAN ANDA DI BLOG INI DENGAN MENGHANTAR KOMEN ANDA.

TERIMA KASIH.

HUHUHU…….RESULT DPLI YANG MENGECEWAKAN

HUHUHU…….RESULT DPLI YANG MENGECEWAKAN.

SEKALI LAGI REZEKI TIDAK MEMIHAK KEPADA SAYA.FAIL TEMUDUGA DPLI……..SAYA TIDAK AKAN PUTUS ASA DAN AKAN CUBA, CUBA DAN CUBA LAGI PADA MASA DEPAN…………ANDA BAGAIMANA?

KEPUTUSAN TEMUDUGA DPLI DAH BOLEH DI SEMAK

RESULT TEMUDUGA DPLI

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2009 – mulai 18 Jun 2009 12.00 tghri .
keterangan lanjut :

http://upu.mohe.gov.my/

HANDPHONE YG BOLEH DICAS TANPA GUNA WAYAR

PROTOTYPE NOKIA HANDPHONE

PROTOTYPE NOKIA HANDPHONE

PROTOTYPE HANDPHONE NOKIA YANG BOLEH DICAS TANPA MENGGUNAKAN WAYAR DENGAN KATA LAIN “WIRELESS” . SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU KEHADIRANNYA…………

BERITA TERKINI

BERITA TERKINI SAYA TERIMA, RESULT TEMUDUGA DPLI AKAN KELUAR PUKUL 12 TGH HARI ESOK.(18 JUN 2009).SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU PUKUL 12 TGH HARI ESOK.KALAU TAK KELUAR JUGAK ESOK MUNGKIN -HARI-HARI SETERUSNYA.HARAP BERSABAR……

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KPLI

SEMAKAN UNTUK KEPUTUSAN TEMUDUGA KPLI BOLEH DI SEMAK ARI INI (MENGIKUT MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT) .

keterangan lanjut sila layari :

http://apps.emoe.gov.my/kpli/twrkpli/
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=aplikasi_perguruan&unit=utama&bhs=my

MY BANNER – BANER INFO >>SILA KLIK PADA BANER

BANER INFO >> SILA KLIK PADA BANER










SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA DPLI

Mengikut maklumat yang saya dapat, semakan temuduga DPLI baru-baru ni akan di umumkan pada
17 Jun 2009 @ 19 Jun 2009.Sekiranya pada tarikh tersebut masih belum keluar juga keputusan tersebut,sama-samalah kita tunggu satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.Harap anda semua bersabar.Terima kasih.

Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009

Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009

Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009 telah ditunda kepada 17 Jun 2009. Harap maklum. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru.

keterangan lanjut layari http://www.moe.gov.my

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

PETUA MENDAPAT PASANGAN – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI RAHSIA UNTUK MENGUMPUL DAN MENJANA WANG UNTUK PERKAHWINAN.

60 PETUA MENDAPAT PASANGAN

~ Oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

) ) ) ) ) ) ) ) )

UNTUK MENGETAHUI RAHSIA BAGAIMANA MENGUMPUL DAN MENJANA WANG UNTUK PERKAHWINAN ANDA SILA KLIK DI BAWAH.

SHARIMI BOOK SHOP >> http://www.sharimibookshop.blogspot.com

Dapatkan buku-buku :
1.Panduan SOLAT LENGKAP LELAKI DAN WANITA
-Buku ini menerangkan dengan lengkap cara-cara solat lealki dan perempuan.Dilengkapi dengan gambar cara-cara mengerjakan solat dengan betul.Layari :

:

http://www.sharimibookshop.blogspot.com

2.NOVEL BIDADARI DARI TIMUR-MEMOIR ISTERI SEORANG PEJUANG
-Novel ini mengisahkan biografi seorang isteri .Juga mengandungi tips-tips bagaimana menjadi seorang isteri solehah.Juga panduan bagaimna mengekalkan keharmonian rumahtangga yang telah dibina sejak lebih 30 tahun. Dapatkan novel ini sekarang. layari :

http://www.sharimibookshop.blogspot.com

http://www.web.sharimi.com

PAKEJ REKABENTUK LAMAN WEB DAN BLOG (WORDPRESS & BLOGSPOT)

LAYARI http://www.web.sharimi.com

Jika tempahan rekabentuk laman web dibuat secara online, anda akan menerima hadiah pendrive 4 GB .Tawaran ini sah dari 1 Jun 2009 sehingga tamat tempoh promosi 31 Julai 2009 . Cepat!!!!! Jangan Ketinggalan!!!!Rebutlah peluang keemasan ini!!!!

Borang Tempahan online >> sila klik disini

http://www.web.sharimi.com/tempahan.html

JAWATAN KOSONG TERKINI DI SEKTOR AWAM

TEMUDUGA DPLI 27 MEI 2009

PADA 27 HB MEI 2009, SAYA TELAH MENGHADIRI TEMUDUGA DPLI KAT USM KUBANG KERIAN KELANTAN.PADA HARI TERSEBUT SAYA RASA BERATUS-RATUS ORANG TURUT HADIR UNTUK DI TEMUDUGA.SEBANYAK 11 BILIK TEMUDUGA TELAH DISEDIAKAN.BERMULA DENGAN BILIK KULIAH SATU SAMPAI BILIK KULIAH 11.

SEBELUM DI TEMUDUGA CALON-CALON DI KEHENDAKI MEMBUAT PENDAFTARAN.SELEPAS PENDAFTARAN ADA CALON YANG DI BERIKAN ARAHAN UNTUK TERUS KE BILIK TEMUDUGA (BILIK TUTORIAL 1-11) USM KUBANG KERIAN.ADA JUGA YANG DIKEHENDAKI MEMASUKI BILIK SARINGAN.

RAMAI JUGA YANG DI SURUH MASUK BILIK SARINGAN.SAYA JUGA TIDAK BERKECUALI.SEMASA DI BILIK SARINGAN SURAT PANGGILAN DAN SIJIL-SIJIL TURUT DI PERIKSA.TERMASUK SURAT PENGESAHAN JPA.DI BILIK SARINGAN JUGA CALON-CALON DI DI UJI SAMADA CALON BUTA WARNA ATAU TIDAK.PETUGAS MENUNJUKKAN KAD UJIAN BUTA WARNA(NOMBOR DAN WARNA).

SELEPAS MELEPASI SARINGAN TERSEBUT BARULAH CALON KE BILIK TEMUDUGA.BILA SAMPAI DI SANA,MASIH RAMAI CALON YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK DI TEMUDUGA. PADA JAM 3.40 TIBALAH GILIRAN SAYA UNTUK DI TEMUDUGA.SAYA DAN DUA ORANG CALON LAIN DI JEMPUT MASUK KE BILIK TEMUDUGA.

SEKALI LAGI SIJIL-SIJIL DI SEMAK.JUGA UJIAN BUTA WARNA SEKALI LAGI DIADAKAN.

PERTANYAAN PERTAMA PENEMUDUGA IALAH :

1. CAN YOU INTRODUCE YOURSELF?
CALON KENA JAWAB DALAM BAHASA INGGERIS.

2.SOALAN BERKAITAN KURSUS YANG KITA AMBIL

3. ADA JUGA ISU SEMASA – HEADLINES AKHBAR PADA HARI TERSEBUT.

DAN LAIN-LAIN……………………………..

Tengku Muhammad Faris dilantik Pemangku Raja

TENGKU MAHKOTA KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN


SULATAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

SULTAN ISMAIL PERTA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

KEPADA SELURUH RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T AGAR TUANKU ISMAIL PETRA SEGERA SEMBUH DARI KEGERINGAN.SEKARANG TUANKU SEDANG DI RAWAT DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI SINGAPURA.

KOTA BHARU 25 Mei – Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja mulai semalam sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sembuh daripada gering.

Pelantikan itu bagi membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias mengumumkan perkara tersebut pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelantikan putera sulung baginda itu berkuat kuasa serta-merta semalam sehingga Tuanku Ismail sembuh.

Ia diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri yang bermesyuarat petang semalam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim.

‘‘Majlis Perajaan bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja semasa Tuanku Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Kelantan gering sehingga tidak boleh menjalankan tugas,” katanya.

Biarpun stabil, Sultan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya dan dihantar ke Hospital Mt. Elizabeth, Singapura untuk menerima rawatan lanjut bermula semalam.

*****************************************************

SINGAPURA, 24 Mei (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, yang mengalami masalah jantung, tiba di bandar raya ini dan dimasukkan ke sebuah hosiptal di sini bagi rawatan lanjut.

Sultan Kelantan tiba di Hospital Mt. Elizabeth dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan.

Baginda, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas, diterbangkan dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan tiba di Lapangan Terbang Changi di sini pada tengah hari.

Beberapa pelawat termasuk rakyat Malaysia dilihat memasuki dan meninggalkan hospital itu.

Sultan Kelantan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum pulih sepenuhnya dipindahkan ke hospital di Singapura itu untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM Dr Zaidun Kamari dalam satu kenyataan semalam berkata Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM setelah baginda mengadu mengalami masalah pernafasan tetapi setelah diberikan rawatan, baginda didapati mengalami sakit jantung.

Baginda dirawat oleh sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan Hospital Mt. Elizabeth.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YB MANIK URAI KUALA KRAI

KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. – Bernama

SUMBANGAN DERMA DIPERLUKAN

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BLOG INI, ADIK Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar TELAH MENINGGAL DUNIA SEHARI SELEPAS BERITA MENGENAINYA KELUAR AKHBAR MEMEOHON BANTUAN.

*************************************************

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN

BANTUAN DERMA DIPERLUKAN


LUBOK GONG (RANTAU PANJANG) – Seorang ibu, Rosmina Ramlay, 24, merayu kepada masyarakat yang prihatin dan berhati mulia agar dapat membantu dia mengurangkan beban untuk membiayai kos rawa-tan dan sara hidup anaknya, Muhd Nur Amirullah Mohd Nizar, 15 bulan, yang mengalami masalah ‘kepala besar’.

Menurut Rosmina, penyakit anaknya itu bermula selepas membuat dua kali pembedahan kepala yang dijalankan di sebuah hospital.

Menurutnya, anak kedua itu dilahirkan normal namun kemudian terdapat sedikit masalah setelah anaknya dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Anak saya kemudiannya dihantar ke hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HPRZ11) dan kemudian dirujuk dan menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian,” katanya.

Menurut Rosmina, ketika dilahirkan anaknya mempunyai berat timbangan sebanyak 2.6 kilogram (kg) namun dakwanya, setelah dimasukkan air garam ketika menerima rawatan di hospital terbabit, berat anaknya bertambah menjadi 4 kg.

“Pada pembedahan pertama, Muhd Nur Amirullah berada dalam keadaan yang baik namun apabila pembedahan kali kedua, kepalanya semakin membesar hingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rosmina berkata, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat menyebabkan dia dalam keadaan tersepit apatah lagi kini dia tidak mempunyai pekerjaan malah merupakan seorang ibu tunggal.

“Apa yang saya kesal hingga kini ialah punca penyakit yang dihadapi oleh anak saya masih tidak diketahui. Saya sangat berharap agar pihak berwajib dapat membantu mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan anak saya kembali hidup normal,” rayunya.

Rosmina bagaimanapun berkata, dia tetap redha dengan apa yang berlaku tetapi sentiasa berharap agar ada pihak yang tampil untuk membantu masalah yang ditanggungnya dan anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Rosmina melalui akaun Maybank di nombor akaun, 153065243341 atau boleh mengunjunginya di Kampung Lubok Gong bersebelahan dengan Kompleks Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang.

SEMAKAN RAYUAN UNTUK TEMUDUGA PISMP(UNTUK LEPASAN SPM)

SEMAKAN RAYUAN UNTUK TEMUDUGA KPLI SUDAH BOLEH DI BUAT

SILA KLIK PADA LINK DIBAWAH :

http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdugakplirayu/

******************************************************
SEKALI LAGI JAWAPAN YANG SAYA TERIMA SETELAH SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN :

Harap Maaf, maklumat (NO IC), SHARIMI BIN MUHAMAD telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan rayuan temu duga
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan j-QAF
Ambilan 2009.

Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.

KEJADIAN RIBUT DI KAMPUNG KU – KG DALAM RHU SEMERAK

MY HOME TOWN – TOK BALI – PANTAI BISIKAN BAYU

TEMUDUGA DPLI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Dalam 2-3 hari yang lepas, ramai calon yang bertanyakan tentang cara pemarkahan temuduga.Baiklah, biarlah saya kongsi di sini serba sedikit tentang pemarkahan untuk temuduga KPLI dan temuduga DPLI 2009 supaya calon mendapat gambaran .

Permarkahan dinilai berdasarkan :

1. Sijil-sijil yang lengkap

- jawatan –jawatan yg disandang kat sekolah kena bagi markah juga. Contoh : Kelab Pencinta Alam. Pengerusi : 5 markah, Penolong Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. ( pemarkahan adalah berdasarkan skor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru)

- jadi sertakan sijil yang lengkap semasa temuduga ( ramai calon yang dihalau balik kerana sijil mereka tidak lengkap)

2. Kesesuaian Kursus yang kita minta dengan ijazah kita.

- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

( Majoriti calon yang GAGAL temuduga KPLI dan temuduga DPLI pada tahun 2006/2007 adalah kerana kehilangan banyak markah di sini..Jadi berhati-hati dan pastikan ijazah anda adalah sangat relevan dengan opsyen yang ingin diambil )

3. Pengalaman Mengajar

4. Kemahiran Komunikasi

- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah

ini adalah di antara contoh-contoh pemarkahan yang dibuat ke atas calon… Walaupun kelihatan ringkas dan tidak banyak, calon masih gagal mendapat markah yang tinggi. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada skop pemarkahan yang dibuat oleh penemuduga

OH SAIBA VERSI KELATE

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009


SELMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA BEKAS GURU-GURU KU DAN JUGA PENSYARAH-PENSYARAH KU.TERIMA KASIH CIKGU……..

wordpress.comDAPATKAN BUKU-BUKU KEGEMARAN ANDA DI www.sharimibookshop.blogspot.com

DAPATKAN BUKU-BUKU KEGEMARAN ANDA DI

www.sharimibookshop.blogspot.com

Antara judul-judulnya :

1. PANDUAN SOLAT LENGKAP LELAKI DAN PEREMPUAN
2.BIMBINGAN SOLAT HAJAT
3.ASMA AL-HUSNA – MAKNA DAN KHASIAT
4.10 AMALAN MURAH REZEKI
5.100 AYAT PEMBUKA PINTU REZEKI

DAN BANYAK LAGI………LAYARI www.sharimibookshop.blogspot.com

TIPS TEMUDUGA MEDSI DIPERLUKAN

Kepada mereka yang pernah menghadiri temuduga medsi,saya memohon jasa baik anda untuk berkongsi pengalaman anda di blog ini melalui ruangan “comment” atau emelkan kepada saya di ayeserame@yahoo.com.

Juga kepada anda yang ada tips,teknik dan apa-apa saja yang ada kaitan dengan temuduga medsi,bolehlah berkongsi kat sini atau emelkan kepada ayeserame@yahoo.com.terima kasih.

SEMAKAN JPA BOLEH BUAT DISINI

KEPADA MEREKA YANG DAPAT TEMUDUGA MEDSI – SEMAKAN JPA BOLEH BUAT DISINI :

1.sila pilih masukkan negara
2.sila pilih ipta/ipts
3.sila pilih bidang kursus

cth BSC(HONS)BUSINESS COMPUTING UITM >>malaysia>>uitm>>sain komputer

http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmSenaraiPengiktirafanBaru.asp
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmSenaraiPengiktirafanBaru.asp?strCari=1

ALHAMDULLILLAH……SAYA DAPAT TEMUDUGA DPLI SETELAH BEBERAPA KALI MENCUBA

SILA CHECK DISINI :

https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

*************************************************

ALHAMDULILLAH....DAPAT TEMUDUGA KAT USM KUBANG KERIAN 27 MEI 2009 JAM 2 PTG

ALHAMDULILLAH....DAPAT TEMUDUGA KAT USM KUBANG KERIAN 27 MEI 2009 JAM 2 PTG

KEPUTUSAN UJIAN MEDSI DAH KELUAR

KEPUTUSAN UJIAN MEDSI KELUAR

CHECK DISINI :
https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

SILA LAYARI LAMAN WEB MOHE UNTUK KETERANGAN LANJUT

http://www.mohe.gov.my
http://upu.mohe.gov.my/

KEJADIAN RAGUT – BERHATI-HATILAH WAHAI KAUM WANITA

MANGSA RAGUT DI MELOR KELANTAN

MANGSA RAGUT DI MELOR KELANTAN


Warga emas, ibu hamil mati dalam dua kejadian

ORANG ramai melihat anggota polis mengangkat mayat Saripah yang maut akibat dirempuh kereta selepas terjatuh di atas jalan raya akibat diragut dekat Padang Raja, Kota Bharu, pagi semalam.

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.

Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menghimpit motosikal Saripah sebelum meragut beg tangan yang disandangnya.

Saripah yang menunggang bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat, tercampak ke tengah jalan dan ketika itu, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya. Dua lelaki berkenaan melarikan diri.

Zahruddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Di TASEK GELUGOR, Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Beliau yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.

ORANG ramai melihat anggota polis mengangkat mayat Saripah yang maut akibat dirempuh kereta selepas terjatuh di atas jalan raya akibat diragut dekat Padang Raja, Kota Bharu, pagi semalam.

Anak mangsa, Siti Minah Idris, 58, berkata lelaki terbabit serta rakannya yang menaiki motosikal Yamaha RXZ berhenti di depan rumah mereka dan berpura-pura hendak mencari anak lelakinya yang didakwa berhutang RM2,000 dengan along.

“Saya sedang menjemur pakaian di depan rumah manakala ibu berehat di atas sofa di dalam rumah.

Saya menyangka mereka rakan anak saya, Mohd Shukri Mohd Saad, tetapi berasa pelik apabila lelaki itu menyebut nama Din sedangkan saya tiada anak bernama Din,” katanya.

Siti Minah berkata, dia terus berlari ke dalam rumah tanpa sempat mengunci pintu apabila lelaki berkenaan mengugut untuk membunuhnya jika tidak memberi wang.

“Mereka mengejar dan menarik kain saya sehingga berlaku pergelutan di ruang tamu dan seorang daripada lelaki itu meragut rantai emas saya. Ketika itu ibu cuba membantu tetapi dia ditumbuk sebelum mereka lari menghala pekan Tasek Gelugor,” katanya.

Mohd Shukri pula berkata, dua lelaki itu dipercayai orang yang sama meragut seorang wanita menunggu bas di kampung itu, beberapa hari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

KERJA KOSONG TERKINI – JOM CARI KERJA

Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Jabatan Pelajaran Negeri

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri bagi jawatan di bawah;

JAWATAN:

1) GURU SISWAZAH KONTRAK

SYARAT : Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN – 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM2,000 Sebulan

BIDANG YANG DIPERLUKAN : Bahasa Melayu / Sains / Matematik / Bahasa Inggeris / Teknologi Maklumat / Pendidikan Jasmani / Sains Pertanian / Ekonomi Rumahtangga / Teknologi Pejabat / Sains Sosial / Teknik & Vokasional

2) PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN – 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM2,000 Sebulan

KEKOSONGAN : 560 Kekosongan

3) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN – 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,600 Sebulan

KEKOSONGAN : 293 Kekosongan

4) PEMBANTU TADBIR KONTRAK

SYARAT : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN – 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,200 Sebulan

KEKOSONGAN : 244 Kekosongan

BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :

MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari

MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi – 5.00 Petang

TARIKH, NEGERI & TEMPAT :

13 MEI 2009 (RABU)

W.P.KUALA LUMPUR
-Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Persiaran Duta, K.Lumpur

KEDAH
-Jabatan Pelajaran Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

PULAU PINANG
-Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Leboh Downing, Pulau Pinang
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

PERAK
-Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh, Perak.

SELANGOR
-Jabatan Pelajaran Selangor, Seksyen 6, Jln Cenderawasih 6/7, Shah Alam.

NEGERI SEMBILAN
-Pusat Kegiatan Guru Kawasan Ampangan, Km.4, Jalan Kuala Pilah, Seremban.

MELAKA
-Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Bukit Beruang, Melaka.

KELANTAN
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, Kelantan.

SABAH
-SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
-Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan.
-Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
-Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.

PERLIS
-Jabatan Pelajaran Perlis, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar.

SARAWAK
-Pusat Kegiatan Guru Kuching, RPR Fasa 1, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching.
-SMK Kampung Nangka, Sibu.
-Pejabat Pelajaran Miri, Wisma Persekutuan, Miri.

19 MEI 2009 (SELASA)

PAHANG
-Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

JOHOR
-Pusat Kegiatan Guru, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

20 MEI 2009 (RABU)

TERENGGANU
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang.

PERHATIAN:

a) Etika berpakaian :
Lelaki – Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut
Perempuan – Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup

b) Membawa sijil asal dan salinan sijil yang disahkan

c) Membawa 2 keping gambar berukuran passport

KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI : http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pemberitahuan&unit=utama&info=225&bhs=my&mod=baca

LAGI KERJA KOSONG TERKINI : http://www.kerjakosong-terkini.blogspot.com
Posted by SHARIMI MUHAMAD at 19:40 0 comments

SEMAKAN KEMASUKKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2009

TIP DAN MAKLUMAT BERKAITAN TEMUDUGA KPLI

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA